Jumaat, 27 Januari 2012
Jam menunjukkan 8.30pagi,dia masih lagi berada di bawah selimut.Hari baru dan harapan baru buat dia dan juga keluarga yang berada di kampung.Berita gembira ini masih lagi belum dikhabarkan kepada mama dan abah di kampung namun mungkin dalam masa yang terdekat dia akan menghubungi mereka untuk berkongsi rasa gembira ini.Sudah hampir setahun dia tidak mempunyai kerja tetap namun kini meskipun gaji yang ditawarkan sedikit namun sekurangnya dia masih mampu untuk berdikari untuk meneruskan kehidupan sebagai anak perantauan.Perkara yang bermain di kotak pemikirannya adalah untuk melangsaikan semua hutang yang telah dipinjam terutama daripada kawan-kawan yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan di saat dia benar-benar memerlukan pertolongan daripada mereka.
Mungkin tuah tahun baru membawa dia sampai ke sini.Namun masih ada masalah untuk dia terus fikirkan.Berikutan usia yang semakin lanjut,dia masih tercari-cari teman hidup untuk dijadikan isteri.Meskipun telah ketemu bidadari yang diimpikan namun bidadari itu bukanlah milik dirinya.Itu antara doa yang paling panjang dan paling lama dalam hidup dia untuk terus menunggu dan berharap kepada tuhan yang Maha Kuasa.Biarkan waktu menentukannya,namun usaha akan tetap dia lakukan.Mati cuma sekali dan hidup kita akan berlaku dua kali.Jauh dalam sudut hati dia,terasa begitu sunyi namun apakan daya dia sendiri memlih untuk hidup sedemikian.Matlamat yang ada cuma untuk memliki seorang wanita yang benar-benar dia sayang dan boleh kasihi dalam masa yang lama.Ke mana sahaja dia pergi ada sahaja wanita yang sukakan dia namun dia tidak mampu memberikan harapan yang palsu hatta memaksa diri untuk menyukai apa yang dia tidak minat.Dia begitu memilih tetapi punyai sebab.
Dia dilahirkan sebagai seorang manusia yang tabah namun tidak tetap pendirian.Dia seringkali berubah hati,disebabkan itu dia hanya ingin mencari pasangan hidup yang benar-benar mampu menggoncang jiwanya sahaja kerana dengan adanya begitu dia akan lebih menghargai dengan apa yang dia miliki.Kalau ingin mencari wanita yang moden dan bekerjaya,mereka lebih memilih harta dan rupa untuk dijadikan ukuran.Mereka inginkan kehidupan yang mewah yang mereka juga tidak pernah kecapi semasa kecil.Adat menjadi wanita cantik dan bekerjaya.Namun bilangan yang benar-benar tidak kisah itu masih belum pernah dia temukan.Masa yang ada sudah semakin sempit dan menghimpit hidupnya kini.Dia mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada adik-beradiknya yang lain,dia benar-benar ingin membantu keluarga kecilnya.Semoga tuhan akan sentiasa melimpahkan rezeki yang tak terhingga kepada dia dan keluarga kecilnya.
Dia pernah merasakan tertekan sebelum ini dan mendapatkan khidmat kaunseling daripada doktor namun masalah itu dijadikan tuhan untuknya.Dia terpaksa redha dengan segala ketentuan yang telah diciptakan buatnya.Masih belum terlambat untuk menyusun kembali perancangan hidup untuk 100 tahun yang akan datang.Itu yang dia perolehi dari pengalaman yang ditimba sepanjang mencari kehidupan yang terlalu memeritkan buat dia.Dia kini telah meninggalkan kawasan Batu Caves dan kini berkelana ke Putrajaya mencari sesuap nasi untuk dijadikan semangat untuk meneruskan hidupnya kembali.Angin baru dan suasana baru ingin dia lalui agar dia lebih mesra dengan kehidupan baru tanpa keluarga di sisi.Satu persatu pengalaman yang dia cari mengajar dia agar bukan sahaja tabah namun bersyukur kepada yang Maha Kuasa.
Dia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang baik.Dia kini perlu berusaha lebih keras untuk menjadikan dirinya beriman dan terus mengekalkan momentum tersebut.Laungan azan bakal berkumandang dan dia harus segera bersiap ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat berjemaah di Masjid Besi,Putrajaya.Semoga dia mampu melakukannya.
0 comments:
Catat Ulasan