Menulis
adalah umpama doktor bagi aku. Karya
semasa aku menulis adalah terapi yang harus aku jalani. Meskipun terapi ini
tidak serupa dengan yang lain namun ia tetap sebuah pertolongan yang diberikan
khusus buat aku. Kenapa aku tidak boleh meminta lebih dari apa yang telah tetap
buat aku. Kini hari-hari yang aku lalui terasa sunyi. Meskipun telah banyak
kemajuan dalam diri tetapi aku masih terpaksa berdiri sendiri dalam
kepinga-pingaan. Aku hilang keyakinan untuk bertemu dengan ramai orang apabila
orang yang aku percaya tidak boleh
membawa aku keluar dari alam maya ini. Namun terasa sedih yang amat dalam
apabila orang yang kau percaya bukanlah seperti yang disangkakan. Aku terbiar
di saat aku benar-benar berada di altitude yang paling rendah dalam dunia ini.
Aku
sudah tidak pandai merayu. Aku juga tidak lagi mampu berharap kerana aku terasa
sangat lemah. Usia sekarang terasa begitu tidak berdaya untuk menghadapi
cabaran dan dugaan yang lebih besar dari ini. Sendiri aku di dalam kamar
terlantar layu, di dalam rumah yang kekosongan yang telah sekian lama menjadi
kosong. Aku tidak dapat mencari apa lagi cara untuk aku bangkit kerana setelah
penat aku berjalan melihat dunia yang kembali hanyalah perasaan yang sama
terhadap kau. Aku pernah melihat orang yang kecewa tetapi aku belum pernah
merasa kejayaan dalam kekecewaan aku ini. Apakah bezanya dunia aku sekarang
dengan alam di kubur nanti? Mungkin di sana aku akan melihat lebih ramai orang
merintih berbanding orang yang bersuka ria.
Aku
tidak ada tempat mengadu selain Tuhan. Dan kerana Tuhan jugalah aku masih
teruskan kehidupan sehingga ke saat ini. Namun terasa berat apabila Tuhan datang
menurunkan musibah, menjadikan aku remuk, resah dan terkulai di medan tempur.
Sewaktu aku terasa seolah sentiasa berada di samping kau, kau cuma inginkan
seorang teman sebagai pengubat duka. Namun ku tahu dan ku simpan hasrat aku
ketika itu kerana ingin bersama engkau sebagai kawan. Tapi lambat laun perasaan
itu akan terus timbul dan saat itu kau sudah tidak lagi menganggap aku sebagai
kawanmu. Malah aku terasa seolah musuh yang terbiar yang terlalu menyayangi
kau. Apa salah aku sehingga aku terpaksa menerima nasib sebegini. Ibu dan ayah
aku juga tidak mengerti kenapa aku masih kekal dalam sikap aku sekarang.
Bukankah dunia ini luas dan rezeki ada di mana-mana sahaja?
Itulah
dinamakan nafsu, selagi ia belum ditenangkan maka ia akan sentiasa berlegar
selagi aku bernyawa. Aku penat, cukup penat dengan pengharapan ini. Aku tidak
mampu berjalan di saat aku tidak punyai kedua kaki untuk melangkah. Namun
perkhabaran tentang kebahagiaan kau membuat aku terduduk diam. Kenapa harus aku
terima keburukan ini. Aku sembunyikan kelemahan ini untuk ditutupi tapi kenapa
ia kekal ingin keluar dari peraduan. Saban hari aku berdoa agar aku segera mati.
Kunyalakan api rokok pelbagai rasa supaya aku segera pergi bersama kepulan asap
itu. Tetapi semakin aku mahukan semakin ia menghindar dari aku. Apakah teori
kehidupan ini hanya diterima pakai dalam planet yang aku menghuni sendiri. Di
mana bantuan untuk aku? Ke mana harus aku tuju? Siapa yang harus aku bertanya?
Bila aku akan mendapat semua jawapan itu?
Aku
masih mencari ayat-ayat yang boleh meringankan kesakitan aku. Tapi menuntut
ilmu tanpa guru umpama menanam pucuk tanpa akar. Ilmu yang ada tidak mampu
dijadikan benih untuk bercambah. Yang hadir buat masa ini hanyalah
kelibat-kelibat yang aku tidak mahu lihat. Adakah hina sangat citarasa aku. Kenapalah
cerita ini belum ketemu akan penghujungnya. Ia mungkin kerana aku tidak mahu
riwayat ini dihabiskan begitu sahaja. Aku seolah manusia yang tidak waras
terperuk di dalam rumah dan tidak ingin bertemu dengan siapa-siapa. Aku takut
dan malu berhadapan dengan dunia yang gelap dan masa depan yang kelam. Aku sangat
berharap di saat aku sudah tiada lagi, kau akan membaca cerita masa lalu aku
ini. Mungkin tidak ada unsur komedi tetapi ini adalah kenyataan yang harus aku
tuliskan. Tidak ada sedikit pun rekaan mengenai kehidupan melainkan ketetapan
yang Tuhan telah putuskan buat diri aku. Bila sampai waktunya aku akan pergi
dan tulisan ini akan kekal di dalam ini.
Wahai
teman, wahai sahabat maafkan aku jika aku sembunyikan diri sebegini. Namun aku
juga tidak mahukan pengakhiran sebegini. Tidak ada takdir yang mampu diubah
meskipun kita begitu berhajat mengubahnya. Rupanya apa yang aku takutkan sedari
kecil adalah merasakan kehidupan ini begitu tidak berharga dan berguna untuk
dikenangkan. Kenapa takdir aku diserahkan kepada aku sendiri dan mengapa takdir
kau tidak bersama dengan takdir aku. Sedangkan aku telah pun ditakdirkan
menyayangi kau sehingga akhir hayat aku. Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan