Assalamualikum.
Berakhir sudah penantian PRU13 dengan secara rasminya
Barisan Nasional yang terdiri daripada komponen UMNO, MCA, MIC dan parti-parti
lain di Sabah dan Sarawak. Maka diharapkan akan senyaplah seketika laungan
IniKalilah! , Ubah & Tukar.
Aku sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional
Peringkat negeri Pahang kerana menunjukkan kesungguhan dan kesetiaan tidak
berbelah bagi membela rakyat. Seperti yang diketahui, Pahang bukanlah negeri
yang mewah dengan wang seperti Selangor. Meskipun mempunyai aset balak namun
semua itu akan berkurang dan menipis. Jadi Sayangilah Pahang.
Pertama adalah sentimen perkauman. Datuk Seri Najib telah
mengatakan Cina telah bersatu padu dengan DAP secara terang-terangan. Dalam
masa yang sama pimpinan Pas yang terbukti hanya dipilih melalui majoriti orang
Melayu yang beragama Islam tetapi kekal tidak berubah di takuk lama.
Manakala generasi muda mudah tertarik dengan PKR dengan
ideologis pendidikan percuma dan harga kenderaan murah dan mampu milik. Maka
negara yang kita sayangi sejak berzaman ini mengalami perpecahan teruk bagi
rakyat yang memiliki IC biru tertera Bumiputera. Kalau disemenanjung Malaysia,
Bumiputera lebih merujuk kepada Melayu dan lain-lain.
Ini bukanlah tulisan yang ingin menyemarakkan api perkauman.
Tetapi lebih kepada peringatan. Bangsa Cina terkenal dengan kesungguha dan
kerajinan berniaga. Mereka dinobatkan sebagai pemegang ekonomi bangsa di
Malaysia. Mereka tidak racis tetapi golongan miskin mereka benar-benar rasa
seperti dihimpit perkauman. Mereka tidak ada memiliki banyak tanah bagi
industri pertanian, tapi ingat mereka memegang tanah di bandar-bandar besar
berstatus komersil. Meskipun Melayu yang berada di kampung memiliki berpuluh ekar
tanah yang bernilai ratusan ribu ringgit. Mereka Cuma perlukan sekangkang kera
untuk menidakkan ekonomi yang lain. Bermula dari bawah tanah sehingga ke
pencakar langit mereka mempunyai bahagian yang dipanggil majoriti untuk mereka
kekalkan ‘survivor’ di bumi bukan Bumiputera bagi mereka.
Malangnya, bangsa Bumiputera hanya mendabik dada dengan
berpaksikan kekayaan hasil bumi yang terpaksa dikongsi dengan jutaan yang lain.
Akhirnya kita hanya merasa nikmat yang tak seberapa tetapi bermegah seolah
seorang anak raja. Ini realiti apabila golongan Bumiputera yang berhijrah ke
bandar dan memiliki sedikit kemewahan masih tidak mampu membantu ahli keluarga
mereka sendiri yang masih menetap di kampung-kampung. Lebih buruk, mereka ini
seolah mengambil kesempatan ke atas orang seagama untuk membenci sesama mereka
yang mana tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan.
Ini yang seharusnya diubah, bukan dengan menukar kerajaan
yang katanya korup tahap dewa-dewa. Bumi mana tidak basah ditimpa hujan, langit
mana yang akan cerah sepanjang tahun. Orang Bumiputera yang baru ingin menjadi
kaya akhirnya telah disangkal dan ditumbangkan oleh gerakan rakyat hanya semata
tidak sehaluan dengan kepartian yang lain. Keuntungan atas angin ini (korup)
dijadikan pelengkap kata-kata mereka yang merasa ditipu dan tersisih dari arus
kekayaan. Ingatlah, pengorbanan yang besar perlukan sedikit imbuhan. Mereka
yang bertungkus lumus menyiapkan bendera parti masing-masing pun tetap
mengharapkan imbuhan cuma kadarnya tidak sama seperti orang yang dikatakan
Penyangak Negara. Gaji seorang CEO takkan pernah sama banyak dengan gaji
seorang pembantu tadbir. Bonus untuk seorang Bos tidak akan pernah selari
dengan bonus diperoleh seorang pekerja biasa. Tapi jurang ini dikatakan punca
negara kehilangan berbillion ringgit. Orang kaya akan tetap membeli goreng
pisang dan keropok lekor dari seorang penjaja jalanan yang tidak memiliki
kelulusan pelajaran yang tinggi. Mereka masih boleh memberi kepada golongan yang
benar-benar susah dalam kehidupan seharian. Perkara ini boleh dilihat di negara
India bilamana seorang pengemis yang diberikan makan akan menarik lebih ramai
pengemis untuk meminta bantuan daripada seorang yang kaya. Akhirnya yang kaya
akan terasa dihimpit dan lelah dengan pemberian ikhlas yang pertamanya tadi.
Di Malaysia, hanya golongan agama sahaja yang benar-benar
tidak meminta belas ikhsan kerana mereka percaya kepada bantuan Allah lebih
besar dari segunung emas. Tapi berapa ramai orang di Malaysia terkesan dengan
keperibadian golongan ulamak ini. Orang yang susah dari segi kehidupan akan
tidak berasa tenang dalam hati, melainkan mereka berpegang teguh pada tali
Allah. Namun di Malaysia, golongan muda dan bekerjaya ini seolah meminta
sedekah daripada kerajaan yang dikatakan kaya dan mampu memberikan kekayaan
kepada setiap rakyatnya. Maka mereka menentang dengan kekerasan dan melupakann
doa yang lebih hebat dari semua itu. ‘Hasbunallah Wanikmalwakil’. Cukupkanlah
bagiku Allah, Engkaulah tempat sebaik-baik diserahkan semua urusan.
Kita bila susah kena percaya pada takdir, bukan melawannya.
Kembali kepada ajaran agama bukan kembali ke jalan lama. Miskin yang bersedekah
lebih Allah suka berbanding pengemis yang meminta sedekah. Susah nak faham
tetapi itulah contoh pertama yang perlu orang Islam itu tonjolkan kepada bukan
Islam di Malaysia ini. Bukan sama-sama bersatu hati merungut akan
ketidaksamarata kesenangan yang diperoleh. Yang berjaya dan kaya itu semua akan
dihisap kemana mereka belanjakan. Lebih baik Bumiputera Islam yang kaya di
Malaysia ini kerana sudah pasti dia ada Islam dalam hati mereka walaupun kecil.
Golongan bukan Islam yang kaya itu meskipun pemurah macam mana sekalipun tetap
tidak ada keberkatan dalam harta mereka.
Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang Islam
khususnya dan bukan Islam amnya supaya bersyukur dengan keadilan yang telah
dilakukan. Bersabar dan bersyukur kerana golongan ini akan ditolong oleh Allah
tanpa perlu mereka sedari akan pertolongan itu.
Barisan menang pilihanraya,
Rakyat sendiri memilih mereka,
Jangan dinafi usaha negara,
Bangsa Melayu sudah bersuara.
Sekian Terima Kasih.
0 comments:
Catat Ulasan