.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Musim Yang Berlalu

Rabu, 23 Disember 2009

Musim hujan,

Turun ribuan air menyembah bumi,

Menghentam manusia yang bersyukur,

Memberi minum kepada tumbuhan,

Memberi dingin kepada dunia,

Hilangkan rasa hangat di dada,

Rasa damai menyelubungi jiwa,

Tersentuh mata melihat ciptaannya,

Terpacul kata Alhamdulillah,

Nikmat Tuhan dari langit,


Musim angin,

Nelayan tidak turun ke sana

Takut dibadai angin yang halus kuasanya,

Membawa bersama air masin ke darat,

Menari-nari bersama ombak,

Mencium pantai dengan rakus,

Meludahkan rasa kepuasan pada manusia,

Ikan-ikan melompat tinggi,

Gembira tak terperi,

Kerana hari ini, Musim ini,

Mereka akan mencari pewaris lagi,

Namun laut juga marah,

Laut bergelora memuntahkan amarah,

Tapi kenapa,

Itu sumber rezeki setiap makhluk,

Nampaknya amarah itu datang dari dalam,

Jauh dari suatu sudut yang tak terpandang,

Rupanya Tuhanmu sedang memberikan peringatan,

Angin bukan asal dari laut,

Malah berarak dari tanah besar gersang,

Mungkin ada yang sedang marah di sana,


Musim Bumi Berarak,

Bukit dahulunya tanah agung si pemerintah,

Kini mampu dimiliki semua juragan liar,

Tanah boleh diganti tukar miliknya,

Sudah ada pedagang tanah,

Tidak lagi takut mereka akan alam,

Terasa akal itu penjana harta dunia,

Sempit memikirkan wang berjuta-juta,

Semua gunung diredah,

Tanah tinggi direndahkan,

Bukit tidak lagi sukar digapai,

Malah sudah tidak jauh dari pantai,

Kini pasak bumi itu,

Dialihkan oleh tangan mereka yang kejam,

Maka akan mereka terima,

Hukuman alam nyata,

Gempa di sini-sana,

Anak-anak kecil ketakutan,

Ibu bapak berpelukan,

Namun ada yang masih mampu ketawa,

Mereka itulah pengkhianat dunia,

Berperang dengan alam,

Menyerang dengan diam,

Mencakar tanah menanam pencakar langit,

Meletupkan jantung bumi,

Sehingga tiada lagi darah merah mengalir,

Asap berkumpul meratapi kerosakan peribadi bumi,

Akhlak dunia kini dinodai,

Sopan alam kini kian pudar,

Maruah tidak berdiri dengan sendiri,


Musim Bersidang,

Mereka manusia pintar,

Mereka tunjang negara,

Mereka ada kuasa dan harta,

Hari ini mereka duduk makan semeja,

Mendengar kata sedih dari dunia asing,

Yang jarang disebut dalam peta,

Selesai makan mereka pulang,

Tiada apa yang difikirkan kecuali kenyang,

Pemuda yang sedang marah disenyapkan,

Bapak-bapak ini punya kuasa,

Tapi mereka buta malah tuli,

Tiada guna lagi merayu,

Keputusan telah ada sebelum kesimpulannya,

Maka pilihlah jalan perang.


23-Disember-2009

red_ayee

Selasa, 24 November 2009



Masih belum terlambat untuk aku berkongsi rasa bangga dengan semua tentang filem "Ketika Cinta Bertasbih". Filem hebat dari Indonesia ini ternyata memainkan perasaan aku ketika aku mengamati filem ini sebanyak dua kali. Meskipun aku tidak pernah membaca novelnya (aku kurang minat novel), nyata gaya penceritaan ini mampu setanding filem dari negara-negara asing yang seringkali mencapai tayangan 'box-office'.

Aku sedang menantikan kedatangan "Ketika Cinta Bertasbih 2" meskipun seolah-olah cerita ini sudah semakin jelas nampak akan pengakhirannya. Ucapan tahniah sekali lagi kepada krew filem dan juga pengarah filem ini yang nyata tidak menghampakan penonton terutama di nusantara ini.

Aku juga berharap akan ada pengarah dan penulis skrip setanding mereka ini di Malaysia, bukan merendahkan negara sendiri tetapi semuanya masih kabur dan tidak menampakkan masa depan. Mungkin karyawan di Malaysia perlu bermula dengan penulisan novel yang kuat naluri bahasanya disamping ditunjangi tajuk yang penuh dengan metafora. Janganlah kita hanya bangga dengan pihak tertentu yang mengawal aliran filem malaysia tak tentu hala.

Saya tahu wang bukan masalah utama, tetapi janganlah karya agung melalui penulisan ini disalahertikan.

Tangisan Berdarah

Basah,

Tubuh ini dibaluti rasa yang tak pasti,

Tubuh ini merana, kesakitannya menari-nari,

Tubuh yang sama kini terasa tua,

Tubuh ini hanya pinjaman sementara,

Tubuh ini aku

Perit,

Rasa yang cuba disembunyikan,

Sedih yang teramat hingga terluka mata,

Umpama luka yang tak akan sembuh,

Malah makin dalam kesakitannya,

Aku tidak tertahan lagi,

Kubiarkan air mata menitis,

Tekanan itu semakin pudar,

Ia seolah mimpi

Terjatuh,

Di situ tempatnya,

Di mana aku bermula,

Akhirnya semuanya kembali kepada yang lama,

Sesuatu yang aku ingat tetapi jarang lihat,

Laluan licin itu berduri rupanya,

Aku jatuh berkali-kali,

Bangun dan jatuh lagi,

Lagi dan terus jatuh,

Terdiam aku mengenang nasib,

Tak sama dengan terjatuh dalam cinta

Air mata,

Mengalir bersama darah kering,

Tidak kelihatan tetapi senang melukakan,

Tangisan berdarah itu kini menjadi saksi,

Kehidupan aku kini sudah pasti,

Riwayat diri ini telah sampai penghujung,

Mencari masa untuk berhenti,

Mencari tempat untuk bersemadi,

Tanpa dia aku sendiri

Salji,

Tidak akan muncul di sini,

Mungkin diganti hujan batu Kristal,

Masih lagi dianggap bencana

Meskipun ia indah tanpa warna,

Bentuknya kekal putih bersih,

Tidak sesuai untuk jiwa yang sedang marah,

Kerana ia dingin tenang dan damai,

Cair ia dalam tanganku yang amarah

Akhir,

Semuanya selesai seperti dikomplot,

Lancar seperti selalu ,

Akhirnya aku melangkah tak kemana

Masa tiba dengan gagah,

Memamah dengan kerlipan pantas,

Kini dua pintu terbuka,

Depan dan belakang,

Pilihlah dengan pengalaman yang ada,

Jangan mudah putus harap,

Pada tuhan yang adil,

Dia tahu siapa berhak dijanjikan

Dan siapa berhak dimungkiri

Selamat

Tenang dalam damai…

Petang Menunggu Malam

Khamis, 22 Oktober 2009

Detik,
Jam berpusing lagi,
Masa lalu tidakkan kembali,
Petang yang suram,
Langit menangis, Bumi kian diratapi,
Aku memegang kalam menconteng rasa,
Menanti mentari kembali memancar,
Atau menangis sampai gelap,
Semuanya dalam genggaman,

Televisyen,
Bersiar sedari tadi,
Tidak dihiraukan,
Asyik menonton alam menangis, bilakan berhenti?
Lagu ditelinga kian rancak,
Kamarku sepi,
Sepi sedari semalam,

Hari ini petang ini,
Aku tidak melayan mimpi, tapi masih ngeri
Bilakah masanya untuk ulangkaji,
Meja menghentam kerusi,
Sukar bila hati tak sudi, minda memaling diri,
Petang itu hari ini,

Komputer riba,
Aku layani seolah isteri,
Tidak bingar tetapi berbunyi,
Hanya ia pengganti dia, aku sendiri,
Malam masih belum terbit,
Di luar, genangan air lopak menari,

Sunyi,
Tidak ada teman berbicara,
Apatah lagi bicara tentang hati,
Teringat aku pada rakan di kampus,
Mungkin sedang melayan jiwa
Atau memadu kasih dalam kesejukkan,

Menanti malam aku di sini,
Mencoret lukisan alam yang tidak kelihatan,
Merakam bunyi petang ini,
Suara yang tak pasti,

Kalam,
Masih mencari rentak, tapi sumbang
Isinya kian berkurang,
Meronta minta dibuang,
Detik 5.30 petang,
Aku mahu pulang.


red_ayee
22 -Okt- 2009

Cinta

Sabtu, 17 Oktober 2009

Cinta Buat Aku


Dulu,

Aku pernah lihat wajah ayunya,

Aku tersentak dengan keindahan senyumnya,

Aku teringat lagi tahi lalat di pipi gebunya,

Aku rindu bau harum tubuhnya,

Rambutnya, berterbangan lembut,

Mata galaknya menjadi sasaran renunganku,


Hilang,

Seketika aku melupakannya,

Kusangka itu pertama dan terakhir kali

Aku melihat gadis itu,

Aku merasa itu cuma bayangan tidur siangku,

Lantas teriakku, bangunku dari lamunan,

Kehidupan kampusku diteruskan

Tanpa terasa gadis itu masih aku menyayangi,

Tanpa kusedari

Masa itu berlalu dan berdetik laju,

Jam ditanganku silih berganti

Tetapi masa lalu itu tak akan aku lupai,


Masa itu,

Aku dihujani perasaan seorang lelaki,

Aku teruskan keinginanku,

Hingga aku mendaki tembok tinggi,

Takut melangkah

Takut melihat ke bawah,

Tersangkut aku di tembok kraton putih itu,

Siang dan malamku seolah tidak bernyawa,

Mataku tertutup ketat,

Mindaku terjajah lagi,

Namun kali ini

Ideologinya lebih bangsat dari komunis,

Aku terjerat oleh jerangkapku sendiri,

Tubuhku dibasahi darah kekalahan,


Aku terhina

Di depan mata Perajurit Cinta,

Aku alpa dan disingkirkan,

Kerana masa itu

Ingin aku hilangkan dari nukilan diari hidupku,

Kini aku merdeka,

Bisu dalam kebebasan,


Kembali,

Adakah suratan takdir itu benar,

Tuhan menguji ku lagi,

Kini dengan kepulangan gadis itu,

Tetapi adakah dia masih

Aku sayangi,

Tahun akhir aku di kampus,

Dia muncul cukup dekat dengan mataku,


Di benakku,

Aku pernah kalah,

Kini mendukung kekalahan itu,

Bisu ku membuat aku bingung,

Jangan engkau terlepas lagi…



red_ayee (17-Okt-2009)

Download Percuma Barang Baik Punye!

Rabu, 30 September 2009

Adakah anda minat untuk berniaga dan sejauh manakah anda tahu tentang perniagaan yang bakal anda jalankan nanti. Yang pasti apa sahaja yang diniagakan mestilah inginkan keuntungan yang besar (untung ciput pun kire ok r). Ada 3 langkah untuk memulakan bidang perniagaan yang anda bakal ceburi iaitu:

1) Keinginan yang tinggi untuk menjalankan perniagaan dan ilmu yang mencukupi (sekurang-kurangnya tahu jugak apa nk buat)dalam bidang yang anda nak jadikan sumber pendapatan anda nanti.

2) Anda telah pun tahu sedikit sebanyak tentang bagaimana untuk menguruskan perniagaan- dari memohon bantuan kewangan hinggalah kepada membuka sebuah cawangan baru atau ingin melebarkan lagi sayap perniagaan.

3) Mendapatkan panduan lengkap dari buku-buku dan rakan-rakan yang telah pun berjaya dalam bidang yang diceburi mereka. Mereka lebih tahu tentang cabaran dan peluang yang terhidang di depan mata.

Kalau x percaya download sahaja benda percuma di bawah ni:

PERCUMA

Berhari Raya Di Kampung

Jumaat, 25 September 2009


Pada hr Khamis lepas aku bru je sampai kt umah dari KL dan keesokan harinya aku terus drive kete ngan mak dan adik aku balik ke Kg.Paya Pulai di Temerloh untuk berhari raya. Persiapan tahun ni sama je ngan tahun2 sebelumnya. Tp raye tahun ni lain skit kt sini kerana ramai adik2 sepupu aku yg balik beraya. Jarang2 diorg ni braye kt sini sbb slalu diorg braye kt umah masing2 je.



Nak dijadikan cerita raya tahun ni aku sibuk melayan karenah bebudak ni yg nakal tambahan geng diorg makin ramai tahun ni. Bila dah dewasa raya ni syarat je nk balik kg. dan bermaafan di pg raye. Kebetulan tahun ni abah aku kerja pada hari raya jadi kurang meriah skit la bg ku. Yg adik aku no. 2 ni plak bgtau nk balik kg sendiri naik moto, tp sampai pg raye x nampk btg idung rupenye die lupe yg road tax motor die dah expired, nasib baik die sedar klo x mmg kene r ops sikap. Akhirnya bapak aku yg bwk die balik kg. pada petang raye. Sempat gak la die beraye.

Ramalan Fantasy Premier League

Selasa, 22 September 2009

-Hart-
Gallas(ars) - T.V(ars) - Johnson(Bir)
Lampard- Gerrard- Hunt- Milner(AV) - Jarvis (Wov)
Drogba - Bent(Sun)



-Hart-
Warnock(AV)- Johnson(Liv) - Cole.A - Baines (Evt)
Kuyt- Lennon - Hunt
Torres - Drogba - Bent

Ramalan untuk minggu .Hehehe
-Pundek-

Mencari Baju Raya Di Saat Akhir

Selasa, 15 September 2009

Kira-kira lg seminggu nk raye br ak dpt mesej dari bapak aku yg bgtau die dah bank in duit utk aku beli baju raye baru tahun ni. Bese r tukar baju raye 2 taun skali. Masalahnya aku la sibuk bru terpikir bile aku nk kuar cari baju raye ni.

Last-last semalam aku ajak kwn aku Sepul utk temankan aku cari baju kt area Masjid India. Peh mmg menguji kesabaran di bulan ramadhan ni, aku rase nk berbuke trus bile aku bru je park motor aku kt Pertama Kompleks, tu pun dah penuh. Lepas tu aku pun jln2 r sampai hujung aku lepak kt Lrt Masjid Jamek, mmg penat. Lama gak r aku lepak kt situ sampai jam 6ptg. Lpas tu baru aku ajak Sepul g cr kedai makan utk berbuka. Kedai makan 2 kt depan area Mydin je pun.
Time makan tu aku terliur tgk diorg masak ikan bakar, apalagi aku pun sauk la dah. Dalam kesesakan tu ade awek cun makan kt belakang aku tp aku segan nk curi2 ambk gambar die, hehehe.

Lepas dah berbuke bru aku pegi balik tempat yg aku dah spot td dah terus je aku beli baju kt situ. Xlame lps 2 aku pun dah penat giler babeng dah melepaskan lelah kt bus stop and then br gerak balik umah masing2.
Lepas gak hajat aku nak beli baju melayu. Tema tahun ni "black roses".

Berbuka Bersama Di Wangsa Maju

Isnin, 14 September 2009

Hasrat aku berjumpe ngan sumer ahli Arsenal Malaysia Gooners (AMG) akhirnya termakbul di dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Mungkin ni cuma permulaan daripada apa yang telah dimulakan dan hasilnya sungguh meriah dan "happening". Tak sangka juga, aku ingatkan xde mmber yg sehati sejiwa nak sokong team kesayangan aku ni tp rupenya ada gak yg same citarasanya dengan aku.


Mula-mula majlis berbuka pose di NZ Curry House di Wangsa Maju, pastu terus sambung tgk bola Man.City lwn Arsenal. Tp yang kureng sket perjumpaan ni apabila Gunners kalah agak besar pada City yang membeli pemain terbaik arsenal season lepas. Tak sangka Adebayor sanggup lukakan hati peminat Arsenal yg merelakan die blah ke City dengan mengejek penyokong Arsenal setelah menjaringkan gol dan dengan skill bangsat yang dimulakan sejak awal game start.

Ape-ape pun aku ttp seronok dpt kenal dgn mmbr baru dari AMG yg rata-rata tinggal dan belajar di KL dan kawasan sekitarnya. Korang sumer mmg best r. Lepas ni aku harap akan ada lebih bnyak pengisian yg akan dirancang utk tidak menguburkan skuad AMG ni.
Go Gunners, I'm follow you from the back till I can walk beside all of you

Kekesalan Yang Takkan Berakhir

Ahad, 6 September 2009

“Ganyang Malingsial” Teriak Mereka

Itulah kata-kata yang menjadi teriakkan warga Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini tambahan lagi setelah isu pemilikan Pulau Ambalat yang menjadi rebutan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Kini rakyat mereka menimbulkan kembali isu lama iaitu lagu ‘Negaraku’ yang diambil dari lagu Terang Bulan yang dikatakan berasal daripada Indonesia. Begitu juga dengan lagu Rasa Sayange yang dikatakan hak milik mutlak republik itu. Kenapa isu kebudayaan ini diperbesarkan sedangkan mereka juga digelar melayu dan bahasa yang mereka gunakan juga boleh difahami di negara-negara nusantara yang lain. Kenapa negara Malaysia ini yang ingin dijadikan sasaran kemarahan mereka, kenapa tidak melibatkan Singapura mahupun Brunei. Sedangkan negara-negara ini dahulunya pernah berada di bawah satu situasi yang mana dijajah oleh bangsa asing.

Tidak ingatkah mereka bahawa pertelingkahan di negara berjiran ini mencuri tumpuan negara kuasa besar untuk campur tangan. Semua ini retorik penjajah dahulu, masakkan Inggeris dan juga Belanda bersetuju untuk menukar tanah jajahan mereka hanyalah sekadar untuk mengelirukan bangsa Melayu yang pada ketika itu tidak bersatu padu menentang penjajah malah dilagakan sesama sendiri.

Indonesia begitu bangga menyatakan pejuang kemerdekaan mereka lebih dikenali di dalam sejarah dunia dan mereka gah melaungkan mereka lebih dahulu menempa nama untuk meraih kemerdekaan. Penjajah pun berlainan, inikan pula tanah yang dijajah itu boleh dimerdekakan berdasarkan siapa yang lebih kuat semangat juangnya. Tambahan lagi bilangan penduduk yang jauh berbeza untuk melancarkan serangan pembebasan bangsa ini tidak diambilkira untuk dijadikan fakta yang berasas.

Malaysia hanya bermula selepas Melaka dan Tanah Melayu, kemudian barulah muncul kemasukan Sabah dan Sarawak yang ingin setia kepada Tanah Melayu. Inilah cabaran yang patut diselusuri rakyat Malaysia yang perlu menjatidirikan bangsa Cina dan India. Semuanya nampak elok meskipun ada bangsa yang merasa tersepit dihimpit, tetapi mereka tetap dapat merasa apa yang kami rasakan.

Kejayaan demi kejayaan ditempuh setiap bangsa merdeka dan perlu dibayar dengan keharmonian seantero warganegara. Tetapi tidak semena-mena ada negara lain yang kurang senang dengan kemampuan negara kerdil ini di semenanjung timur dan dituduh tidak punya karya agung yang dicipta melainkan dituduh maling (pencuri) oleh negara mereka.

“Takkan Melayu Hilang Di Dunia” meskipun mereka dicerca bangsa seangkatan.

Jangan jadi bangsa yang mendengki saudaranya sendiri, kerana Tuhan murka sikap sebegitu hina. Jadilah golongan yang sedikit itu yang mana mereka lebih bersyukur daripada apa yang mereka perolehkan. Kita berkongsi waktu siang dan malam yang sama panjang tetapi kita jarang melihat kasih sayang yang dipancarkan seikhlas ikatan pertalian sedarah. Sekiranya itu semua sudah tidak wujud lagi dalam diri, maka ungkapan ‘maaf’ adalah satu perkataan yang begitu sukar dan terpisah.


Oleh: red_ayee