Sedikit Coretan
Pengalaman Adalah Guru Kehidupan
Sabtu, 17 Mac 2012
Pengalaman merupakan guru yang paling baik untuk disambut pada setiap kali hari guru.Kita merupakan murid yang paling baik kerana dapat berguru dengan pengalaman.Pengalaman adalah melihat,merasai dan juga menilai orang dan juga persekitaran yang berada disekeliling kita.Kita merupakan murid tunggal yang akan berguru kepada pengalaman kita sendiri.Pengalaman tidak akan sama dengan orang lain.Boleh jadi kita lebih atau pun mungkin juga kurang daripada orang lain kerana semua itu bergantung kepada apakah jenis pengalaman yang telah kita timba.
Kita mungkin sentiasa rasa pengalaman kita merupakan yang paling sedikit daripada orang lain.Namun tuhan yang Maha Adil itu telah menjadikan asbab mengapa kita dapat merasakan pelbagai jenis pengalaman.Kita merasakan setiap benda baru yang kita tempuhi itu merupakan suatu bebanan yang tak mampu kita tempuhi dan merupakan pengakhiran kepada semuanya.Rasa malu untuk mengaku pengalaman kita menyebabkan kita terlalu merendah diri, tetapi hakikatnya ia adalah sebaliknya.Apa yang kita rasa malu itu tadi adalah pengajaran daripada pengalaman yang telah kita lalui.Kalau kita telah merasa terkebelakang dalam kehidupan kemudian kita bertemu dengan orang yang telah lebih dahulu di depan mungkin dia tidak merasakan apa yang telah menyebabkan kita ini terlalu lama berada dibelakang dan sentiasa mencari jalan-jalan kehadapan.
Siapa sangka,budak yang dahulunya periang kini menjadi muram dan suram.Budak yang dahulunya lembab kini telah kembali cergas.Namun budak itu masih sama sebenarnya cuma dia telah diberikan peluang oleh tuhan untuk merasa nikmat susah sebelum bertemu dengan kejayaan yang seharusnya.Mungkin pengalaman tidak merupakan aset yang begitu bernilai kerana ia tidak boleh dibandingkan dengan orang yang kita sangka berjaya pada pandangan orang lain.Tapi percayalah,setiap detik kesusahan yang telah menjadi silam itu sebenarnya terasa manis dan akan membuatkan kita tergelak seketika kelak.Akhir kata timbalah seberapa banyak pengalaman untuk menangis dan ketawa selagi masih ada peluang untuk merasakan kehidupan kerana setiap orang tidak akan menangis dan ketawa pada masa yang sama.
Selamat Hari Wanita
Khamis, 8 Mac 2012
Hari ni aku rasa cam nak menulis mengenai seorang yang cantik bagi aku.Dia seorang pelakon dan juga merupakan bekas pramugari.Aku perasan wajah dia apabila aku terlihat dalam TV1,apabila dia ditemuramah dalam rancangan realiti yang dia sendiri pernah terlibat di dalamnya.Serius aku katakan,aku tak pernah layan rancangan realiti yang disertai dia namun dia kini muncul dalam pandangan hidup aku sebagai seorang yang cantik dan menawan.Mungkin disebabkan aku seorang lelaki dan acapkali terpesona dengan keindahan sementara yang diciptakan tuhan.
Kalau aku melihat perempuan yang cantik itu bukanlah hanya melalui penilaian aku secara mendalam dan langsung mengenal hati budi orang yang aku cakap cantik itu,tetapi dia mestilah boleh dinilai melalui raut wajah dan juga perwatakan yang dia sendiri bawa menurut pendapat aku.Aku memang tidak pandai untuk menilai perempuan atau wanita tetapi naluri seorang lelaki tetap mengalir dalam tubuh aku.Ini adalah beberapa keping gambar Cristina Suzanne ayng cantik pada pandangan aku.Dari segi watak yang dia tonjolkan dalam aksi beliau di dalam gambar menampakkan dia seorang yang "Happy Go Lucky". Bagi aku sifat sedemikian susah nak ada dalam diri seorang wanita yang aku katakan cantik kerana ia terlalu istimewa bagi setiap individu itu.
Aku suka akan seoarang wanita yang nampak ranggi atau lasak daripada mata kasar dan dari segi gaya dan penampilan.Namun ia dilengkapkan lagi dengan wajah yang menawan semua jejaka dan sebagai tambahan peribadi dia tidak tumpah seperti wanita yang malu pada diri dan tidak mampu dipandang sebagai dia cuma hiasan seksual bagi lelaki.Aku telah ketemu beberapa wanita seperti itu namun aku tidak pernah benar-benar terperangkap dalam berbincang dan berbual bersama wanita sedemikian.Bagi aku ini adalah wanita yang unik.Wanita lebih menarik kalau dia berhati-hati kepada semua lelaki dan nampak malu-malu meskipun dia sebenarnya ingin menjadi perhatian setiap mata yang melihat dia.
Aku kagum dengan wanita seperti Cristina Suzanne kerana masih kuat meyakinkan aku bahawa masih ada wanita yang seperti dia cantik dan kena pada perwatakan yang dia bawakan.Bukan niat untuk memuji tetapi ini adalah nukilan ikhlas aku kepada gadis di luar sana yang sedar atau tidak mirip kepada penampilan Cristina.Berdasarkan kepada pengalaman aku,wanita seperti ini sebenarnya ceria pada luaran tetapi dalaman dia tersimpan begitu banyak impian dan harapan yang menggunung tetapi terpaksa dimansuhkan disebabkan dia terlalu beralah kepada takdir dan pasrah kepada apa yang telah ditetapkan dalam kehidupan mereka.Wanita seperti ini lebih banyak redha kepada apa yang hadir dalam hidup mereka kerana mereka merasakan mereka akan menjadi mulia apabila bersyukur dan menerima apa sahaja yang telah termaktub di dalam kamus hidup mereka.
Tataplah beberapa kepingan gambar Cristina Suzanne yang aku ambil dari internet ini untuk kamu semua menilai watak dan menyusunpadankan perwatakan beliau dengan wanita yang telah aku terangkan dalam pengalaman pendek tadi.Bertuahnya kalau aku dapat bertemu dengan wanita seperti dia dan wanita itu juga boleh menerima orang yang benar-benar menyukai dia meskipun tidak mampu ditunjukkan dalam bentuk bahasa badan dan kesopanan.Terpulanglah kepada diri masing-masing.Aku masih di sini mengintai gambar-gambar yang tidak bersuara ini kerana dalam foto ini tidak ada istilah 'tidak' atau 'tak suka'.Semua akan menjadi positif seperti apa yang kita semua selalu inginkan.
p/s: Selamat Hari Wanita
Cerpen 8
Cerpen 7
Isnin, 5 Mac 2012
Berita yang berkisar di dalam televisyen dan suratkhabar masih asyik rancak di dalam benak pemikiran dia.Dia susah untuk melupakan sesuatu apa peristiwa yang berlaku dalam waktu yang lepas.Pelbagai keputusan dia ambil demi meneruskan kehidupan dia yang tak keruan.Begitulah perasaan dia semenjak dahulu lagi.Sukar untuk sesiapa untuk meramal perkara sedemikian.Dia hidup dalam dunia sepi dia yang sentiasa penuh dengan kekecewaan masa lampau.Dia tidak langsung berusaha untuk meninggalkan perkara yang lampau melainkan tuhan memberikan dia petunjuk atau asbab untuk melupakannya.
Dia masih terus dengan menulis pelbagai jenis cerita tentang diri dia,namun ia tidak sedikit pun melenyapkan hatta menghilangkan sedikit ramalan lampau.Keadaan sudah menjadi semakin parah dan dia harus mencari alternatif untuk tidak terus dibelenggu kesilapan lalu.Namun dia tetap melakukan kesilapan demi kesilapan oleh kerana dia tidak tahu apa yang baik untuk dia lakukan untuk dirinya sendiri.Semua keseronokan dan kegembiraan dia sudah lenyap padam dalam masa hadapan.Dia benar-benar ingin putus asa dengan apa yang dia mahukan, namun kekuatan itu masih terngiang-ngiang dalam masa lalu dan sukar untuk dilupakan.
Zaman berganti zaman,hari,bulan dan tahun turut sama bertukar.Seolah tiada apa-apa azam baru untuk dia tetapkan dalam hidup yang serba kekurangan itu.Dia cuma ada tuhan untuk menjadi tempat untuk sentiasa berharap dan mengadu masalah.Tapi semua itu mungkin belum cukup dan membebankan hidup dia.Dia tidak layak ada kawan dan teman untuk meneruskan kehidupan dia yang sebegini,dan dia terpaksa mengharungi ini semua dengan perasaan bercampur baur.Tidak boleh dinafikan bahawa dia begitu hampir dengan skizofrenia dan gangguan neuron,namun dia masih tabah memimpin hati dan perasaan untuk tidak mengecewakan orang yang dia cintai.
Emak,abah,adik-adik,nenek dan saudara yang terdekat beliau sahaja yang sentiasa menghiburkan hati dia di saat memerlukan semua itu.Namun dia tetap berada jauh berpuluh batu dari mereka dan terpaksa sedaya upaya untuk melalui semua itu tanpa bantuan siapa-siapa.Bukan dunia yang dia minta tetapi sokongan yang dia tagih dan pertolongan menjauhi semua kegelisahan ini namun takdir telah tentukan segalanya.Dia telah banyak melihat pelbagai jenis takdir dalam hidupnya sebelum ini namun dia masih dikira bernasib baik kerana masih punya keluarga kecil yang sentiasa tidak mengecewakan hari-harinya.Namun keluarga itu tidak akan kekal lama dalam kehidupan dia,dia harus punya keluarga sendiri untuk meneruskan kemandirian nasabnya.Meskipun bukan dari kalangan yang baik namun dia ingin menjadi seorang yang terbaik dalam kehidupan ini.
Susah senang dia biarkan sahaja berlalu dalam kehidupan dirinya,tanpa ada apa-apa kesan dan rasa yang boleh dia tawarkan untuk memulih kembali.Dia membuat keputusan untuk menyendiri untuk sesuatu tempoh yang lama tetapi bukan untuk selamanya.Namun jika takdir berkata demikian,dia harus akur menerima doa yang pernah dia pinta suatu ketika dahulu dan malah lebih dari apa yang dia minta.Pelik tapi benar,masih ada insan sebegini yang punya ilmu namun masih sesat dalam mencari kebahagiaan yang sering dipohon kepada tuhan yang satu.Dia boleh mengalah kepada dunia,tapi tak boleh mengalah dengan keampunan tuhan dan pemberian dariNYA.
Betapa luasnya dunia baru ini tanpa sempadan yang jelas untuk dia berhenti,tetapi semua itu dilalui oleh semua umat yang berada di alam nyata ini.Syaitan dan jin juga turut merasakan semua itu,kerana mereka juga ada hak dalam menghuni dunia yang sudah semakin tua ini.Pasrah,mungkin itu pilihan yang terakhir yang dia bakal dengar dan guna pakai dalam kehidupannya.Mahu atau tidak di harus memandang terus kehadapan bahawa hari semalam sudah semakin jauh meninggalkan dia dan masa hadapan.Apa yang pasti masa hadapan memanggil-manggil dia agar semakain rapat kehadapan.
Cerita kali ini meneruskan kembali perasaan dia yang masih tercari-cari sinar yang sudah dilihat tetapi tidak ketemu jalan menujunya.Doakanlah agar dia sentiasa berada bersama orang yang dia cintai.
Jiwakacaubilaserabut
Khamis, 1 Mac 2012
Otak kembali menggoncang
Goncang ke kiri dan kanan
Ingin ku hentak tapi sakit
Ingin ku biar tetap juga sakit
Hati turut sama melagukan suara
Suara pilu dahulu kala
Apakah masih belum ada yang kena
Hati jiwa kacau bila serabut
Memang sudah tidak ada penawar
Bila tuhan semakin jauh dan menjauhi
Apakah daya doa seorang insan biasa
Ingin merasakan pilu dan hiba tak tentu masa
Bila jiwa kosong minda jadi serabut
Apa yang diinginkan kembali kalut
Nah kau perasaan serabut
Langin cerah kini terasa berkabut
Selain dia mengapa kau tiada rasa
Rasa yang sama kepada dia
Dia cuma manusia biasa
Yang tidak mampu menolak atau menerima
Jangan dipaksa otak yang sudah kusut
Leraikanlah agar sakit itu menyusut
Mungkin bukan semua rasa macam nak tercabut
Ada lagi ingin kembali menurut
Cukuplah masa itu dan yang lalu
Mungkin bukan jodoh yang pergi malu
Zaman di mana kau dan aku
Merasa senang bila lama tidak bertemu
Apalah nasib hati yang layu
Terpaksa dipujuk supaya makin maju
Langkah esok sudah pasti dan tentu
Bulan dan matahari tak mungkin bertemu