.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sistem Barter dan Sistem Kewangan

Ahad, 12 Julai 2009






Hari ini dalam sejarah, duit atau pun wang merupakan salah satu benda yang bernilai meskipun ianya dalam bentuk kertas atau pun syiling besi timah. Hampir kesemua bidang dalam dunia hari ini memerlukan wang untuk mendapatkan sesuatu yang sama nilainya dengan wang yang kita miliki. Tetapi kadang-kadang terdapat juga barangan yang perlu dibeli tetapi nilai wang yang diperlukan adalah terlalu tinggi dan tidak relevan. Nilai mata wang negara-negara di seluruh dunia tidak berada di tahap yang stabil malah terdapat nilai matawang yang berbeza-beza meskipun negara tersebut berada bersebelahan dengan negara yang lain.

Kalau dahulu manusia meneruskan hidup dengan mengamalkan sistem barter iaitu saling bertukar barang dagangan untuk mendapatkan sesuatu barang yang mereka inginkan atau tidak pernah milikinya. Misalannya penternak ayam ingin menukarkan seekor ayamnya dengan secupak beras kerana mereka memerlukan beras sebagai bahan makanan manakala petani memerlukan ayam sebagai lauk harian mereka. Meskipun kadangkala nilai barang yang ditukar itu tidak memadai dengan barang yang ditukar tetapi ia merupakan sesuatu pertukaran bernilai dan boleh dikatakan sebagai situasi menang-menang.

Namun hari ini sistemnya juga masih tidak berubah kerana manusia masih lagi menukarkan sesuatu yang bernilai untuk digunapakai. Kini seluruh dunia telah menerima pakai sistem matawang sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelian atau "sistem barter". Secara teknikalnya sistem kewangan hari ini masih tidak banyak berubah dengan sistem tukar barang pada masa dahulu kerana masih terdapat perbezaan nilai yang wujud antara matawang setiap negara. Malah bagi negara miskin matawang negara mereka seolah-olah tidak membantu apa-apa untuk mereka meneruskan kehidupan harian.

Beralih kepada sudut harga yang ditawarkan untuk mendapatkan sesuatu keperluan hari ini, harga barang sentiasa meningkat sedangkan produk yang digunakan masih sama seperti dahulu, tiada apa yang lebih baik untuk ia di naikkan nilai harganya. Wujudnya pasaran seolah-olah membuatkan manusia tersepit di tengah-tengah sistem yang mereka tentukan. Semua orang ingin berniaga untuk mendapatkan duit dan akhirnya keuntungan itu akan dihabiskan juga kemudian hari tetapi kitarannya tidak kembali kepada petani, penternak atau pun golongan kerja bawahan ini malah keuntungan sesuatu pihak itu banyak disalurkan kembali kepada golongan atasan yang membuat 'complement business' yang menjadi 'keperluan' golongan atasan.

Orang miskin akan terus miskin manakala orang kaya akan semakin kaya. Kehidupan manusia hari ini semakin kejam kerana orang yang diatas sentiasa mengintai peluang mengambil kesempatan kepada golongan bawahan dan pertengahan. Kalau begitu lebih baik petani dan penternak hanya menjual barang mereka kepada golongan bawahan sahaja dan biarkan mereka menjalankan industri makanan golongan atasan sahaja. Tetapi disebabkan duit sekali lagi menjadi halangan bagi mendapatkan servis yang ditawarkan hari ini. Anak-anak petani dan penternak perlu dihantar ke sekolah dan duit diperlukan untuk membayar yuran dan gaji guru.

Sampai bila ketidakseimbangan ini akan berlanjutan. Tidak dapatkah pemimpin hari ini menterbalikkan kembali putaran songsang ini. Ilmu itu duit dan bodoh itu hina dan miskin. Bagaimana pula orang yang berilmu dan beriman tetapi memilih miskin menjadi kehidupan? Fikirkanlah.

Oleh: Farith Zainaldin

0 comments:

Catat Ulasan