.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }
Memaparkan catatan dengan label cerpen dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen dia. Papar semua catatan

Cerpen 8

Khamis, 8 Mac 2012

Hari ini dia tidak ingin berceloteh tentang kehidupan diri dia sahaja tetapi ingin berkongsi mengenai pahit manis dalam keluarga dia.Hari ini dia selamat pulang ke kampung halaman di Kuantan.Kepulangan yang tidak dirancang dengan rapi, namun dia tetap tiba di Terminal Makmur dengan jayanya.Bertolak dari Terminal Pekeliling pada jam 2.30 petang dan akhirnya sampai ke destinasi yang dituju kira-kira dalam pukul 6 petang.Perjalanan yang hanya mengambil masa 3 jam lebih dan suasana ketika di dalam bas pada hari ini begitu lengang.Dia tertidur keletihan di dalam perjalanan ke Kuantan akibat kurang tidur semalam kerana menonton perlawanan bola sepak yang menyaksikan pasukan pilihan dia gagal untuk menyaingi kekalahan besar sebelum ini kepada kelab gergasi dari Itali.

Setiba di Terminal Makmur dia bingkas turun dan terus menuju ke atas untuk mendapatkan tiket pulang ke Kuala Lumpur empat hari kemudian dari hari ini.Suatu cuti yang panjang sebelum dia memulakan tugas baru di Petaling Jaya.Dia berasa agak risau meninggalkan motor 135LC nya di Terminal Pekeliling sendirian.Dia terpaksa redha dengan keputusan yang dia buat meninggalkan motosikal panas di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.Semoga motosikal dia tidak dipengapa-apakan.Dia dijemput oleh mama yang baru pulang dari kerja untuk turut sama balik ke rumah.Setiba di rumah dia disambut oleh ngiauan kucing abah yang semakin bertambah bilangannya.Semakin sesaklah rumah dia dengan kucing yang pada asalnya hanyalah untuk dibela kerana kasihan akan hidup gelandangan.Setiba di rumah dia bersiap membersihkan diri dan menunaikan solat dan terus menjamu selera akibat kelaparan disepanjang kepenatan dalam bas tadi.

Selesai solat maghrib bermulalah sesi bual bicara dengan mama kerana mengapa dia bertukar kepada kerja baru dan bagaimana keadaanya.Perkara ini telah dia beritahu kepada abahnya pada malam semalam sebelum mengumumkan keberangkatan pulang pada keesokan harinya.Berbual bersama mama adalah perkara yang menjadi kewajiban kepada dia tatkala pulang merapat sembah kepada bonda tercinta.Perbualan dengan mama memang tidak pernah membosankan kerana mama begitu pandai untuk mencungkil pelbagai masalah yang sesuai untuk dijadikan cerita kepada dia.Bermula dengan kisah kerja adik dia yang tidak tetap,keresahan tok di kampung,hinggalah kepada keluarga sepupuku yang lemas dengan karenah menantu.

Semua itu menjadikan dia berfikir sejenak betapa warna-warninya kehidupan keluarga besar yang dia sangka kecil berbanding orang lain.Cerita dari mama kadang-kadang menjadikan dia ingin menangis sendiri.Dia tidak sanggup berkongsi cerita mengenai kehidupan sendiriannya di ibukota yang kekadang menyayat hati kerana mama sudah cukup tertekan dengan karenah keluarga kecil dan besarnya.Abah masih merupakan manusia paling tabah dalam kehidupan dia yang pernah dia kenal.Tapi masa lalu kian meninggalkan kesan yang mendalam pada hati sanubarinya.Tidak tergamak dia ingin berkongsi lagi kisah sedih buat mama dan abah dan berazam untuk cuba menyampaikan seberapa banyak khabar gembira agar hati mereka senang dan sentiasa terhibur.



Cerpen 7

Isnin, 5 Mac 2012

Berita yang berkisar di dalam televisyen dan suratkhabar masih asyik rancak di dalam benak pemikiran dia.Dia susah untuk melupakan sesuatu apa peristiwa yang berlaku dalam waktu yang lepas.Pelbagai keputusan dia ambil demi meneruskan kehidupan dia yang tak keruan.Begitulah perasaan dia semenjak dahulu lagi.Sukar untuk sesiapa untuk meramal perkara sedemikian.Dia hidup dalam dunia sepi dia yang sentiasa penuh dengan kekecewaan masa lampau.Dia tidak langsung berusaha untuk meninggalkan perkara yang lampau melainkan tuhan memberikan dia petunjuk atau asbab untuk melupakannya.

Dia masih terus dengan menulis pelbagai jenis cerita tentang diri dia,namun ia tidak sedikit pun melenyapkan hatta menghilangkan sedikit ramalan lampau.Keadaan sudah menjadi semakin parah dan dia harus mencari alternatif untuk tidak terus dibelenggu kesilapan lalu.Namun dia tetap melakukan kesilapan demi kesilapan oleh kerana dia tidak tahu apa yang baik untuk dia lakukan untuk dirinya sendiri.Semua keseronokan dan kegembiraan dia sudah lenyap padam dalam masa hadapan.Dia benar-benar ingin putus asa dengan apa yang dia mahukan, namun kekuatan itu masih terngiang-ngiang dalam masa lalu dan sukar untuk dilupakan.

Zaman berganti zaman,hari,bulan dan tahun turut sama bertukar.Seolah tiada apa-apa azam baru untuk dia tetapkan dalam hidup yang serba kekurangan itu.Dia cuma ada tuhan untuk menjadi tempat untuk sentiasa berharap dan mengadu masalah.Tapi semua itu mungkin belum cukup dan membebankan hidup dia.Dia tidak layak ada kawan dan teman untuk meneruskan kehidupan dia yang sebegini,dan dia terpaksa mengharungi ini semua dengan perasaan bercampur baur.Tidak boleh dinafikan bahawa dia begitu hampir dengan skizofrenia dan gangguan neuron,namun dia masih tabah memimpin hati dan perasaan untuk tidak mengecewakan orang yang dia cintai.

Emak,abah,adik-adik,nenek dan saudara yang terdekat beliau sahaja yang sentiasa menghiburkan hati dia di saat memerlukan semua itu.Namun dia tetap berada jauh berpuluh batu dari mereka dan terpaksa sedaya upaya untuk melalui semua itu tanpa bantuan siapa-siapa.Bukan dunia yang dia minta tetapi sokongan yang dia tagih dan pertolongan menjauhi semua kegelisahan ini namun takdir telah tentukan segalanya.Dia telah banyak melihat pelbagai jenis takdir dalam hidupnya sebelum ini namun dia masih dikira bernasib baik kerana masih punya keluarga kecil yang sentiasa tidak mengecewakan hari-harinya.Namun keluarga itu tidak akan kekal lama dalam kehidupan dia,dia harus punya keluarga sendiri untuk meneruskan kemandirian nasabnya.Meskipun bukan dari kalangan yang baik namun dia ingin menjadi seorang yang terbaik dalam kehidupan ini.

Susah senang dia biarkan sahaja berlalu dalam kehidupan dirinya,tanpa ada apa-apa kesan dan rasa yang boleh dia tawarkan untuk memulih kembali.Dia membuat keputusan untuk menyendiri untuk sesuatu tempoh yang lama tetapi bukan untuk selamanya.Namun jika takdir berkata demikian,dia harus akur menerima doa yang pernah dia pinta suatu ketika dahulu dan malah lebih dari apa yang dia minta.Pelik tapi benar,masih ada insan sebegini yang punya ilmu namun masih sesat dalam mencari kebahagiaan yang sering dipohon kepada tuhan yang satu.Dia boleh mengalah kepada dunia,tapi tak boleh mengalah dengan keampunan tuhan dan pemberian dariNYA.

Betapa luasnya dunia baru ini tanpa sempadan yang jelas untuk dia berhenti,tetapi semua itu dilalui oleh semua umat yang berada di alam nyata ini.Syaitan dan jin juga turut merasakan semua itu,kerana mereka juga ada hak dalam menghuni dunia yang sudah semakin tua ini.Pasrah,mungkin itu pilihan yang terakhir yang dia bakal dengar dan guna pakai dalam kehidupannya.Mahu atau tidak di harus memandang terus kehadapan bahawa hari semalam sudah semakin jauh meninggalkan dia dan masa hadapan.Apa yang pasti masa hadapan memanggil-manggil dia agar semakain rapat kehadapan.

Cerita kali ini meneruskan kembali perasaan dia yang masih tercari-cari sinar yang sudah dilihat tetapi tidak ketemu jalan menujunya.Doakanlah agar dia sentiasa berada bersama orang yang dia cintai.

Cerpen 6

Ahad, 26 Februari 2012


Bulan Februari dan penghujungnya sudah semakin hampir, dan bulan itu adalah bulan yang unik pada tahun ini kerana ia merupakan tahun lompat pada kali ini.Hanya empat tahun sekali dia dapat melihat di dalam kalendar ada terdapat tanggal 29 haribulan dalam bulan Februari kali ini.Semua itu bukanlah sesuatu yang pelik atau bermakan pada dia kerana hari sentiasa bersilih ganti dan ia akan terus berganti.
Kalau diikutkan peredaran masa dan zaman ternyata pemikiran dia masih kolot dan tak sezaman,dia masih lagi berfikiran seperti orang tua zaman dahulu kala dalam semua aspek kehidupan dia.Dia menilai sesuatu perkara berdasarkan apa yang mungkin orang tuanya berfikir dan ternyata pemikiran sebegitu sudah tidak lagi relevan cuma ia masih mampu menjadi pelajaran dan pengajaran yang terbaik.
Kawan, sahabat dan juga mungkin rakan-rakan sejak zaman dahulu dia kenali kini sudah tidak dia ambil peduli,dia Cuma berada dalam kehidupan dirinya yang sendiri.Dia menyedari sesuatu kelamahan dirinya yang tidak mampu dia ubah iaitu mencari kawan dan teman sejati.Umur semakin meningkat dan diri dia sudah semakin menua.Harapan ibu dan ayah yang tinggi menyebabkan dia seringkali berfikir dalam-dalam sama ada betulkah tindakan dia untuk menyendiri ini suatu yang terbaik dalam hidupnya.Namun ibu dan ayah masih belum benar memahami perasaan dan perangai anak sulungnya ini.Apakah mungkin ada orang luar yang akan cuba betul-betul memahami kehidupan diri dia.Susah untuk dibahas dan mungkin sebab itu dia sering berkelana dan mencari idea-idea baru untuk dia tempuhi dan rasakan sendiri.
Kawan-kawan sudah berjaya dan mungkin juga akan membina kebahagian tak lama lagi,dan dia bakal berterusan sendiri mencari sesuatu yang masih belum pasti.Perasaan ragu kepada Tuhan ini boleh membuatkan rahmat dan hidyahnya bakal tertangguh dan lewat untuk dia teruskan keyakinan dalam beragama.Semakin dia hanyut,semakin dia tidak akan peroleh nikmat yang ingin Tuhan sampaikan malahan dia bakal diuji dengan cabaran yang dia baka l tidak sanggup lihat dan alami.
Dia terasa ingin menangis lagi namun ditahan dan pendam perasaan itu dalam-dalam supaya ia hanya akan keluar pada masa yang sesuai sahaja.Masa bergerak pantas dan dia sekali lagi harus menemukannya kehidupan yang abadi.Jangan berputus asa dan jangan cepat mengalah sering dia bisikkan pada diri meskipun dia sudah tidak mampu bertahan lama lagi.Masa menentukan sama ada dia layak atau tidak terus di alam nyata yang penuh pancaroba ini.

Cerpen 1

Sabtu, 7 Januari 2012

Sudah lebih dari tiga tahun dia menetap dan menumpang di situ.Rasa sedih, malu dan sengsara sudah menjadi asam garam dalam kehidupan di pinggir ibu kota menjadikan dia semakin tabah dan cekal.Merantau sedari alam belajar di universiti membawa seribu satu kenangan kepada dia dan hidupnya.Kini semua itu sudah ditanggung buat selamanya dalam rutin hidupnya.Seawal pagi, dia bangun dan menunggang motorsikal yang baru dibelinya tahun lalu menjadikan teman hidup yang setia pada saat ini.Sepi hidup di kotaraya sudah lali buat dia mengharungi alam yang penuh mencabar.Demi sesuap nasi,dia tekad untuk tidak menyusahkan ibu dan ayah yang masih mampu untuk membantu sedikit sebanyak ketika semasa susah.Namun kehidupan begitu tidak memberikan apa-apa jaminan dalam dunia.

Adiknya yang masih memerlukan kasih sayang seorang abang yang dihormati terpaksa disembunyikan dalam hati.Jauh dari sanubari ingin berbakti dan membalas jasa kedua orang tuanya, namun apakan daya dia hanya mampu menunduk menjauhi langit, takut akan awan mendung berarak lagi membawa petir dan hujan.Begitulah bagaimana dia hidup setelah merasakan mati hampir sedekad yang lalu.Rasa cinta yang dahulu menjadi penguat diri kini cuma tinggal angan-angan dan bayang yang tak bertepi.Terasa diri itu bukanlah dirinya,cuma takdir yang berkata sedemikian.

Di dalam peti ais cuma ada 3 biji telur yang masih belum dimasak, manakala dalam almari tinggal beberapa bungkus maggi dan tin sardin untuk menjadi bekalan disaat susah datang tak henti-henti.Disebabkan itulah dahulunya berat badan hampir mencecah 74 kilogram dan kini cuma tinggal 62 kilogram sahaja.Nak dikatakan sakit, tidak, namun akibat kesempitan dan kekurangan menjadikan dia antara penghuni miskin bandar.Disebabkan itu, dia masih mampu bertahan dengan gaji yang tak seberapa hasil titik peluh bekerja siang dan malam hanya untuk mengisi rutin hariannya sebagai seorang insan kerdil.Motivasi diri didapati daripada hasil kumpulan video Ustaz Dr Asri yang dimuat turun olehnya dari Youtube sedikit sebanyak memulihkan semangat yang kian pudar itu.

Dia kadang-kadang merasa kecewa dengan ketentuan tuhan namun dibiarkan sahaja agar dia tidak merasa sedih lagi.Kerja sebagai orang suruhan tanpa keseronokan tidak menjadi penghalang kepada kesukaran itu namun segalanya takdir ilahi supaya bersedia menghadapi hari yang lebih sukar.Kadang dia termenung seorang diri di dalam bilik air mengenangkan nasibnya yang sebegitu, tapi dia tidak mampu untuk mengubah semuanya menjadi keajaiban yang gembira dihujung penceritaan ini.Cerita tentang kebenaran yang ditu;is pendek untuk mereka yang simpati.Biarlah oramg disekeliling mencemuh dan mengeji, mereka tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada pegangan hidup ini.Alhamdulillah hirabbil allamin.

Syukur dia ditikar sembahyang mencari ketenangan hakiki.Selesai solat fardhu isyak dia terbaring keletihan dan terus mendengus kepenatan seperti lembu yang baru disembelih.Dalam tak disedari mengalir air mata lelah dan kecewa dengan apa yang dia telah usahakan selama ini.Teringat dia kepada akaun bank yang ingin dicari tadi bagi melihat sama ada duit gaji bulan ini sudah diterima atau belum.Mujurlah ada kawan sejati yang sanggup membantu dan berada di sisi di saat susah dan senang.Ahha...gaji bulan ini sudah masuk meskipun tidak banyak tetapi sekurangnya masih mampu untuk membeli keperluan dan membayar bil bulanan yang sudah semakin banyak tertunggak.

Kalau diizinkan tuhan mentari esok akan bersinar lagi dari arah timur seperti biasa, cuma cuaca mungkin sedikit berubah.Tekanan hidup di alam kecil dan remaja terbawa-bawa hingga ke hari ini.Banyak garam dari gulanya.Itulah bagaimana diterjemahkan hidupnya kepada umum untuk pengetahuan semua.