Tertarik dengan tajuk yang cuba dikupaskan oleh penulis
dalam blog mykmu.net yang cuba untuk membawakan idea tentang teknik politik
baru DAP. Apa yang dilabelkan sebagai tajuk di atas adalah nama dan muka baru
pemudi dan barisan pelapis yang direkrut oleh DAP secara umumnya untuk menjadi
calon pada Pilihanraya yang akan datang.
Cantik, muda dan berperwatakan mudah mesra dengan ramai
golongan masyarakat, membuatkan Dyana Sofya dan Rara Othman menjadi penghias
dada akhbar tempatan baru-baru ini. Bagi golongan lelaki tidak kira apa
peringkat umur dan status mereka, dengan melihat wajah dan keterampilan
Dyana dan Rara mampu menggoncangkan
pertimbangan mereka dalam hal politik.
DAP sudah tidak mampu untuk melawan golongan penyokong
tegar UMNO yang rata-rata berumur dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Namun
mereka mendapat sokongan ramai dari pemuda-pemudi yang berumur bawah dari usia
tersebut. Golongan muda ini telah dibesarkan tanpa melihat ancaman politik
sebenar yang berlaku di Malaysia. Golongan muda lebih bebas dengan kehidupan
mandiri dan melihat peluang yang terhidang selepas mereka membuka mata untuk ke
alam dewasa begitu sempit dan seolah tiada peluang untuk menjadi maju dan kaya-raya.
Dengan memancing semangat dan emosi golongan muda, nyata
DAP Berjaya membawa sentimen baru bagi pengundi muda. Bak kata pepatah “Tiada rotan, akar pun berguna juga” itulah ungkapan yang sesuai diberikan dalam
situasi yang menjadi fenomena ini. Penulis berjaya mengaitkan antara
kepercayaan , kejujuran dan persona yang telah diwujudkan. Perancangan sebegini
bukanlah sesuatu yang baru, namun jika ianya diterima maka taktik sebegini
masih digunapakai.
Tidak mengapa kerana dunia ini berputar pada arah yang
sama dan masih bertemu di titik persilangan yang sama. Apa yang pernah
dilakukan oleh orang lain maka tidak mustahil untuk diri sendiri ingin mencuba
melakukan hal yang sama.
Permasalahan cuma akan timbul apabila semua ini selesai
dan berlalu. Selagi ada golongan cerdik pandai yang mampu mengeluarkan idea dan
taktik berkesan maka dunia akan meneruskan putaran.
Barisan Nasional cuma dihuni oleh ahli politik lama dan
tua. Mereka masih belum mampu membiarkan sepenuhnya golongan muda campur tangan. Tambahan lagi
golongan muda dalam UMNO bukanlah cendekiawan yang aktif dan berkreativiti
tinggi.
Jadi siapa yang dahulu mampu membawakan sentimen dan
berjaya memainkan emosi rakyat maka mereka akan diterima tidak kira siapa atau
apa latar belakang mereka. Malaysia jadi sebegini kerana rakyat asal mereka
sendiri. Apabila datang penjajah mereka berpecah belah dan bertikam lidah sesame
sendiri. Ia telah berlarutan sejak beberapa dekad lagi. UMNO muncul disaat
kemunculan pejuang patriot mereka melancarkan sentimen Melayu begitu jugalah
DAP bangun dari kesilapan lampau dengan menggunakan sentiment yang sama tetapi
dalam acuan mereka sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan