.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

NIkmat Dari Tuhan

Ahad, 24 Oktober 2010

Nikmat Dari Tuhan.

Hari minggu yang tenang, dimulakan dengan curahan rahmat tuhan yakni hujan di awal pagi. Mungkin ramai yang tidak menyedari kerana asyik diulit mimpi dan diselimuti rasa malas. Kemudian hari semakin tinggi dan matahari memberi peluang untuk kain-kain di jemuran mengering. Masyallah hebatnya kitaran alam yang dijadikan tuhan, saling melengkapi sesama alam dan makhluknya. Tidak putus-putus aku merapatkan rasa syukur kepadanya kerana takut nikmat itu akan ditarik balik dengan serta merta. Begitulah kehidupan seharian sebagai seorang hamba yang telah disyariatkan supaya mengagungkan kebesaran penciptanya dan senantiasa berasa bersyukur dan rasa dibantui.

Begitu banyak nikmat yang engkau boleh lihat dan juga rasa meskipun ia sebenarnya berulang acap kali dalam hidupmu sehinggakan sudah terbiasa dengannya. Menyebut tentang rasa, perasaan hadir jauh dari hati yang mana sukar diramal apatah lagi untuk dilihat. Perasaan boleh membawa kepada suasana yang seronok dan boleh juga membawa hal yang menyedihkan. Tetapi kedua-duanya adalah nikmat yang kita boleh pinta dengan percuma tetapi bergantung kepada masa dan juga amalan harian kita. Bayangkan kalau kita tidak dapat merasa sedih sudah tentulah kita akan terasa satu kekurangan. Misalannya kita kehilangan orang yang kita kasihi dan kemudian dia pergi dengan tiba-tiba, perasaan yang sesuai untuk suasana ketika itu adalah sedih. Mustahil kita sanggup hanya mampu tersenyum apabila mendengar tentang pemergian seseorang yang kita kasihi.

Seperkara lagi, kita perlu sedar bahawa tuhan akan sentiasa menguji kita disaat kita benar-benar ingin dekat kepadanya. Tuhan terlalu mulia untuk dikasihi dan kita diwajibkan mengasihinya lebih dari segala-galanya kerana kita hambanya. Masa yang diberikan adalah terlalu singkat untuk kita untuk asyik bersedih melainkan kita menikmati masa yang ada sekarang. Biarlah apa jua yang datang hadapilah dengan hati yang sabar dan tenang nescaya kau akan melihat yang lebih hebat daripada itu dikemudian hari. Hari semakin petang dan hari esok masih lagi dinanti seperti selalu dengan harapan yang menggunung. Tak salah berharap kepada perkara yang baik Cuma biarlah kena dengan kemampuan yang mampu kita usahakan.

Semoga nikmat dari tuhan itu kekal menjanjikan sesuatu yang baik untuk kita semua di hari esok dan seterusnya. Sama-samalah kita bangkit dan menuju jalan yang sama dengan perwatakan masing-masing. Jangan mudah putus harap dengan apa yang kecundang kerana nescaya akan ada balasan untuk setiap doa kita.

red-ayee

Celaka Kau

Khamis, 14 Oktober 2010

Jahanam,
Gempa malapetaka kembali berkisar,
Lautan melambungkan ombak setinggi matahari,
Kuasa Tuhan itu hanya untuk disaksikan,
Bukan untuk sebuah pertunjukkan,


Geram,
Terasa hati bila ditolak,
Lebih baik menghindar daripada membenci,
Perasaan keliru timbul tenggelam,
Perasaan marah mula membuak-buak,

Marah,
Sukar dibendung kerana aku malu,
Sukar diredakan kerana aku buntu,
Mencari jalan keluar berpintu,
Namun masih sesat di laluan yang berliku,

Sial,
Terpacul dari mulut yang sedang angin,
Bertebaran menghambur ke sana ke mari,
Akal masih waras namun jiwa berkelodak,
Menanti masa untuk balas dendam,

Bengang,
Bila masa yang diberi tak dihargai,
Soalan yang diajukan tak terjawab,
Benci bila terpaksa menanti,
Sesuatu yang tak pasti,

Hanjing,
Pergi mampus kau dari sini,
Jangan sekali menoleh kemari,
Jangan tunjukkan wajah simpati,
Kerana tempat kau bukan di sini.

Dunia Usang

Sabtu, 9 Oktober 2010


Rupanya dunia ini sudah terbalik,
Semakin banyak yang pelik,
Lelaki menjadi lembik,
Perempuan jadi sebalik,

Yang palsu dibenarkan,
Yang salah jadi pegangan,
Hidup tanpa pimpinan,
Penghulu penunjuk jalan,

Masing-masing pandai mencari jalan,
Laluan darat mahupun lautan,
Mencari sejuta kekayaan,
Yang katanya mampu beri kebahagian,

Pahala bukan lagi matlamat,
Dosa semakin ligat,
Dunia sudah letih dan tenat,
Hari sudah kiamat,

Ahli pemikir sudah tiada,
Golongan bijaksana pun tak jumpa,
Kepada siapa aku bertanya,
Penyair jalanan yang fakir dirinya,

red_ayee

Salam Hari Raya dan Hadiah Dari W1max

Sabtu, 4 September 2010

Lagi seminggu umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ni aku memang bertuah kerana dah dapat keje dan aku tak perlu mintak duit ngan mak ayah lagi untuk berbelanja. Alhamdulillah.

Semalam ketika aku ingin balik dari keje, aku telah menerima satu panggilan dari P1 Wimax yg mengatakan aku adalah pelanggan setia mereka dan ingin menghadiahkan aku dengan P1 W1ggy yg mana sebelum ni mmg aku nak benda alah ni sngt2 sebb mudah digunakan bila travel. Nampaknya pasni aku bleh la bertenet spnjg masa walaupun berada jauh tapi kena make sure dulu yang area yg aku nak travel ada coverage Wimax.



Sekarang ni aku masih lagi dalam kontrak 2 tahun bersama modem wimax yg gedabak tu dan pernah kena TOSS sekali je sebab waktu tu aku mmg xde duit sngt2. Skrg dah keje pastu dapat plak offer P1 wiggy mmg terbaik la. Sepanjang aku menggunakan wimax modem ni aku tak pernah hadapi masalah connection sebab ia menggunakan satellite signal so x kan ada masalah dari talian telefon. Tambahan lagi kalu setiap kali ade upgrading di kawasan yang aku register wimax ni mereka akan bagitau yang berapa lama problem ini akan terjadi dan yg paling best diorg akan kurangkan bayaran pada bil akan datang. Peh memang customer satisfaction terbaek wok.

Itu sumer antara sebab aku gunakan wimax dan aku memang x berhasrat nak terminate even skrg ni aku bleh dapatkan pakej TM Streamyx dengan pakej harga staff. Aku x condemm maner2 internet provider kat Malaysia yg penting as long they treat you well and telling the truth (especially about internet speed, coverage and fair usage policy), so customer can think wisely before do the termination or just not pay monthly bill.

Thats why customer service are always important in an organization and business nowadays. Aku harap bangsa aku yang nak meniaga pasni bolehlah put on more effort pada customer satisfaction services supaya perniagaan akan makin maju dan diberkahi Allah.

Sekian saja dari aku
red_ayee

Fobia Pada Cincin

Jumaat, 27 Ogos 2010

Melihat sebentuk cincin ikat rotan
Di jaris manis si dia
Aku jadi hilang punca
Meracau gila putus asa
Aku fobia

Terasa pedas tekak ini
Ditusuk bertubi lada hijau
Hati mula semakin risau
Dia atau kau

Garam ditelan pengubat pedas
Gula ditambah pemanis muka
Tapi harapan sudah punah
Tak berganti umpama mati

Sekali lagi bulan ini
Air mata bersemi lagi
Ujian tiba semasa suka
Lantas diri rasa terpukul
Dengan keras aku dizalimi

Muak aku benci semua
Namun tidak ada yang mahu mendengar
Malah yang ada menghindar
Takut kepada sang gila

Perlukah aku pasrah
Menelan pahit yang ada
Melukakan hempedu dengan bisa
Penawar yang ada cuma hina
Kembali menunggu suasana ceria

Pulanglah harapan
Pulangkan impian
Pulang kau kepada aku
Fobia Cinta

Kod Negeri Dalam MyKad

Selasa, 24 Ogos 2010


SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN
Johor
01, 21, 22, 23, 24


Kedah
02, 25, 26, 27


Kelantan
03, 28, 29


Melaka
04, 30


Negeri Sembilan
05, 31, 59


Pahang
06, 32, 33


Pulau Pinang
07, 34, 35


Perak
08, 36, 37, 38 , 39


Perlis
09, 40


Selangor
10, 41, 42, 43, 44


Terengganu
11, 45, 46


Sabah
12, 47, 48, 49


Sarawak
13, 50, 51, 52, 53


Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
14, 54, 55, 56, 57


Wilayah Persekutuan (Labuan)
15, 58


Wilayah Persekutuan (Putrajaya)
16


Negeri Tidak Diketahui
82
p/s : Baru aku tahu setiap negeri ada lebih dari satu kod, tp macam mana plak kes negeri tidak diketahui tu, takkan alien kot???

Dosa Termeterai

Isnin, 23 Ogos 2010



Dosa yang tak pernah padam
Mengintai dari ruang yang dalam
Membawa aku menyimpang songsang
Jauh dari syurga firdausi

Ku pendam rasa diam
Ku seru rasa suka
Ku sahut ajakan durjana
Memikirkan fenomena silam

Malam berganti bulan
Siang bersilih mentari
Jawapannya kekal terpampang
Di dada makalah alam

Haruskah aku terus dibuai
Cerita yang semakin cacamarba
Memintal tasbih iman
Menjadi perisai dan doa

Berapa masa yang aku ada
Selama mana aku kan berdosa
Menyimpan takdir semalam
Mengulangi peristiwa hitam

Aku lelah menanti ajal
Aku takut menemukan tuhan
Seram sejuk mengilai tubuhku
Menangkap terus tulang belikatku

Malu aku malu hina
Bangga aku bangga nista
Aku puas ingin mencuba
Tapi
Suratan aku bertintakan lautan
Masin selautan samudra.