Sabtu, 24 September 2011
Terkedu melanda
Ketika dilahirkan ke dunia
Tangisan suara anak ini memecah suasana
Dia belum mengerti apa-apa
Dia hanya tahu menangis
Dan terus menangis lagi
Dia merungut lapar dan dahaga
Kemahuannya hanya hajat dipenuhi
Disaat dia meningkat bertatih
Dia masih lagi menangis setelah jatuh
Menangis ketika dipersenda malu
Meraung saat disakiti hati
Apa kau tahu
Ini semua cerita yang sama untuk
Semua yang dilalui oleh sekalian manusia
Tetapi ada yang tersembunyi
Dalam jiwa raga anak ini
Dia tak tahu apa-apa
Dia tidak tahu semasa dewasa
Dia masih lagi terpaksa menangis
Walaupun sudah melihat dunia
Sudah belajar agama dan adat
Berdepan daya dan muslihat
Anak itu sudah dewasa
Dilewati usia remaja
Dunianya masih sama
Ketika lahir dan hayatnya
Dia masih menangis
Malu dan takut melingkari
Setiap luar dan dalam diri
Sesudah doa dan terapi
Dia masih begini
Apa kau tahu
Dia tidak bertutur dalam
Nada yang serupa duniawi
Dia menyendiri sepi
Dalam khayalan ciptaan ilahi
Berbekas-bekas air mata
Dia lintasi semua
Dengan rasa yang hiba
Mengharungi dunia
Yang entah kenapa
Dia tidak tahu apa-apa
Alam demi alam dijelajahi
Musim demi musim diterokai
Namun belum penuh ilmu didada
Tanda tanya masih lagi berbunyi
Dukun moden dirujuki
Bertanya mengapa begini
Hanya nasihat dan penawar dikasi
Sebagai hadiah penenang diri
Anak itu bertanya lagi
Mengapa tuhan bersembunyi
Dan mengapa ujian dizahiri
Untuk manusia yang dia sayangi
Setiap manusia disangka sama
Setiap hidup penunjuk berbeza
Malahan cap jari juga tidak serupa
Inikan pula akal minda
Agama diberi untuk panduan
Supaya nabi jadi ikutan
Dan Tuhan jadi sanjungan
Alam jadi sandaran
Kiai agung bertitah
Tidak Tuhan layak dipersenda
Malah tidak patut disangkal pula
Setiap ujian dan rasa merana
Kerana dia tahu segalanya
Hamba yang setia
Anak ini cuba mengerti
Siapa diri dalam dunia
Siapa pula manusia paling bahagia
Apakah dia ,menangis juga
Seperti anak kecil
Yang masih menyusu ibunya.