COMMUNITY SHIELD DAN ARSENAL
ARSENAL & COMMUNITY SHIELD
Setelah berbelanja hampir 60juta pound pada musim baru
ini, Arsenal membuktikan mereka bakal memberikan saingan pada musim ini setelah
menewaskan Manchester City pada perlawanan untuk merebut Community Shield.
Jaringan awal pada minit 21, daripada pemain bertubuh
kecil, Santi Cazorla telah menghangatkan kem penyokong The Gunners. Pemain ini
yang mendapat umpanan cantik daripada Sanogo tidak mensia-siakan peluang dengan
menjaringkan gol pertama. Pemain “katek” ini tidak ada masalah untuk
menjaringkan gol dari mana-mana sudut terbuka kerana beliau mempunyai kelebihan
untuk melakukan rembatan jarak jauh denga kedua-kedua belah kakinya.
Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain muda Aaron Ramsey pada waktu perlawanan berusia 42
minit. Pemain ini memang diketahui memang cukup sinonim dengan corak permainan
Arsenal sejak dahulu lagi dengan menerima hantaran satu dua juga dari Sanogo.
Meskipun tidak menjaringakan gol namun
Sanogo tetap beraksi cemerlang di bahagian hadapan dengan bertindak sebagai
target man di depan gawang gol. Beliau yang mempunyai ketinggian 1.91m tidak
ada masalah untuk melihat rakan pasukan yang lain dibelakangnya sebelum memberikan
hantaran untuk rembatan.
Babak kedua bersambung, setelah Sanogo digantikan dengan
penyerang muda berasal dari Perancis, Olivier Giroud memastikan kemenangan
milik skuad Arsene Wenger itu melalui lambungan jarak jauh menewaskan penjaga
gawang Manchester City, Willy Caballero.
Kemenangan ini dianggap mudah disebabkan Manchester City
tidak menurunkan kesemua pemain berstatus bintang mereka dan mempertaruhkan
pemain yang baru dibeli untuk menerajui pasukan utama ketika menentang Arsenal.
Namun Pengurus Manchester City, Pellegrini pasti hanya ingin bermain tarik tali
dalam perlawanan pembukaan ini yang mungkin sekadar perlawanan memanas badan.
Mereka sudah pasti mensasarkan kejuaran bermain dalam
Liga Juara-juara Eropah yang masih belum dikecapi oleh pasukan yang dimiliki
oleh Sheikh Mansour ini.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasukan dan
penyokong Arsenal kerana telah berjaya membawa koleksi Piala untuk dihadiahkan
untuk kenangan kepada Stadium Emirates.
0 comments:
Catat Ulasan