COMMUNITY SHIELD DAN ARSENAL
ARSENAL & COMMUNITY SHIELD
Setelah berbelanja hampir 60juta pound pada musim baru
ini, Arsenal membuktikan mereka bakal memberikan saingan pada musim ini setelah
menewaskan Manchester City pada perlawanan untuk merebut Community Shield.
Jaringan awal pada minit 21, daripada pemain bertubuh
kecil, Santi Cazorla telah menghangatkan kem penyokong The Gunners. Pemain ini
yang mendapat umpanan cantik daripada Sanogo tidak mensia-siakan peluang dengan
menjaringkan gol pertama. Pemain “katek” ini tidak ada masalah untuk
menjaringkan gol dari mana-mana sudut terbuka kerana beliau mempunyai kelebihan
untuk melakukan rembatan jarak jauh denga kedua-kedua belah kakinya.
Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain muda Aaron Ramsey pada waktu perlawanan berusia 42
minit. Pemain ini memang diketahui memang cukup sinonim dengan corak permainan
Arsenal sejak dahulu lagi dengan menerima hantaran satu dua juga dari Sanogo.
Meskipun tidak menjaringakan gol namun
Sanogo tetap beraksi cemerlang di bahagian hadapan dengan bertindak sebagai
target man di depan gawang gol. Beliau yang mempunyai ketinggian 1.91m tidak
ada masalah untuk melihat rakan pasukan yang lain dibelakangnya sebelum memberikan
hantaran untuk rembatan.
Babak kedua bersambung, setelah Sanogo digantikan dengan
penyerang muda berasal dari Perancis, Olivier Giroud memastikan kemenangan
milik skuad Arsene Wenger itu melalui lambungan jarak jauh menewaskan penjaga
gawang Manchester City, Willy Caballero.
Kemenangan ini dianggap mudah disebabkan Manchester City
tidak menurunkan kesemua pemain berstatus bintang mereka dan mempertaruhkan
pemain yang baru dibeli untuk menerajui pasukan utama ketika menentang Arsenal.
Namun Pengurus Manchester City, Pellegrini pasti hanya ingin bermain tarik tali
dalam perlawanan pembukaan ini yang mungkin sekadar perlawanan memanas badan.
Mereka sudah pasti mensasarkan kejuaran bermain dalam
Liga Juara-juara Eropah yang masih belum dikecapi oleh pasukan yang dimiliki
oleh Sheikh Mansour ini.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasukan dan
penyokong Arsenal kerana telah berjaya membawa koleksi Piala untuk dihadiahkan
untuk kenangan kepada Stadium Emirates.
Pemecatan TS Khalid daripada ahli PKR dan kini berstatus MB Selangor Bebas
Ahad, 10 Ogos 2014
Tan Sri Khalid Dipecat
1. Tan Sri Khalid telah dipecat
keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat dan sekaligus diminta untuk
melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar
Selangor.
2. Beliau sebaliknya menerima itu
dengan redha dan hanya akan mengulas lanjut tentang jawatan MB
Selangor hanya apabila Mesyuarat Majlis
Dewan Diraja Selangor (11 Ogos 2014) selesai bersidang.
3. Tan Sri Khalid juga membidas
tindakan parti yang memecatnya kerana ia merupakan bertentangan
dengan perlembagaan partinya itu.
Malah tidak akan bertolak ansur dan akan mengenakan
tindakan undang-undang.
4. Sebelum itu Presiden dan
Mursyidul Am Pas telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tan
Sri Khalid dan memberi sokongan padu kepada
beliau.
5. PAS juga berhasrat untuk
keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan
sebab pemecatan MB Selangor itu. Mereka
tidak kisah walau terpaksa berjuang bersendirian jika
keluar dari PR sepertimana dahulu mereka
tidak bersefahaman dengan BN dan Semangat 46.
6. Namun PAS belum menetapkan
pendirian mereka sehinggalah mereka yakin akan sebab pemecatan
tersebut.
7. Namun jawatan Menteri Besar
Selangor tetap akan kehilangan Tan Sri Khalid kerana pemecatan telah
berkuat-kuasa serta merta sejak 10 OGOS
2014.
8. Diharapkan agar penyokong
kepada mana-mana Parti Pakatan Rakyat tidak terburu-buru dalam
menjatuhkan hukuman ke atas pimpinan tertinggi
mereka.
9. Malah seharusnya penyokong
sedar akan bahawa mana-mana Parti di Malaysia ini sentiasa ada
agenda dan rancangan yang bebeza-beza
tetapi mempunyai halauan yang sama iaitu menuju ke
Putrajaya.
Sekian.