Selasa, 25 Disember 2012
.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }
THE NATION THAT NEVER EXIST
Dahulu
Ketika tiada wang dan makanan
Sambil menelaah buku pelajaran
Sambil bersukaria dengan rakan
Menjadi teringat betapa suka dan dukanya
Kini
Bila bekerja seharian
Mencari wang siang dan malam
Tiada lagi hilai dan tawa
Yang ada hanya ibu dan ayah
Setia menanti kepulangan anaknya ini
Bila
Penat dan lelah dicurahkan
Peluh keringat diperahahkan
Jiwa dan raga dilemparkan
Minda jadi kepenatan
Jadi tanpa hala tujuan
Merana satu badan
Kenapa
Takdir ini memilukan
Tanpa ada belas dan ehsan
Menyiksa diri yang keletihan
Menjadi teman hanya tilam dan bantal
Bagaimana
Harus aku teruskan
Perjuangan yang entah sampai kapan
Belum punya apa-apa sebagai bekalan
Yang tinggal hanya dua kaki dan tangan
Tinggal masa untuk minta di simpan
Dunia
Menghukum orang lemah dan tak berpelajaran
Yang kaya menipu dan menekan
Mereka yang tak mampu untuk melawan
Akhirnya melihat sendiri diri dikafankan
Seolah ia terbang ke awang-awangan
Sabar mencari nikmat Tuhan.
Matahari masih lagi bersinar
Terbit dari timur
Masih hangat dan menghangatkan
Kekal memberi harapan kepada makhluk di sekelilingnya
Terduduk aku sendirian berfikir sejenak
Terdengar khabar kurang enak
Kawan menyapa tentang DIA
Tentang kekasih yang aku harapkan
Sampai hujung nyawa
Aku dan dia bukan lagi apa-apa
Juga tidak lagi menjadi teman
Mungkin juga kawan
Kerana aku sudah dibuang jauh
Dari sudut sisi pandangannya
Perjalanan aku dan dia umpama keretapi
Yang menuju Utara
Setelah bertolak dari Selatan
Sempat menoleh ketika di Stesen Gemas
Namun semakin sayup kemudiannya
Hilang tanpa khabar berita
Aku masih mendengar suara hatinya
Namun aku akur
Dia bukan untuk aku lagi
Dan bukan untuk aku lagi dan lagi
Hari Jumaat, hari yang digelar sebagai penghulu kepada segala hari. Hari yang cukup tenang dengan nur dan keimanan yang melembayungi tanah di bumi dan seisinya.Bumi yang semakin tua dan penuh dengan cabaran demi cabaran. Sebanyak mana manusia itu beriman dan sentiasa bertawakkal kepada tuhannya. Merasa rendah diri dan kecil diatas bumi ini adalah sesuatu yang digalakkan oleh agama. Sudah cukupkah amalan kita ketika berada di atas dunia ini. Sekiranya hati masih lagi ada benci sesama manusia, takut untuk membenarkan yang bathil ataupun apa sahaja bentuk penyakit hati, maka segeralah bertaubat dan mencari kebenaran yang hanya boleh disampaikan oleh Allah.
Memang agama itu berat bagi yang memandang ia suatu yang berat.Tetapi permudahkanlah agama itu dengan mencari kemudahan yang banyak terdapat di dalam agama.Tidak akan ada manusia yang benar-benar mendapat petunjuk dari tuhan melainkan dia khusyuk dan terpengaruh dengan solat yang telah dia sendiri lakukan. Banyak berdolak dalih dan menunggu sesuatu yang tak pasti itu tidak membawa apa-apa erti kepada diri mahu pun orang lain.Tetapi ingatlah untuk bersabar kerana doa orang Islam itu pasti akan makbul dan didengari oleh tuhannya suatu hari nanti.Hatta terpaksa menunggu seribu tahun untuk tuhan untuk mendengar doa kita, tidak mengapa. Itulah yang dinamakan sabar, dan sabar itu melindungi diri dari sifat yang tidak baik dan keji. Cuma perlu berhati-hati dalam memperhalusi niat sabar ini kerana akan tiba suatu ketika kesabaran itu akan semakin memudar dan suram. Disaat ini akan timbul rasa putus asa dan hilang keyakinan dalam diri.
Juga perlu diambil kira akan sikap berperasangka buruk kepada tuhan adalah amalan keji lagi dibenci oleh tuhan. Perlulah tanam dalam diri nilai-nilai yang positif dalam diri supaya kita tidak terjerumus kepada bahaya yang ditiup oleh syaitan yang semakin ramai.Wallahhuallam
Assalamualaikum,
Hari Raya
Hari untuk bersuka ria
Hari kita semua memohon ampun
Mencari kemenangan yang hakiki
Satu dunia akan merasai
Nikmat yang sama untuk hari ini
Raya ini bercampur suka dan gersang
Aku beraya bersama teman seperjuangan
Mencari rezeki yang tak pernah cukup
Adat dunia moden tak pernah mengerti
Tapi aku suka hati
Bila kau masih mampu membalas
Ucapan doa buatku dari dirimu
Selamat hari raya juga aku ucapkan
Kepadamu wahai insan yang telah berlalu
Aku tak pernah simpan rasa sedih aku untuk kau
Tapi hanya simpan sebuah kisah yang tak pernah buat aku sedih
Tangisan bukanlah tanda aku hiba
Air mata bukanlah petanda berduka
Tetapi sekadar hanya sebuah karya agung
Bukti tuhan itu masih mahu mendengar lagi.
Aku kira kau sudah tidak mahu mengerti
Tak mengapa aku yakin pada diri
Aku tidak lagi meminta kau di sisi
Cuma kekadang acapkali ku bermimpi
Suatu yang sudah pasti.
Mungkin kau sedang membilang hari
Menanti suami yang dicintai
Aku di sini hanya saksi
Kisah Romi dan Juli beraksi
Sebagai penonton di balik tirai besi
Kau bebas seperti burung menanti sangkar
Aku kekal sebagai helang tercalar
Mencari rezeki dibawah bulan dan matahari yang bersinar
Menanti kemenangan di pihak yang benar
Salam aidilfitri sekali lagi
Wahai insan yang pernah aku cintai
Moga kau kekal di sisi
Walaupun wajahku tak muncul kembali
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Farith Zainaldin - (19 OGOS 2012)_Raya Pertama
Cerita tentang dia kini bersambung lagi. Kini sudah menjengah ke tahun 2012. Nasib dia sudah sedikit berubah berbanding pada nasibnya tahun lampau. Dia akhirnya bangkit dari kegagalan dari masa lalu. Sudah sampai masanya untuk dia terus mengorak langkah kehadapan dan melupakan kepahitan dan kedukaan yang telah bersarang sepanjang tahun 2011. Cerita ini bersambung di saat bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, yang mana umat Islam seluruhnya sedang berusaha menambah nilai ibadah di bulan ini. Sekali lagi bulan ramadhan memberikan dia ruang yang luas untuk memuhasabah dirinya.
Empat hari sebelum syawal menjelang, lagu raya kian rancak berkumandang di setiap corong radio. Setelah waktu Zohor dia berangkat dari ibu kota Kuala Lumpur menuju ke Pantai Timur di mana tempat kelahirannya. Ini adalah saat paling seronok buat dia kerana dia begitu minat berkelana kerana perjalanan yang jauh membuatkan otak dia boleh menerawang jauh ke mana sahaja dia mahu fikirkan. Meluncur laju dia bersama kereta barunya menyelusuri Lebuhraya Pantai Timur. Dia bersama sepupunya menuju ke destinasi yang sama, Kuantan. Dia sudah terlupa bilakah kali terakhir dia bersama keluarga makan bersama disaat berbuka. Kali ini dia berjaya melakukannya setelah sekian lama.
Kepulangan dia kali ini bukan bersahaja. Dia telah disapa oleh kawan sekolahnya untuk turut sama menyertai majlis Iftar bagi mengeratkan kembali hubungan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia sudah berjanji dan sukar untuk dimungkiri lagi.Teringat dizaman kecilnya dahulu, bulan puasa adalah bulan yang paling seronok pergi masjid untuk bertarawikh dan menghabiskan moreh. Saat itu sudah berlalu dengan jayanya dari hidup dia hari ini. Setiap kali bulan ramadhan pasti ada sahaja peristiwa untuk dikenangkan dan menjadi terkesan pada hidup dia. Pada tahun lepas, betul-betul pada dua hari sebelum menjelang hari raya dia mendengar berita kekalahan pasukan bola kesayangannya, Arsenal teruk dibelasah oleh Manchester United 2-8. Akibatnya dia menerima ucapan salam hari raya yang berbaur unsur yang agak mengecewakan. Itu adalah raya pertama dia menerima kekalahan sebesar itu. Pada tahun lalu juga dia berkesempatan membonceng motosikalnya pulang berhari raya di kampung. Itu juga merupakan sebuah kenangan yang cukup indah buat diri dia sepanjang hayatnya. Dua bulan yang istimewa dalam kalendar Islam ini begitu membawa seribu satu cerita dalam diri dia sehinggakan seolah-olah dia menanti-nanti bulan ini disetiap tahun bagi berkongsikan cerita yang baru saban tahun. Cuma bezanya, dalam realiti cerita ini tidaklah begitu menarik dan seronok tetapi cukuplah sekadar menghiburkan bulan Ramadhan dan Syawal ini.
Sepatutnya menjadi bulan yang disenangi tetapi ia akan bakal berlalu seperti mana aku seolah tidak pernah ketemu dengan bulan ini. Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini Tarawikh telah menjadi semakin jauh dan menyepi. Ini disebabkan tuntutan kerja dan tuntutan duniawi. Maka tidak hairanlah aku semakin menjauhi bulan yang ditunggu oleh semua orang Islam di dalam dunia.
Hati tidak akan pernah tenang dengan apa yang telah kita kecapi meskipun kita telah menyangkakan apa rezeki yang ada sekakrang ini mungkin adalah yang terbaik buat diri kita.Aku terlalu banyak berharap dan meminta kepada Tuhan dan terasa seolah sudah malas untuk melayan karenah aku dan kehidupan aku .
Menulis ini berharap suatu hari nanti aku akan kembali membaca diari kehidupan aku yang telah lampau dan kedukaan yang pernah aku alami dalam sepanjang kehidupan ini.Hati tak tenteram, jiwa kosong, iman tidak bertambah tetapi aku masih punya agama dan kepercayaan kepada Tuhan yang satu dan Yang Maha Kuasa.
Bukan senang untuk mencari keseronokan itu dan aku telah kebuntuan dalam pencarian aku selama ini.Aku berharap segala urusan aku di dunia ini akan cepat selesai dan berakhir.Nikmat kesyukuran itu sudah tidak wujud dalam realiti dan aku semakin tua dan lelah.Menanggung derita keluarga yang berpanjangan.Semua berantakan tanpa ada apa yang tinggal untuk diwariskan.Aku ingin ke temu tuhan dan ingin sekali kepadanya.Apakah ia suatu yang mustahil untuk aku menghadap Raja kepada segala raja ini dalam keadaan aku tidak ada sedikitpun pemberat kebaikan yang menyebelahi aku dalam hayat aku yang lampau. Yang ada hanyalah aku dan diri aku sendiri seorang diri yang menangisi kesedihan.
Sebut tentang menangis.Dah lama aku tak menangis dan dah lama aku tak merasa seronok.Kini tinggal aku seorang diri dan terus menyepi dari kehidupan orang ramai. Mungkin ini adalah ramalan tepat sejak aku masih di bangku sekolah rendah lagi. What a pity boy?...
Sekian.
Sibuk dengan dunia. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan pada saat ini. Hidup yang tak serupa dengan rakan lain yang mempunyai masa untuk bersama rakan-rakan dan keluarga namun aku tidak. Inilah rezeki manusia. Memang kita ini hidup yang sudah ditakdirkan sejak azali lagi. Semakin ramai jenis manusia yang aku kenal dan semakin aku menghampiri realistik dunia meskipun masih punya sebahagian dunia lagi yang harus aku tempuh.
Teringat akan mama dan abah di kampung. Mereka pasti sunyi tanpa anak mereka yang seorang ini. Adik aku yang bakal menghadapi SPM tahun ini juga tidak aku hiraukan untuk beberapa bulan. Maafkan aku, aku tak mampu lagi untuk berhadapan dengan karenah dunia ini. Cuma bagilah aku sedikit ruang untuk terus menyendiri kerana takdir kita semua tidak akan pernah sama sampai bila-bila. Meskipun kita semua telah menempuh takdir masing-masing.
Siang malam menghadap kepada dunia yang tidak akan pernah tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti seketika. Semuanya sudah kelihatan sama dan tiada beza lagi. Entahlah apa pula nasib aku pada keesokan hari. Puas sudah aku mentelaah kehidupan kotaraya. Terasa ingin kembali ke zaman persekolahan dahulu. Punya banyak masa untuk berfikir dan menzahirkan apa yang difikirkan meskipun tidak ramai yang ambil peduli. Terlalu banyak sangat mengomel juga tidak ada gunanya, tapi ini hanyalah sebuah nukilan yang harus aku luahkan sebelum ia mnejadi barah kepada otak yang semakin sarat dengan perjalanan hidup. Bila sampai waktunya nanti jam itu akan terhenti sendiri dan pada ketika itu kita tidak mampu berkutik akan apa-apa lagi untuk dijadikan amalan untuk diri dan keluarga. Dengan tulisan dan luahan ia akan menjadi sebuah mimpi yang indah buat kepada semua pencerita dan jua pembaca.
Apa yang aku nak kau tahu, aku masih sendiri dan terus sendiri. Pengalaman semalam cukup menghenyak diri aku sehingga aku ketakutan dan layu. Biarlah, tiada apa yang perlu kau peduli. Kau mungkin juga begitu disaat roda dunia kau berada di barisan paling bawah bulatan itu. Cuma bezanya roda hidup aku sudah pecah dan akan sentiasa berada di bawah. Tak perlu pedulikan aku kerana aku akan terus ambil peduli pasal kau.
Sampai juga akhirnya,
Impian untuk ke sana ke mari
Hari ini satu lagi beban yang mendatang
Tak mengapa
Kerana ia lumrah dunia
Sebuah keperluan di kotaraya
Pemudah kepada kerja berkelana
Mungkin ini satu kemajuan
Diharapkan ia akan terus maju
Maju dan terus maju
Janganlah ada rintangan lagi
Aku sudah cukup perit dan jerih
Inilah realisme yang asli
Tidak pernah berhenti menyengat
Inilah permulaan alam baru
Cabaran dan mencabar
Kini aku akan terus bernafas
Meskipun di dalam air berlumpur
Alhamdulillah.
Akhirnya sampai juga hasrat aku untuk memiliki kereta sendiri. Meskipun bukanlah kereta idaman dan mempunyai sentuhan "air tangan orang luar" namun aku tetap bangga dengan diri sendiri. Dah lama aku cuba mengawal sikap rendah diri dan juga perasaan kurang yakin. Setelah apa yang aku tempuhi akhirnya aku sudah kembali mampu berjalan semula meskipun aku sendiri seorang diri.
Setelah lebih kurang seminggu lebih aku menguruskan urusan jual beli kereta akhirnya tadi aku baru sahaja membayar wang muka dan akan berurusan dengan pihak bank mengenai pinjaman. Bukan senang buat masa sekarang untuk membuat pinjaman bank tambah-tambah pulak Bank Negara telah mengetatkan lagi syarat untuk memiliki kereta. Hari ni duit gaji melayang sedebuk hanya semata untuk melunaskan wang cengkeram tanpa faedah tu. Tapi aku rilek je masuk keluar bank macam takde apa-apa berlaku. Padahal mata dah melilau kiri kanan takut-takut ada yang perasaan aku keluarkan duit yang banyak sekali gus. Alhamdulillah gaji bulan ni masih ada yang berbaki dan aku still lagi boleh bernafas untuk meneruskan hidup lagi sebulan ni.Bulan depan dah masuk bulan ramadhan dan aku harap aku boleh berjimat sikit dan menabung untuk masa depan.
Apa yang best berlaku hari ni adalah aku telah membuatkan salesman kereta aku tadi hampir give up ngan aku punya karenah. Sebelum ni dia janji ngan aku yang dia akan cuba buatkan tuntutan loan yang paling cantik yang pernah dia buat semenjak bergelar salesman.Tup tup setelah seminggu pihak bank asyik call aku dan juga menuntut pelbagai jenis dokumen sokongan. Dan pada Khamis lepas bank telah call aku dan bagitau yang loan aku dah approve. Mulanya aku excited sekejap tapi baru aku sedar full loan yang dijanjikan salesman tidak benar-benar terjadi. Yang paling ralat sekali adalah loan aku bukanlah 100% tetapi hanyalah 99% daripada harga kereta yang aku nak beli.Memanglah aku cuma perlu tambah lagi 1% sebagai down payment tapi bagi aku itu cukup banyak dah.Aku cuba dapatkan pertolongan kawan satu office untuk mendapatkan loan penuh dan menyebabkan aku terpaksa melengahkan urusan dengan salesman aku tadi. Dia terasa terancam dan rasa seolah-olah penat kerana telah mendapatkan aku loan approval dari pihak bank tetapi last-last aku buat taik konon nak apply loan baru semata-mata nak raise lagi balance 1% yang tak berapa banyak tu.Call punya call akhirnya member office aku bagitau memang loan aku boleh approve setakat tu je dan itu dah kira paling banyak dalam kategori orang macam aku ni.
Hari ni kau memang luck salesman. Aku tengok muka kau macam dah toye je tadi, so dengan termeterai janji yang aku akur untuk membayar down payment 1%.Hahaha terselamat ko dan aku pun dah selamat dengan urusan ini cuma kena tunggu urusan dengan bank sahaja.Bapak aku dah awal-awal lagi aku bagitau yang aku nak dapatkan nombor pendaftaran negeri kelahiran aku. So dia dah wat persiapan yang sepatutnya hanya tinggal beberapa step saja lagi. So itulah pengalaman aku dalam usaha mendapatkan kereta pertamaku. Wah bleh masuk peraduan dalam "Perodua Contest" ni. Lupa nak bagitau aku beli kereta Malaysia je sebab tu je yang mampu. Dan pemenangnya adalah Perodua dan bukanlah Proton. Aku memilih perodua kerana teknologi penjimatan kereta keluarannya adalah masih nombor satu di Malaysia. Satu lagi aku beli kereta ni supaya senang nak balik kampung. Aku still pergi kerja naik motosikal aku yang masih rugged tu. Sekian itu je cerita aku tentang pengalaman membeli kereta pertamaku.
Masa
Sekarang masa adalah sangat bernilai. Tetapi masa itu juga turut terbuang degan begitu sahaja tanpa kita sedari. Nak katakan kita tidak pandai mengurus masa tipulah. Kita sentiasa mempunyai aktiviti yang kita suka untuk diisi dalam setiap masa yang terluang. Cuma masa untuk kita berfikir dan bersendiri itu kini hanya bertukar kepada masa untuk tidur dan lena tanpa dibuai mimpi-mimpi indah.
Aku perlukan masa yang panjang untuk pulih dan selamat.Tetapi ia seolah mustahil untuk dilakukan kerana aku tidak mampu untuk berhenti berfikir walau hanya untuk seketika.
Sekarang sudah tidak punya banyak masa untuk diluangkan untuk menulis dan membaca dengan berkualiti.Tak mengapa semua itu hanya bersifat sementara. Satu masa nanti akan tiba masa untuk meluangkan sedikit lagi cerita dan pandangan aku. Dalam minggu ini, mood begitu tidak berapa stabil kekadang gembira dan kekadang bersedih dan marah. Mungkin tidak cukup rehat atau terlalu banyak masa berfikir yang bukan-bukan. Tidak rugi untuk mengenang masa lampau tetapi amatlah rugi tidak mengambil kesempatan masa yang terhidang di depan mata sekarang ini.
Sekian.
Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.
Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah. -Sumber Malaysiak Ini
Asssalamualaikum.
Terus kepada tajuk utama, iaitu politik masa ini yang semakin hangat dan memilukan semua rakyat di bandar mahupun di kampung. Kalau dahulu politik dipenuhi dengan rencah pertelagahan antara kawasan dan bahagian yang mana mereka saling ingin merebut kerusi di kawasan masing-masing. Mereka benar-benar bertengkar melalui medium politik dengan memainkan isu kepentingan rakyat.
Lain pula yang berlaku pada hari ini. Mereka lebih gemar memainkan isu peribadi yang mana membuka pekung bahawa rakyat Malaysia hari ini tidak lagi bermaruah dan telah menyimpang jauh dari agama yang mereka anuti. Malaysia kini hanya kekal dalam perundangan sebagai negara ISLAM. Namun hakikatnya kita tidak ubah seperti negara bukan Islam yang mana lebih telus dan terbuka dalam menilai setiap hujahan.
Kalau dulu nak cari video lucah "Pramugari Terlampau" atau "Aksi Wan Nor Azlin" begitu susah dan terhad. Tapi kini dengan kewujudan internet berkelajuan tinggi semua orang mampu mendapatkan akses dan mampu untuk berkongsi rahsia walau dimana sekalipun mereka berada. Dan perkara ini menjadi lebih sensasi apabila golongan terkenal seperti ahli politik menjadi peneraju utama dalam video lucah sedemikian. Aku rasa perkara sebegini telah lama bersarang dalam kehidupan ahli politik dan juga ahli perniagaan. Tapi kini ia sudah menjadi mainan kepada media elektronik khususnya untuk mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat yang menjadi sumber ekonomi mereka.
Aku rasa pelik dengan cara bagaimana semua ini boleh dirakamkan dalam waktu yang genting seperti ingin menghadapi pilihanraya semacam ini. Semua seolah-olah telah dirancang lebih awal lagi dan cuma menanti waktu untuk dilepaskan kepada media untuk tontonan umum.Pelik tapi benar, inilah cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai rakyat Malaysia zaman moden ini. Semua orang berhak untuk melakukan jenayah peribadi dan merosakkan imej negara. Katanya PAS yang membimbing lebih ramai orang menuju kepada agama yang telah lama ditinggalkan kepada umat hari ini namun mereka terlepas pandang kepada perkara sebegini. Ingat semua yang terjadi ini kebanyakkan adalah produk UMNO yang tidak menjadi pada zaman dahulu. So rakyat tidak boleh untuk meunding jari kepada UMNO semata-mata. Mereka hanya nampak ini adalah kesalahan UMNO dan bukan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Lihat betapa ramai ahli yang dulunya UMNO dan mempunyai jawatan masing-masing di dalam parti kini lebih untuk memilih keluar parti dan membentuk satu parti baru yang mana mereka akan berpeluang cerah untuk berada di tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini. Perkara ini seolah perniagaan MLM yang mana semua orang ingin membuka empayar mereka sendiri dan ingin menjadi cepat kaya dan berada di puncak kejayaan dalam masa yang cepat dan selagi usia masih muda dan gagah.
Kita perlu sedar dizaman media tanpa sempadan hari ini, telah lahir ramai penulis tidak berlesen mengutarakan pendapat aggresif mereka di media terbuka dan kurang penguatkuasaan dari undang-undang. Nama pun media bebas jadi tidak akan ada sesiapa pun berhak ditumbangkan pada zaman moden ini.Ini bukanlah satu bentuk kebebasan yang perlu di ambil kesempatan oleh rakyat Malaysia. Aku tengok di kawasan berkepadatan tinggi di Kuala Lumpur seperti di Kerinchi dan Pantai Dalam. Kebanyakan golongan ibu dan bapa mereka lebih cenderung untuk memlilih parti PAS sebagai peneraju pentadbiran mereka, sedangkan anak-anak mereka sendiri menjadi mat rempit dan kaki curi. Orang ramai suka menghukum kesalahan orang lain tetapi tidak mampu menghukum kesalahan diri sendiri.Aku sebagai golongan pemerhati pun tidak terkesan dengan impak sebegini kerana mereka tidak menunjukkan contoh melalui tauladan.Mereka lebih suka memilih "Reformasi" berbanding "Transformasi". Kedua-dua perkataan itu berbeza dari segi makna yang jelas. Reformasi tidak diperlukan di Malaysia kerana setiap perkara yang di"reform" pasti akan berkubur kerana kekebalan sistem yang kita miliki sejak zaman berzaman lagi.
Sudahlah.Mungkin sampai sini dahulu aku berceloteh mengenai perkara sebegini.Fikirlah secara mendalam sebelum menulis hujah yang seterusnya.Biar lambat asal selamat.
Sampah selalunya disifatkan sebagai benda yang tak berguna dan tidak diperlukan lagi.Sampah digolongkan sebagai najis kerana bau dan warnanya yang kekal akan mendatangkan ketakselesaan terutama sekali dalam urusan ibadah.Kata yang cocok dengan sampah adalah buang atau terbuang.Itulah sifat dan karekter yang diperolehinya.
Meskipun ia merupakan benda yang tidak berguna, sampah juga tetap mendapat hak keistimewaan untuk diurus tadbir oleh satu golongan yang dipanggil pengutip sampah. Sampah kalau dibiarkan terhimpun akan mendatangkan impak yang kurang menyenangkan kepada semua pihak. Disebabkan oleh itu, sampah seharusnya dibakar atau pun ditanam supaya tidak timbul isu pencemaran alam sekitar. Sampah bukanlah satu isu sebesar isu moral Ketua Pembangkang tetapi ia lebih bersifat isu sejagat yang mana ia menampilkan kewibawaan pemerintah dalam mengurus tadbir semua sisa-sisa yang dibuat oleh manusia sendiri.
Begitulah sedikit rumusan aku mengenai sampah. Sudah lama aku merasakan diri ini seperti sampah dek kerana aku tidak berdaulat dan tidak merupakan rakyat berpelembagaan. Terasa terbuang dan mungkin akan dibuang terus dan lenyap sebagai sampah. Sampah tidak akan wujud dengan sendirinya, ia terjadi hasil daripada perbuatan orang lain. Tidak ada bezanya semua itu dan tidak siapa yang akan pedulikan sampah yang mereka buang. "Mat mana kau buang sampah tadi." kata Mak kepada Mat. "Saya buang kat tong sampah la Mak.".balas Mat. Kemana perginya sampah kalau tidak ke tong sampah. Tidak ada hari memperingati sampah setiap tahun di dalam negara tapi mungkin ada hari menjaga alam sekitar daripada pencemaran (sampah).
Itu adalah sampah yang bersifat 'tangible' atau boleh dipandang. Bagaimana pula untuk sampah yang tidak boleh dilihat. "Aku rasa seperti sampah dan tidak berguna lagi kepada masyarakat ini." rungut Amir. "Kau jangan risau, itu cuma perasaan engkau sahaja, sampah juga boleh dikitar semula." pujuk Jasvin. Betul sampah mampu dikitar semula bagi mereka yang benar-benar menghargai alam sekitar dan bahan yang terkandung di alam ini. "Hoi...itu sampah sarap mana boleh kitar semula, kalau dah sampah tu buang je ke dalam longkang ke atau mana-mana." perli Amar. "Kepala hotak betul, aku cakap perasaan aku ni dah macam sampah, bukannya sampah yang orang buang tu, bengong." tegas Amir.
"Hari-hari kita kutip sampah yang dibuang oleh orang lain." pengutip sampah A. "Aku balik rumah je kena perli dengan anak-anak, Ayah ni bau sampah la!." balas pengutip sampah B. "Iya tak iya, nak beli perfume Hugo Boss kat pasar malam pun fikir dua kali, nanti hilang ke bau sampah ni?." ujar pengutip sampah A.
Itulah perihal oleh sampah kepada bangsa dan masyarakat kita hari ini. Hanya golongan terpinggir dan kelas bawahan sahaja bersuara mengenai sampah ini. Mereka yang berada di atas tidak pernah hirau ke mana perginya sampah ini. Sudah semakin ramai yang bekerja sebagai Golongan Profesional dan tidak perlu memikirkan perkara remeh sebegini kerana mereka sudah pun terbeban dengan kerja yang mereka lakukan sekarang.
Aku sebuah sampah yang tak berguna.Tempat tinggal baru aku sekarang adalah di dalam tanah perumahan mewah. Berkubur sama seperti kawan-kawan sampah ku yang lain.
Kau takkan percaya yang aku menulis ni dalam bulan April seperti selalu.Apa yang bermain di fikiran ku sekarang adalah sentiasa memikirkan tentang Dia.Walau sejauh mana aku cuba lupakan tetapi ia merupakan sesuatu yang mustahil.Aku yang mermulakan semua ini dan kini aku akan menerima akibat dari semua ini.Perasaan yang lampau tidak akan pernah pergi kerana aku sentiasa menyimpan semua itu di tempat yang teristimewa dalam hidup aku.
Hati tidak pernah menipu dan hati tidak pernah pandai menipu.Ia fakta dan ia semua sama sama ada bagi seorang lelaki atau perempuan.Lagu kosong nyanyian Najwa Latif semakin rancak menjadi siulan ramai dan aku juga sudah terpengaruh dengan semua itu.Iringan lagu itu menyentap seketika sanubari ini.Terasa kecil dan mudah terluka.Siapa peduli yang seorang lelaki mempunyai perasaan sedemikian rupa.Aku istimewa dalam kehidupan ini dan aku kekal sebagainya.
Kalau diberikan peluang dan kesempatan ingin aku berdoa pada tuhan agar Dia menjadi hadiah terbaik pada aku sebagai Bunga April.Namun aku tahu semua itu mimpi, mimpi yang takkan berakhir selagi aku masih belum sadar dari lamunan ini.Terpaksa aku bersyukur dalam keterpaksaan ini menanti sebuah kehidupan yang aku tidak punyai.Lagu jiwang sentiasa hadir pada saat yang betul dan aku terpaksa melayan perasaan itu sendiri.Sambil aku berkata pada diri bilakah musim Bunga April ini akan berakhir.
Dia Bunga April Ku.
Pengalaman merupakan guru yang paling baik untuk disambut pada setiap kali hari guru.Kita merupakan murid yang paling baik kerana dapat berguru dengan pengalaman.Pengalaman adalah melihat,merasai dan juga menilai orang dan juga persekitaran yang berada disekeliling kita.Kita merupakan murid tunggal yang akan berguru kepada pengalaman kita sendiri.Pengalaman tidak akan sama dengan orang lain.Boleh jadi kita lebih atau pun mungkin juga kurang daripada orang lain kerana semua itu bergantung kepada apakah jenis pengalaman yang telah kita timba.
Kita mungkin sentiasa rasa pengalaman kita merupakan yang paling sedikit daripada orang lain.Namun tuhan yang Maha Adil itu telah menjadikan asbab mengapa kita dapat merasakan pelbagai jenis pengalaman.Kita merasakan setiap benda baru yang kita tempuhi itu merupakan suatu bebanan yang tak mampu kita tempuhi dan merupakan pengakhiran kepada semuanya.Rasa malu untuk mengaku pengalaman kita menyebabkan kita terlalu merendah diri, tetapi hakikatnya ia adalah sebaliknya.Apa yang kita rasa malu itu tadi adalah pengajaran daripada pengalaman yang telah kita lalui.Kalau kita telah merasa terkebelakang dalam kehidupan kemudian kita bertemu dengan orang yang telah lebih dahulu di depan mungkin dia tidak merasakan apa yang telah menyebabkan kita ini terlalu lama berada dibelakang dan sentiasa mencari jalan-jalan kehadapan.
Siapa sangka,budak yang dahulunya periang kini menjadi muram dan suram.Budak yang dahulunya lembab kini telah kembali cergas.Namun budak itu masih sama sebenarnya cuma dia telah diberikan peluang oleh tuhan untuk merasa nikmat susah sebelum bertemu dengan kejayaan yang seharusnya.Mungkin pengalaman tidak merupakan aset yang begitu bernilai kerana ia tidak boleh dibandingkan dengan orang yang kita sangka berjaya pada pandangan orang lain.Tapi percayalah,setiap detik kesusahan yang telah menjadi silam itu sebenarnya terasa manis dan akan membuatkan kita tergelak seketika kelak.Akhir kata timbalah seberapa banyak pengalaman untuk menangis dan ketawa selagi masih ada peluang untuk merasakan kehidupan kerana setiap orang tidak akan menangis dan ketawa pada masa yang sama.