Jumaat, 10 Julai 2009
Sekali lagi semester baru nak bermula dan aku memulakan langkah pertama ku dengan perlahan sama seperti aku baru mula-mula nak masuk darjah satu. Memang sesuatu yang memeritkan meskipun orang disekelilingku ramai yang tertawa dan berseloka. Aku yang terpaksa berada di tahun empat pengajian di universiti sedangkan ramai teman-teman lama dah mula berfikir untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya atau sudah mula berfikirkan tentang kerja dan keluarga.
Memang susah nak berjaya tambahan lagi yang kurang usahanya. Aku merasakan aku sudah berusaha tetapi memang tidak pernah cukup. Sebab apa terlalu banyak sangat halangan yang datang di dunia ini sedangkan hidup ini hanya satu pinjaman-pinjaman. Yang pandai, yang rajin, yang yakin serta yang istiqamah itu sentiasa mendapat redhanya sedangkan aku sebaliknya. Tetapi ia seolah-olah sudah sebati dalam kehidupan ku sebagai hambanya kerana kegagalan dan kehampaan ini terus menerus menghimpit kegembiraanku sejak aku masih belajar untuk belajar.
Kenapa agaknya? Aku tiada jawapannya dan aku teramat ingin ada yang datang kepada ku memberitahu apa sebenarnya. Kini aku cuma menanti surat jawapan yang tidak tiba di dalam peti surat jiwaku.Kenapa harus aku masih di sini, kenapa tidak sahaja aku terus di hantar ke sana. Persoalan yang tidak layak aku nyatakan kepada sesiapa pun.
Peluang itu sentiasa ada dan ia memerlukan usaha untuk menggapainya dan bukan sekadar berharap dan memberikan harapan.Jalan yang aku pilih sentiasa tidak kena dengan minda yang kosong ini. Semuanya terlalu asing dan membebankan sehinggakan aku tidak mahu lagi menoleh ke arah itu. Kebenaran, datanglah kepada dan berikan aku kelebihan tanpa kekurangan dalam jasad yang berasingan dengan rohnya ini.
Hari semakin senja dan matahari akan hilang lagi untuk sekian kali dan aku masih duduk di tempat yang sama menjadi kebingungan kenapa aku masih tidak mahu berganjak dari alam nyata. Semester baru, kehadiranmu hanyalah penuh dengan harapan dan pengharapan.
Oleh: Farith Zainaldin @ red_ayee
0 comments:
Catat Ulasan