.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sibuk Dan Keletihan

Rabu, 21 Disember 2011

Pada waktu begini mata masih belum mahu lelap, jadi aku ambil kesempatan untuk menulis beberapa rutin yang aku buat untuk beberapa hari kebelakangan ini. Hari ini masuk hari ke-enam aku memulakan kerja sebagai sukarelawan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.Kerja enam hari seminggu dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan disambung pula dengan mengajar tuisyen pada sebelah malam begitu menjadikan aku begitu penat dan letih. Tapi aku rasa selesa dengan keadaan sekarang, sekurangnya aku masih ada sesuatu untuk dilakukan pada setiap hari sebagai rutin bagi mengisi masa senggang aku. Meskipun gaji yang aku dapat bukanlah banyak sangat berbanding kerja lama aku tetapi cukuplah untuk aku memulakan hidup baru.

Aku membawa hati dan perasaan yang duka hampir setahun dengan pelbagai masalah dan kekecewaan bercampur-campur dengan perasaan sedih dan tertekan untuk hampir satu tahun.Aku tidak mahu lagi menoleh  kebelakang dengan apa yang telah terjadi kepada masa lampau aku.Semua takdir telah tetap buat aku dan ia sukar untuk diubah lagi.Pengalaman demi pengalaman yang aku kutip dari setiap inci dan detik perjalanan masa hidup aku sekarang begitu menyedihkan.Tapi kehidupan mestilah diteruskan bagi mencari kejayaan diri sendiri.

Aku begitu berharap usaha dan penat lelah yang aku lakukan menjadikan Tuhan lebih mengerti akan keperluan hidup aku sekarang. Memang susah untuk mencari apa yang dihajati terkabul dalam sekelip mata namun hidup yang aku lalui sekarang membuatkan aku pasrah dan redha dengan rezeki yang Tuhan berikan kepada aku dan keluarga aku.Biarkan terpaksa membanting tulang empat kerat yang sudah semakin longlai ini namun aku harap aku masih mampu untuk bertahan dan setia menanti keputusan daripada Tuhan ke atas segala doa dan usaha aku.

Setiap malam aku bersengkang mata untuk melelapkan diri setelah penat melayan karenah pelajar di pusat tuisyen dan setelah penat melayan pengunjung di pusat sains di siang hari. Pengalaman aku bertemu dengan ramai lagi pilihan dalam hidup ini membuatkan aku masih punyai haluan dan matlamat untuk terus berjuang hingga ke titis darah yang terakhir.Ramai yang aku lihat cantik dan menawan meskipun mereka masih muda namun cukuplah buat hati ku terubat seketika setelah setahun mencari sesuatu yang hilang.Patah tidak semestinya berganti, hilang tak tentunya berganti namun Tuhan itu Maha Adil, maka berserahlah diri bulat-bulat kepadanya.Aku doakan semua yang aku kasihi berada dalam keadaan gembira dan ceria meskipun aku tidak dapat lagi melihat kamu semua.Jauh dalam sudut hati aku rindu dan kangen pada kalian semua.Tapi biarlah Tuhan itu menghukum sikap ego dan panas baran aku ini.Semuanya setimpal dengan apa yang telah dianugerahkan kepada aku.ALLHAMDULILLAH.

Buat Patch IDM Sendiri Tanpa Perlu Download Patch Yang Mengandungi Virus

Rabu, 14 Disember 2011


Sedang sibuk nak cari IDM yang baru aku terfikir macam mana nak buat patch sendiri bagi IDM. IDM yang aku download sebelum ni semuanya sudah dijangkiti virus yang datang bersama file yang di sediakan oleh penderma perisian (Software).Kebanyakan orang yang buat patch yang sedia ada adalah hackers, jadi dah tentu komputer diorang dah berlambak virus bersarang, bagi software percuma pakej ngan virus sekali kan susah.
Aku ter 'google' web page ni SINI  dan dia bagitahu apa yang perlu dibuat satu persatu.

Kita cuma perlu download IDM latest version daripada web rasmi IDM (internetdownlodmanager) kemudian kita masukkan fake serial number yang dah berlambak kat internet misalannya:
2S2YI-L4CEB-3KL5H-7LJDZ
RULD8-T78UU-P1WJY-CCVNL
SOT7Y-125UE-AH42X-7BMYL
R81U9-XAGJU-QGN5Z-8Q2WO
SJ3LO-4J35Q-A7ERS-YJYX4
5M1UA-J4M6T-K1M4C-I3F3Z
6SY6Z-4ES3O-F1J80-URSF0
IH61K-6N86F-LC8XW-K52OY
EML4V-M7Q79-OMN8W-WU7LP
1254W-3Q120-78TLX-J75HL
YYML0-Q23VK-5X5MQ-712DY
V15DU-8ISNW-P4YPV-SQ249
UANW9-R7MC4-1631R-147IA
WT8QR-1BI6V-4DKBP-L4734
MA8NR-X55WO-6L4PB-2HX6O
4ED8Q-RISPJ-63PPM-8J7KH
7K6AW-YDCNS-G5L67-H41RQ
7ADWY-RVBYI-MPP2K-Y7BXS
 Install IDM yang telah di download dan aktifkan dengan memasukkan fake serial kat atas tu pilih satu je jgn sengal sangat.


Kemudian-
Open Run dialog box ( Start > Run ), Type in "notepad %windir%\system32\drivers\etc\hosts" without the quotes and notepad will pop up. Next add the below line into it:
127.0.0.1    tonec.com
127.0.0.1    www.tonec.com
127.0.0.1    registeridm.com
127.0.0.1    www.registeridm.com
127.0.0.1    secure.registeridm.com
127.0.0.1    internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    www.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1    mirror2.internetdownloadmanager.com
Dekat notepad yang kita bukak tu masukkan semua link kat atas dan save kan je.
Dah save enjoy la dengan IDM yang telah korang patch tadi semuanya selesai.
Thanks pada penulis blog yang bagi info ni, aku cuma tulis balik je dalam bahasa yang difahami kat rantau ni.

*aku rasa ramai yang dah tahu tapi aku je yang baru tahu kot, asyik download je dari internet patch yang dah orang lain wat, last-last pc kene serang virus hampeh  "-__- .

"Online Friends" atau "Real Friend"

Isnin, 12 Disember 2011

1)Kawan-kawan yang ramai atau kawan yang setia?  Dalam kehidupan yang semakin menuntut manusia kekal dalam trek mencari harta dan cara 'survival' masing-masing. Bagaimana hanya orang macam aku boleh terfikir untuk meletakkan tajuk ini sebagai bahan penulisan hari ni. Ya, teknologi maklumat membuatkan manusia bekerja macam orang gila. Sekali lagi duit menjadi penghalang kepada hubungan yang terjalin sekian lama.

2)Baru aku sedar tidak ada siapa pernah peduli apabila engkau tiada wang dan tiada apa untuk dibelanjakan.Engkau menangis menahan lapar disamping engkau menanggung kehidupan sengsara tanpa siapa-siapa menemani.Sering kita akan melihat langit menuding jari kepada Tuhan. Salah, Tuhan telah berikan kehidupan yang baik sebelum ini dan sekarang cuma masa untuk menilai seberapa baik engkau lihat bantuan itu datang dari jalan yang tidak disangka-sangka.

3)Kehadiran kawan maya yang terlalu ramai bagi sesetengah orang yang terkenal bukanlah menjadikan mereka seorang yang akan mendapat keistimewaan dalam kehidupan sebenar.Malah ada diantara mereka bertambah stress akibat gangguan yang melampau dari pelampau kebebasan media.

4)Apatah lagi manusia biasa yang tiada kawan sejati yang cuma ada televisyen dan suratkhabar menjadi penghibur kepada hati yang sedang sakit.Kesakitan yang membuatkan sistem immunisasi badan jatuh mendadak dan kewarasan terletak di hujung jawapan kepada semua permasalahan.

5)Aku bersyukur dalam kesempitan yang ada, aku masih punya harapan dan sandaran.Meskipun tidak seperti yang diinginkan tetapi cukuplah bagiku Allah Yang Maha Pengasih.Tiada yang lebih baik berbanding doa-doa dipohon itu dimakbulkan satu persatu.Kawan yang hadir ketika aku susah dan senang masih ada depan mata, dan kawan yang cuma kedengaran ketika aku ketawa dan gembira hilang entah kemana.

6)Kini aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan Facebook sebagai Social Network. Semua itu cuma khayalan, dan apabila mereka susah dan senang aku tidak dapat lagi melihat dan yang aku ada cuma berdoa untuk kalian semua.

7)Mungkin kehidupan masa kecilku begitu rumit untuk difahami oleh sesiapa, cukuplah Tuhan ada.Kini aku seolah disisih oleh keluarga sendiri namun mereka masih tempat untuk aku mencari kasih sayang yang abadi.Tidak ada rakan sepermainan, tidak ada teman setia, tidak ada upaya dan tenaga untuk bangkit lagi.Yang tinggal cumalah doa dan harapan yang semakin menipis.

8)Berkelana  aku mencari peluang tetapi masa lampau aku mengajar supaya biarkan semua cita-cita itu.Tapi semua itu tidak akan lama.Semua akan menghadapi kehidupan baru dan terasing sebentar lagi.Tinggallah aku dengan ego yang meninggi menanti pasrah Tuhan yang Esa.

9)Negatif adalah apa yang kamu fikirkan, tetapi aku masih boleh bangun menyokong sikap ego ini untuk dibawa mati.Kebodohan yang diwarisi ini sudah terbukti dan ketakutan yang dituruni ini akan kekal dalam diri.Meskipun batu kecut itu telah aku lontarkan jauh ke sana.

10)Kawan sebenar adalah orang yang datang di saat tidak diminta, dan di saat tidak kuduga.Yang pergi cumalah manusia yang sombong dan bongkak dengan kehidupan mereka.Semua mengaku ada masalah tetapi tidak pernah bercerita kepada aku, tetapi aku sudah pasti dalam masalah tidak ada juga datang mendengar ceritaku.Lihatlah betapa kejamnya dunia. Andai aku dibantu dan ditolong satu hari nanti, akan aku musnahkan dunia ini seperti mana Hitler memusnah dunia mengikut perasaan lampau hidupnya.Takkan reda api marah ini melainkan aku mati disebabkan seruan ilahi.

Kozanekosearch Malware

Khamis, 8 Disember 2011

Baru-baru ni, laptop aku terinfek daripada malware kozanekosearch yang mana ia menyerang web browser seperti mozilla dan google chrome. Malware ini memang masih baru, dijangkakan masih dalam bulan Disember 2011 ni. Aku cuba membuat pencarian maklumat untuk menghilangkan masalah ini namun masih belum ada program yang benar-benar untuk menjauhkan komputer daripada terkena serangan malware ini.

Aku dapati komputer aku mengalami masalah untuk membuat pencarian melaui semua search engine yang aku ada, malware ini membawa pencarian aku ke laman web lain yang langsung tiada kena mengena dengan apa yang aku cari. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk "uninstall" program iMesh yang sebelum ini sudah aku tahu menjadi punca kepada masalah ini. Forum di internet ada juga menunjukkan cara tentang bagaimana untuk 'delete' secara manual malware ini kerana ia tidaklah membawa kerosakan fatal kepada keseluruhan sistem komputer cuma sekadar mengganggu kerja seharian menerusi perisian yang digunakan.
Sekian sahaja perkongsian maklumat terkini aku mengenai masalah yang mungkin lebih ramai orang akan terkena pada masa akan datang.

Ekonomi Dunia dan Malaysia


December 8, 2011
Kebejatan Ekonomi


Akta Pemegang Pajak Gadai 1971 (Akta 81), merupakan akta yang terletak dibawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada mulanya, industri ini tertakluk kepada 13 buah enakmen/ordinan/kaedah yang ditadbir oleh kerajaan Negeri masing-masing. Kemudiannya pada 2 Januari 1973 barulah undang-undang ini dipinda dan disusun semula bagi menyeragamkan pentadbiran pajak gadai di Malaysia serta menjamin industri pajak gadai yang sihat disamping melindungi kepentingan pengguna.

Akibat daripada kelembapan ekonomi yang melanda sebahagian besar negara di Eropah termasuk Britain telah merencatkan perkembangan industri pelaburan stok. Pelabur akan lebih mengikut kepada corak pengaliran wang langsung daripada kekal untuk menyimpan harta kesayangan yang mempunyai nilai tersendiri. Keuntungan yang dicatat oleh kedai pajak di Ezcorp Inc. misalannya mencatatkan purata 46 peratus setahun untuk tempoh masa lima tahun.

Di negara kita Malaysia, kita boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai kerajaan yang mampu mempertahankan kekukuhan matawang negara di tahap yang selamat. Meskipun pada zaman pemerintahan Perdana Menteri ke-5, beliau telah mengarahkan mata wang Malaysia diapungkan kerana nilai Ringgit pada ketika itu adalah melonjak naik dan bertumbuh dengan sangat pantas. Meskipun mendatangkan teguran keras daripada mantan Perdana Menteri yang sebelumnya, ternyata Ringgit dijangka meningkat pada masa kini. Tetapi keadaan itu tidaklah dijangka akan bertahan lama kerana Malaysia hanyalah negara pengguna dan kita lebih banyak mengimport daripada eksport.

Pemerintah terkini juga tidak terlepas daripada membuat pinjaman luar iaitu negara yang sedang pesat membangun, China. Seperti yang diketahui negara kuasa besar dunia juga membuat pinjaman jangka masa sederhana dengan  negara Republik itu. Ini membuktikan ekonomi dirantau ini mungkin akan berterusan naik dalam masa yang singkat. Matawang Yen Jepun yang jatuh sejak akhir-akhir ini akibat bencana gempa bumi membuatkan kesatuan Eropah yang menjalin kerjasama dengan negara tersebut mengalami nasib hampir serupa. Jepun yang sebelum ini merupakan antara kuasa ekonomi terbesar dunia kerana kerajinan dan kecanggihan perkembangan teknologi yang dibawa mereka. Kini semuanya seolah retak menanti belah apabila Jepun mengalami proses kejatuhan matawang yang teruk meskipun masih mampu untuk bertahan dalam satu tempoh masa yang tak menentu.
Masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan di Britain dan Amerika Syarikat begitu meruncing saat ini. Rakyat merana, tambahan lagi pergolakan yang tidak pernah berakhir di negara Asia Timur menjadikan harga bahan bakar dunia semakin melonjak disaat ekonomi meleset. Di Asia yang sudah menjadi pengikut kepada aliran matawang Amerika Syarikat turut terjejas kerana pelabur dari Amerika semakin terhad dan lebih banyak syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan penghasilan produk jualan bagi mengelakkan rugi besar.

Inilah kesempatan yang harus diambil oleh negara di benua Asia agar melancarkan perniagaan yang boleh membawa kepada keuntungan besar. Kesempatan ini membuatkan beberapa industri seperti cari gali minyak, perkapalan, telekomunikasi dan juga penganalisis matawang mengorak langkah setapak lagi bagi memacu ekonomi ke hadapan. Pada saat ini juga, pengguna digalakkan memajak harta mereka bagi mendapat wang tunai bagi melancarkan pengaliran tunai matawang. Institusi kewangan juga berusah a  menggalakkan pengguna agar membelanjakan wang mereka bagi meneruskan kelangsungan aliran wang untuk menjana perkembangan ekonomi. Faktor ketidakseimbangan kekayaan di negara Malaysia menyebabkan hanya golongan ataan sahaja yang merasai kemewahan ekonomi pada saat ini. Nilai murni yang dipaparkan oleh agama Islam tidak menjadi tunjang perniagaan yang dilakukan. Akibatnya berlakulah inflasi dan perkara ini mungkin akan berlarutan kepada tahap yang parah. Seperti yang dikatakan golongan kaya akan semaikn kaya kerana mereka masih sempat untuk melabur dalam masa sebegini kerana masih mempunyai wang untuk digunakan.

Apakah ekonomi sebegini menjadi contoh kealpaan rakyat di negara Malaysia untuk terus lena dengan kemewahan sementara ini. Ingatlah bahawa masih banyak tangan yang menghulur di bawah meminta untuk ditolong dan dibantu. Akhir kata daripada penulis, berniagalah dengan jujur dan amanah, jadikanlah agama sebagai panduan membantu rakan sebangsa dan seagama.