The Ten Top Business Trends for the New Future
1. Business and technology have fused into one system, one conversation, and one strategy, for one world. This is central to understanding the New Future.
2. Innovations are about new business models, enterprise and marketplace collaboration, new leadership and knowledge engineering.
3. Knowledge engineering, the formation and networking of knowledge-that which creates results, is the true asset of the 21st century.
4. The capture and analysis of customer information about product/service use, needs, wants, desires and behavior is mission-critical to the enterprise.
5. The integration of customer touch points across all channels is essential to future success. Watch out for the breakdowns.
6. The capacity of an organization to understand the key trends that will shape the future of technology, customers, society and the marketplace will determine the survival of the enterprise.
7. More disruptions are coming in the form of emerging markets, electronic exchanges, security breeches, and changing customer demographics.
8. Human capital, the value of talent will be the most valuable resource in the 21st century.
9. Entirely new industries will be formed by innovations yet to be brought to market. Look for the health enhancement, interactive TV nanotech, and on-demand supply chains to emerge.
10. The New Future will need New Leaders that are aware of how to attract talent, manage innovation, set high visions and execute profitably. There is a new paradigm about leadership that is emerging.
Sedikit Renungan
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
Kebangkitan dalam sukan larian telah dimulakan oleh seorang berbangsa Inggeris dalam abad ke-18 yang mana telah menekankan penghasilan kasut yang lebih ringan dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Kemudian pada kurun seterusnya telah dapat dilihat bahawa kasut yang diperbuat daripada kulit untuk kasut pelari pecut dilengkapi dengan ‘spiked’ untuk member cengkaman yang lebih.
Pada tahun 1832 Wait Webster telah mempatenkan ciptaan beliau iaitu pelapik kasut yang diperbuat daripada getah untuk kasut dan juga boots. Sekitar tahun 1860-an kasut yang berada dipasaran mempunyai rekabentuk yang menutup sepenuhnya bahagian kaki dengan lapisan kanvas untuk mengurangkan serapan air tetapi masih lagi mengekalkan penggunan pelapik kasut daripada getah. Kasut yang direka pada zaman tersebut adalah senyap dan tidak mengeluarkan bunyi ketika dipakai dan ia dipanggil ‘Sneakers’ yang diambil sempena karekter pencuri yang berjalan senyap dan tidak diketahui akan kehadirannya.
Pada awal 1907 kasut sukan telah mengalami perubahan sekali lagi iaitu dengan mengenakan ikatan tali seolah jahitan bagi mengekalkan bentuk kasut mengikut kaki si pemakai. Ia juga bertujuan mengurangkan regangan yang berlaku akibat sifat bahan kulit yang digunakan untuk membuat kasut itu sendiri yang akan secara semulajadi akan meregang.
Kasut khusus bagi sukan bola keranjang telah dimulakan pada tahun 1917 oleh syarikat Converse dan kasut itu telah dinamakan sempena nama syarikat tersebut, Converse All Star (Pattison & Cawthorne 1997). Kasut sukan bola keranjang ini menjadi satu trend masa kini pada ketika itu dalam tahun 1920-an dan hamper semua orang akan memilikinya dan digunakan sebagai kasut untuk beriadah.
Bapa kepada bermulanya pengenalan kasut sukan di dunia adalah melalui Adolf Dassler yang telah mulakan penghasilan kasut pada sekitar tahun 1920 di Jerman. Dassler pada asalnya hanyalah mengkhususkan kepakaran beliau dalam mereka bentuk jenis kasut sukan. Pada tahun 1936 kasut buatan beliau telah mulai dikenali di seluruh dunia pada ketika itu. Setelah perang dunia tamat beliau meneruskan kembali penghasilan kasut sukan tapi kali ini dengan membawa nama besar iaitu Adidas (1948). Namun berlaku sedikit masalah pemilikan jenama kasut ini dan ia telah berpecah kepada dua Adidas dan Puma.
1)Belajar bahasa tubuh seseorang. Sebenarnya ini sudah jadi lumrah orang tua-tua untuk menilai perwatakan orang muda melalui bahasa tubuh atau gerak badan orang lain. Tetapi kita jarang perhatikan orang ramai disekeliling kita untuk dijadikan bahan eksperimen. Misalannya kita melihat orang lain bermenung panjang tapi apakah sebenarnya yang difikirkan olehnya. Fikir baik atau buruk ?
Kelebihan manusia adalah mempunyai akal yang mampu menafsir perubahan sikap atau bahasa tubuh orang disekitarnya. Seorang lelaki yang sedang bercakap dengan penuh keyakinan mengenai hal politik di warung kopi boleh diragui oleh orang yang lebih berpengalaman daripadanya tetapi masih ramai yang terpengaruh dengan dakyah songsang yang diutarakan. Minda mampu menafsir perubahan bahasa tubuh.
2)Cuba meletakkan mental pemikiran kita ke dalam satu situasi yang lain. Apabila seorang wanita yang baru kehilangan suaminya terasa begitu kehilangan dengan pemergian suaminya akan mengalami perasaan yang amat sedih. Dengan hanya mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri keadaan wanita tersebut, perasaan kita akan turut sama terkesan dengan perwatakan wanita tersebut. Muncul rasa simpati yang menebal untuk menasihati wanita itu supaya lebih tabah dalam menghadapi semua ujian ini. Secara tidak langsung kita yang telah bersimpati ini akan berfikir secara sama dengan wanita itu dan telah meletakkan diri kita secara mental berada dalam situasi yang berlainan daripada sebelum kita mengetahui masalah wanita tersebut.
3)Otak yang berfikir dikatakan menghasilkan suatu gelombang yang mampu merambat secara rawak dan tidak terkawal. Ini secara saintifiknya boleh disebabkan otak kita menghasilkan neuron baru apabila kita berfikir dan mengembangkan sesuatu idea tersebut. Tenaga yang dihasilkan oleh gelombang tersebut boleh dirasai dengan tumpuan yang diberikan secara mendalam oleh seseorang terhadap sesuatu yang dirasainya. Kita mungkin pernah mendengar mitos yang manusia luar biasa mampu membengkokkan sudu yang dipegangnya hanya dengan memfokuskan kuasa mindanya (psikik). Perkara itu mungkin boleh berlaku tetapi dengan kebolehan manusia yang mempunyai kuasa minda yang cukup tinggi. Tetapi yang pasti telepati atau interaksi secara fizik antara dua orang tanpa bercakap boleh terjadi dan ini memang terbukti sahih. Umpamanya seperti kekasih yang jatuh cinta pada pandang pertama.
4)Manusia boleh berkomunikasi secara rahsia melalui perasaan dengan menggunakan tenaga “Extra Sensory Perception” ESP. Kita akan mampu menyelami perasaan sesorang yang lain melalui tenaga ESP ini dan boleh meningkatkan keupayaan minda kita untuk berkembang lebih pantas kerana ia melibatkan keseluruh tenaga badan kerana ia dikawal secara total oleh minda. Teknik ini memerlukan tahap fokus yang tinggi dan memerlukan penggunaan tenaga secara besar. Fokus yang tinggi juga perlu diperolehi dengan menyimpan tenaga secara pantas melalui meditasi untuk meningkatkan daya konsentrasi yang lebih. Semua ini memerlukan latihan yang khusus dan berterusan.
5)Semua ini akan tercapai dengan latihan bersepadu yang berterusan. Istiqamah dalam melaksanakan latihan ini dapat memberikan impak yang luar biasa dalam diri insan yang biasa.
Minggu yang memenatkan dek kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai test dan assignment. Tetapi hari yang kejap bahagia kejap sedih ni dah slalu sangat dalam hidup aku. So, untuk chill out my depressed satu khabar yang gembira di dengar di akhbar dari Utara London mengenai transfer rumors mengenai pembelian pemain tengah dari kelab Perancis Maroune Chamakh yang bersedia untuk dilepaskan oleh Bourdoex secara percuma setelah kontrak beliau tamat penghujung musim ni. Itu yang paling diinginkan oleh Pengurus Arsenal dengan pengambilan muka baru dalam skuad kendalian beliau. Tambahan lagi dengan tanpa bayaran dan cengkeram hahaha. Pucuk dicita ulam mendatang, Umpama beruk disorongkan bantal semuanya seolah mudah buat Gunners bagi musim 2010/11. Tapi sisa baki perlawanan musim ini masih belum ke penghujung.
Arsenal perlu menang semua baki perlawanan musim ini untuk menyaingi pendahulu Chelsea dan mengharapkan pasukan itu kalah beberapa perlawanan. Kecederaan yang dialami RVP menunjukkan tanda positif tetapi masih belum mampu untuk diturunkan menentang pasukan 'derby match' menentang tottenham malam esok. Diharapkan pemain yang tinggal di akhir musim ini mampu untuk memberikan hadiah bermakna untuk Arsenal and Gooners.
Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi, aku bergegas untuk menuju ke destinasi biasa aku untuk menonton pasukan bola sepak kesayangaku Arsenal beraksi dalam kancah Liga Juara-juara Eropah. Kali ini berlangsung perlawanan antara Arsenal dan Barcelona yang menjadikan Emirates Stadium sebagai gelanggang beradu bagi pusingan yang pertama. Pasukan kesayanganku turun sebagai pasukan underdog
begitu membuatkan aku gelisah. Namun Arsenal Spirits yang mengalir dalam DNA aku.
90 minutes later...
Keputusan penuh dilaporkan oleh penyampai amatur GoonersMalaysia. Keputusan seri yang berlangsung selama 90 minit di Stadium Emirates London membuktikan Arsenal bukanlah pasukan muda yang tiada masa hadapan untuk maju di dalam kancah bola sepak Eropah. Ini dibuktikan dengan skuad kendalian Arsene Wenger berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 di tangan Barcelona melalui pemain gantian muda mereka iaitu Theo Walcot dan penyempurnaan sepakan penalti oleh ketua pasukan Cesc Fabregas.
Barcelona yang terlebih dahulu mendahului sebaik sahaja sepak mula separuh masa kedua melalui ayam tambatan mereka Zlatan Ibrahimovics yang kemudian juga menjaringkan gol kedua untuk pasukan Barcelona tadi. Arsenal yang beraksi goyah pada separuh masa pertama berpunca daripada terpaksa mengeluarkan dua pemain mereka Arshavin dan William Gallas seawal 20 minit perlawanan akibat kecederaan lama yang masih belumm sembuh sepenuhnya. Arsenal sekali lagi dirundung malang apabila Fabregas turut cedera sejurus menjaringkan gol kedua Arsenal melalui sepakan penalti membuatkan pasukan Arsenal bermain dengan kekuatan pasukan seramai 10 orang.
Arsenal bernasib baik apabila Barcelona juga bermain dengan kekuatan seramai 10 orang pemain akibat layangan kad merah kepada pemain pertahanan mereka Carles Puyol kerana mengasari Fabregas. Keputusan seri tadi memberikan rasa lega kepada pemain Arsenal untuk berkunjung ke Nou Camp meskipun Fabregas tidak akan bermain akibat mengumpul kad kuning kedua dan akan digantung pada perlawanan seterusnya. Peminat Arsenal diminta bersabar dengan karenah Arsene Wenger yang masih belum mampu membina kembali sebuah pasukan Arsenal yang sehebat dulu. Turut diharapkan Wenger akan membawa lebih banyak pemain berpengalaman menyarung jersi keramat di Emirates musim hadapan.