Isnin, 12 Disember 2011
1)Kawan-kawan yang ramai atau kawan yang setia? Dalam kehidupan yang semakin menuntut manusia kekal dalam trek mencari harta dan cara 'survival' masing-masing. Bagaimana hanya orang macam aku boleh terfikir untuk meletakkan tajuk ini sebagai bahan penulisan hari ni. Ya, teknologi maklumat membuatkan manusia bekerja macam orang gila. Sekali lagi duit menjadi penghalang kepada hubungan yang terjalin sekian lama.
2)Baru aku sedar tidak ada siapa pernah peduli apabila engkau tiada wang dan tiada apa untuk dibelanjakan.Engkau menangis menahan lapar disamping engkau menanggung kehidupan sengsara tanpa siapa-siapa menemani.Sering kita akan melihat langit menuding jari kepada Tuhan. Salah, Tuhan telah berikan kehidupan yang baik sebelum ini dan sekarang cuma masa untuk menilai seberapa baik engkau lihat bantuan itu datang dari jalan yang tidak disangka-sangka.
3)Kehadiran kawan maya yang terlalu ramai bagi sesetengah orang yang terkenal bukanlah menjadikan mereka seorang yang akan mendapat keistimewaan dalam kehidupan sebenar.Malah ada diantara mereka bertambah stress akibat gangguan yang melampau dari pelampau kebebasan media.
4)Apatah lagi manusia biasa yang tiada kawan sejati yang cuma ada televisyen dan suratkhabar menjadi penghibur kepada hati yang sedang sakit.Kesakitan yang membuatkan sistem immunisasi badan jatuh mendadak dan kewarasan terletak di hujung jawapan kepada semua permasalahan.
5)Aku bersyukur dalam kesempitan yang ada, aku masih punya harapan dan sandaran.Meskipun tidak seperti yang diinginkan tetapi cukuplah bagiku Allah Yang Maha Pengasih.Tiada yang lebih baik berbanding doa-doa dipohon itu dimakbulkan satu persatu.Kawan yang hadir ketika aku susah dan senang masih ada depan mata, dan kawan yang cuma kedengaran ketika aku ketawa dan gembira hilang entah kemana.
6)Kini aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan Facebook sebagai Social Network. Semua itu cuma khayalan, dan apabila mereka susah dan senang aku tidak dapat lagi melihat dan yang aku ada cuma berdoa untuk kalian semua.
7)Mungkin kehidupan masa kecilku begitu rumit untuk difahami oleh sesiapa, cukuplah Tuhan ada.Kini aku seolah disisih oleh keluarga sendiri namun mereka masih tempat untuk aku mencari kasih sayang yang abadi.Tidak ada rakan sepermainan, tidak ada teman setia, tidak ada upaya dan tenaga untuk bangkit lagi.Yang tinggal cumalah doa dan harapan yang semakin menipis.
8)Berkelana aku mencari peluang tetapi masa lampau aku mengajar supaya biarkan semua cita-cita itu.Tapi semua itu tidak akan lama.Semua akan menghadapi kehidupan baru dan terasing sebentar lagi.Tinggallah aku dengan ego yang meninggi menanti pasrah Tuhan yang Esa.
9)Negatif adalah apa yang kamu fikirkan, tetapi aku masih boleh bangun menyokong sikap ego ini untuk dibawa mati.Kebodohan yang diwarisi ini sudah terbukti dan ketakutan yang dituruni ini akan kekal dalam diri.Meskipun batu kecut itu telah aku lontarkan jauh ke sana.
10)Kawan sebenar adalah orang yang datang di saat tidak diminta, dan di saat tidak kuduga.Yang pergi cumalah manusia yang sombong dan bongkak dengan kehidupan mereka.Semua mengaku ada masalah tetapi tidak pernah bercerita kepada aku, tetapi aku sudah pasti dalam masalah tidak ada juga datang mendengar ceritaku.Lihatlah betapa kejamnya dunia. Andai aku dibantu dan ditolong satu hari nanti, akan aku musnahkan dunia ini seperti mana Hitler memusnah dunia mengikut perasaan lampau hidupnya.Takkan reda api marah ini melainkan aku mati disebabkan seruan ilahi.
0 comments:
Catat Ulasan