.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Berakhirnya PRK UM

Jumaat, 23 Januari 2009


Assalamualaikum.

Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan soal ini. Tetapi demi warga UM sendiri, saya juga ingin menilai keputusan pilihanraya kali ini. Berbekalkan 39 kerusi yang dipertandingkan seperti tahun yang sebelumnya pilihanraya kali ini saya rasakan begitu hambar dari segi kelantangan bersuara dari kalangan mahasiswa sendiri dari kedua-dua belah pihak. Meskipun begitu, suasana PRK kali ini cukup tegang dengan berlaku kes-kes yang tidak wajar dilakukan oleh golongan terpelajar. Kes yang paling ketara adalah isu fitnah yang melibatkan pelajar dan juga turut terbabit sama adalah TNC HEP. Fitnah ini sukar untuk dibendung tetapi kini ia sudah menjadi asam garam politik kampus.

Hasilnya, Pro-M berjaya melakukan kejutan terbesar sepanjang saya belajar di UM ini dengan mengalahkan calon aspirasi dengan memenangi 19 kerusi dan 8/9 daripadanya disumbang oleh wakil umum mereka yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa yang terserlah kredibiliti mereka dari sudut mata kasar. Sama ada mereka mampu berikan harapan dan perubahan (HOPE AND CHANGE), kita lihat saja pada tampuk pemerintahan kali ini. Namun kalau dinilai secara menyeluruh kedudukan aspirasi memang rapuh dan wajar untuk menjadi punca kekalahan besar mereka pada kali ini. Kebanyakan calon yang bertanding terutama pada kerusi di kawasan fakulti memang tidak boleh dibanggakan. Namun kekalahan orang kuat aspirasi pada peringkat umum menjadikan aspirasi terdiri daripada golongan muda yang tidak tahu apa-apa pasal masalah yang melanda UM dari sudut politik, bukannya masalah pembelajaran pelajar. Jadi kemungkinan besar YDP UM kali ini akan disandang oleh pihak yang tidak sehaluan dengan HEP UM. Makin sukarlah kehidupan senang-lenang pegawai HEP sebelum ini untuk melakukan apa-apa projek dan agenda mereka tersendiri kerana mereka kini menjadi topik utama dalam perubahan yang ingin dibawa oleh Pro-M.

Saya juga ingin merasakan perubahan dari kalangan mahasiswa UM kali ini sebelum saya menamatkan pengajian dalam baki beberapa semester lagi. Saya ingin merasakan 'kuasa mahasiswa'(student power) bagi membangkitkan situasi politik kampus sehingga mampu menggugat politik di luar kampus (real politic). Ingatlah wahai bangsaku disaat kamu memiliki kuasa untuk mencabar, janganlah alpa melainkan disamping itu kamu belajar. Kata-kata ini cukup sinonim dengan UM melalui seorang tokohnya yang ingin membangunkan perpaduan melalui pendidikan asas dan bukannya politik keras.

Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)

0 comments:

Catat Ulasan