Sabtu, 17 Januari 2009
Salam,
Hari ini saya teringin nak katakan sesuatu mengenai pilihanraya kampus di Universiti Malaya yang bakal berlangsung pada Isnin ini (19 Januari 2009). Seperi biasa kita akan dapat melihat pertembungan dua penjuru antara Pro-Mahasiswa PMIUM dan juga Pro-Aspirasi GERAK. Disebalik politik kampus yang kian tenat di UM ini, saya rasakan mahasiswa/siswi UM perlu menilai sendiri siapa calon mereka dan apa yang dibawa dalam manifesto yang masing-masing juangkan. Sama ada mereka terdiri dari golongan yang mendapat sokongan pengetua kolej kediaman dan restu TNC HEP atau pun mereka yang berada di posisi yang sebaliknya. Kedua-duanya seolah-olah bersikap tidak profesional dalam mentadbir isu pelajar terutama sekali dalam menjaga nama baik UM selaku universiti pertama di Malaysia. Memang UM terkenal dengan 'Student Union' yang lantang suatu ketika dulu sebagai contohnya adalah Datuk Seri Anwar. Namun hari ini pelajar terikut-ikut rentak politik sebenar diluar sana iaitu bersifat kepartian dan ingin menjaga ego masing-masing dalam untuk meraih undi orang ramai.
Persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar sama ada aspirasi atau Pro-M kedua-duanya mendapatkan sokongan kuat oleh orang yang tertentu yang berselindung disebalik tirai kepalsuan bagi memecah-belahkan semangat mahasiswa hari ini. Lihatlah baru-baru ini telah digemparkan dengan kepala babi yang terbelah dua diletakkan di dalam masjid di Akademi Pengajian Islam UM yang mana babi itu diletakkan di atas bendera pas dan tertulis PMI dan Pro-M. Ini cuba menunjukkan bahawa aspirasi bermain taktik kotor dalam PRK kali ini. Namun ramai tidak tahu dikatakan Pro-M telah menyebarkan risalah berunsur sentimen perkauman di Batu Caves. Mereka telah mengeluarkan risalah yang menganjurkan protes bagi meruntuhkan berhala di kuil Hindu yang terbesar di Malaysia itu. Dalam risalah itu tertulis no. telefon orang kuat dalam aspirasi bagi PRK UM kali ini. Maka tidak semena-mena mangsa telah dihubungi oleh orang beragama Hindu dan menghamburkan kata-kata kesat kepada salah seorang daripada mereka. Namun pihak polis IPD Batu Caves telah menahan mangsa untuk disoal siasat. Betapa bahaya dan kejamnya politik kampus berjalan tanpa menghiraukan keselamatan atau pun perpaduan rakyat Malaysia. Ini bukan sahaja menjatuhkan martabat UM tetapi ini melibatkan maruah kaum Melayu. Bagaimana politik kampus boleh sampai melarat sebegini jauh. Ini semua pengaruh dari pergerakan rakyat Malaysia yang inginkan 'reform'. Mahasiswa hari ini menjadikan ini sebagai alasan untuk memperjuangkan jihad pelajar dan menghalalkan segala cara walaupun ianya haram.
Mana segala ilmu yang mereka cari di universiti bagi menjaga nama baik keluarga. Malas nak dibongkarkan satu persatu masalah yang melanda UM tetapi ini adalah gambaran sebenar dari perspektif seorang yang melihat segalanya berlaku di depan mata. Namun semuanya jelas boleh dinilai oleh mahasiswa.
Tepuk dada tanya selara.
Hentak dada tanya Iman.
red.
0 comments:
Catat Ulasan