Isnin, 31 Ogos 2009
Selamat ulang tahun Malaysia ke-52 tahun. Aku berasa bangga dengan kemakmuran yang dikecapi dalam negara ini dan aku sentiasa akan mengekalkannya sepanjang hayatku. Kini negara terbilang ini telah begitu gah namanya di mana-mana pelusuk. Tidak siapa lagi yang akan tertanya-tanya 'Malaysia, dimana tu?'.
Ekonominya, politiknya, masyarakatnya malah keselamatannnya adalah terbaik. Keharmonian dan kepelbagaian kaum dan etnik menjadikan Malaysia satu negara yang unik dan menarik untuk dilawati. Sekali lagi kita menyambut Kemerdekaan tetapi kali ini lebih nikmat kerana ia berada di dalam bulan ramadhan yang penuh barakhah.
Sekali lagi ucap selamat buat Malaysia
Merdeka
Merdeka
Merdeka
0 comments:
Catat Ulasan