.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Kalau Aku Terus Begini

Ahad, 23 Januari 2011


Kalau Nak Tahu 

Orang akan mengatakan aku sombong
Bila aku tidak bertanya khabar bila bersua,
Sebenarnya aku malu dan takut pada diri sendiri,
Aku tidak pandai semua itu,

Orang pandang aku garang dan bengis,
Bila aku tidak murah dengan senyuman,
Sebenarnya aku banyak berfikir,
Gelisah dengan masalah yang aku tidak pasti,

Orang lihat aku tidak suka berkawan,
Melarikan diri dan menghindar bila susah,
Sebenarnya aku mencari perhatian dan bantuan,
Aku sendiri menanggung rasa sakit,

Orang sangka aku baik ada makna,
Bila aku cuba menghulurkan bantuan pada sesiapa,
Sedangkan aku teringin ada insan yang sanggup menanti,
Setia untuk membantu bila aku perlukan bantuan tanpa diminta,

Orang lain sangka aku seorang pendusta,
Walau setelah apa yang aku kata benar belaka,
Tapi riak wajah aku berubah bila ingin benar,
Disangka dusta dalam berkata-kata,

Aku ingin berkawan dengan orang baru,
Tetapi apa yang tertulis diatas mungkin menghalangku,
Lebih teruk lagi aku percayakan semua diatas,
Lebih naïf dari apa yang disangka,

Semua yang aku tulis adalah benar belaka,
Tidak direka walau untuk satu kata,
Tapi tiada yang tampil membawa khabar gembira,
Malah dipandang gila dan menyusahkan,

Aku terima semua itu walau pun aku tipu diri sendiri,
Aku tak pernah belajar terima semua ini,
Kerana aku tak mahukan ini semua,
Tapi semua ini bagaikan roh yang menunjangi tubuhku.

Pandangan Aku Melalui Pengalaman Orang Lain

Khamis, 20 Januari 2011

Pandangan Aku Melalui Pengalaman Orang Lain

Beberapa hari aku membaca blog orang lain. Beberapa minggu aku membaca buku tentang kebangkitan dan semangat juang seorang pewira bangsa. Agar aku beroleh kemenangan yang tak pernah aku kecapi dalam hidup ini. Kini aku begitu berserah takdir kepada tuhan agar dibukakan kembali pintu hati agar kembali berperang dan menentang musuh di hadapan. Buku yang membawa semangat memang menjadi inspirasi meskipun kau seorang kecundang atau cacat dalam perang. Ledakan bom yang lalu benar-benar membuatku trauma dan gila.



Aku terbaca tentang “schizophrenia dan saya” dalam blog Teh Tarik Gelas Besar yang menceritakan kisah hidup blogger ni yang sedikit sebanyak wujud dalam diri aku jugak. Memang orang macam ni selalunya meluahkan perasaan dalam tulisan dan sekali lagi terima kasih kepada kemajuan teknologi di Malaysia ni yang memberi peluang dan ruang untuk berkarya atau menulis diary. Selalunya masalah ini bermula daripada kecik tapi hanya kita sedari apabila sudah dewasa dan mula berjumpa dengan dunia luar yang penuh dengan orang yang lebih hebat dan mebuatkan aku sendiri macam hina sangat dan susah nak dibantu. Di Malaysia kesedaran sebegini tidak ada dikalangan ibu bapa yang rata-rata tiada kelulusan SPM atau terpaksa mengambil SPM sebanyak dua kali. Itulah kehidupan yang aku rasakan dan ia sememangnya sesuatu yang merunsingkan apabila kau begitu susah mendapatkan seorang kawan perempuan yang boleh memahami dan selanjutnya menjadikan dia sebagai penyeri hidup.
Blogger yang aku baca dan selalu kunjungi ini juga menghadapi masalah yang sama. Meskipun pernah ada girlfriend lebih dari sekali tetapi akhirnya mereka give up dengan perangai dan sifat orang yang schizophrenia ni tambahan lagi perempuan hari ni lebih suka kepada lelaki yang cool dan boleh membuatkan mereka gembira all the time. What the fuck! Yang bertudung tu pun belum tentu baik apatah lagi yang free hair. Apa yang aku perasaan terdapat sedikit persamaan yang aku mula sedari, blogger kental ni juga meminati bahan bacaan yang ekstrem dan membolehkan diri mereka semangat kembali dan kebanyakannya tertulis dalam buku sejarah yang jarang orang lain ambil peduli. Belum aku jumpa buku berasaskan sejarah melayu or Malaysian yang mampu memberikan impak kepada penghidap schizophrenia. Aku masih mentah dalam ilmu duniawi ni apatah lagi tentang psikologi, tetapi berdasarkan apa yang aku baca memang benar orang sebegini akan ada dia punye Uberman (1st time dengar istilah ni) dan ia memang menghantui kehidupan orang seperti aku. Sebenarnya ia bukan menghantui tetapi lebih kepada menjadi malaikat yang dihadiahkan tuhan untuk membantu orang sebegini. Tuhan itu ada dan tidak mampu dilihat oleh sesiapa, tetapi orang macam aku ini akan menjadi terlalu bergantung pada tuhan atau kecewa untuk berdoa lagi kerana seolah usaha dan doa yang ada semacam begitu lambat dimakbulkan.
Orang yang seperti aku ni sememangnya tak dapat lari dari percaya kepada tuhan tapi sebenarnya mereka lebih mudah dipengaruhi oleh syaitan untuk melakukan sesuatu yang sebaliknya kerana seringkali berada dalam keadaan sendirian. Sebab itu agama memerintahkan kita agar sembahyang berjemaah di masjid agar seraung dengan banyak orang dan memindahkan cas negative itu untuk di neutralkan tapi ia bukanlah mudah bagi orang yang semaklumya lemah dari luaran lagi. Sifat menolak kepada apa yang datang seperti bantuan dari kawan-kawan sudah menjadi hukum alam kepada penghidap penyakit sebegini. Hanya orang yang memahami sahaja yang mampu menilai sikap orang sebegini. Aku tak pasti sama ada golongan ulamak yang mampu menyembuhkan dan merungkai masalah sebegini. Aku ada juga terbaca, perkara sebegini ada kaitan dengan gangguan syaitan yang berada dalam badan manusia dan perlukan amalan khusus dan berterusan untuk dilindungi secara holistic. Asasnya semua perlu beriman dan bertakwa dan tidak pernah putus asa dengan doa dan pengharapan kepada Tuhan yang maha kaya.
Kejadian manusia yang seperti ini bukanlah suatu yang diinginkan dan ia merupakan sesuatu yang membuka mata sekalian mausia supaya peka dan menghormati antara satu sama lain. Sejarah yang tidak begitu membanggakan pada permulaan kewujudan Tanah Melayu membuat kebanyakan rakyat negara ini pada dasarnya lemah dan tiada daya saing melainkan dengan kehadiran bantuan kewangan daripada kerajaan dan kerancakan pelaburan. Memang susah kalau hendak mengikutkan kehendak setiap insan yang mempunyai pelbagai karenah dan juga latar belakang kehidupan. Ini terbukti bahawa tidak ramai orang melayu yang benar-benar menguasai ekonomi negara secara independent. Golongan yang schizoprenia yang dikatakan tidak banyak membantu dari segi mengkayakan ekonomi negara kerana golongan ini tidak mampu bertindak secara normal tetapi sebaliknya. Mereka merupakan golongan pemikir yang hanya bersuara dalam medium kecil dan sederhana kerana sifat pemalu yang ketara ditunjukkan oleh golongan sebegini menyukarkan bakat ini diketengahkan. Mungkin program Permata yang ada pada hari ini sebenarnya hanya membantu segolongan kanak-kanak yang pintar dan cerdas untuk membangunkan negara Malaysia ke suatu tahap yang membanggakan.
Siapa tahu mungkin juga saintis yang lahir pada masa dahulu mengalami masalah yang sama seperti aku alami sedari kecil, Cuma yang membezakannya mungkin adalah faktor penonjolan hasil eksperimen yang telah dihasilkan secara tidak sengaja. Aku sebenarnya mendambakan sebuah negara yang diperintah secara Komunis atau dictator yang mana hanya golongan yang benar-benar terlatih secara mental dan fizikal mencorak kehidupan rakyat di negara ini. Tapi kita juga telah melihat kesan buruk ini pada negara yang telah mengamalkan penguasaan sebegini membuat lebih ramai lagi orang yang memberontak. Sekurang-kurangnya golongan memberontak ini mengajar kita dan keturunan kita tidak hanya hidup saling bergantungan kepada suatu bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan yang memerintah. Dalam masa yang sama juga ia menggalakkan supaya golongan pemerintah menjadi lebih kaya dan menguasai ekonomi negara secara tidak adil dan melampau.
Tiada siapa yang akan tolong sesiapa. Kita juga tidak dapat membantu membangunkan diri sendiri melainkan kita melakukan sesuatu penghijrahan. Zaman yang mana doa itu menjadi semakin berat untuk dilakukan sehinggakan manusia sejagat merasakan kehilangan kebergantungan. Memang ramai kalau dilihat yang tidak pernah sembahyang langsung tetapi masih mampu hidup senang-lenang dan bahagia. Ini mungkin mereka akan diuji dengan cara yang lain dan lebih halus sehinggakan mereka tidak merasakan kesakitannya ketika di dunia. Itu merupakan semangat bagi aku untuk terus hidup di dunia ekstrem ini. Sounds like a loser but actually I’m not totally a loser. Loser never came up with new arise, but pretender to be a loser maybe will come out with new ideologist and regime.

Numbers of Life

Sabtu, 15 Januari 2011


What number are around me?


1985 – 6,15,24 ( six)            
1986 – 5,14,23 (five)
1987 – 4,13,22,31 (four)
1988 – 3,12,21,30 (three)
1989 – 2,11,20,29 (two)
1990 – 9,18,27 (nine)
 
Just for me to understand all of this. Everybody have their own numbers and story beside.
It just a numerology that certain people know the whole story and why it happen on that day.
We just human being that only can plan and predict but cannot change it at all.
Not wrong to be prepared but false to neglect it.



Sinaran Hangat Percuma

Rabu, 12 Januari 2011

Sinar yang aku tunggu
Cahaya yang aku cari
Sentiasa menerangi
Sentiasa menghangatkan

Sabar itu cabang iman
Masa itu emas
Sabar dan masa berhubung langsung
Apakah graf kebergantungan ini

Rahmat, berkat dan redha
Pemimpin yang disanjung
Tetapi tak ramai yang mengenali
Tak ramai menyukai

Matahari akan bersilih bulan
Waktu bersilih masa
Ketegangan berselisih pendapat
Cinta bersilih duka

Bila pernah aku gembira
Melainkan aku memaksa
Bila pernah aku ketawa
Melainkan aku bersedih dahulu
Bila pernah aku tersenyum
Jika aku tak mahu lagi menangis dan bersedih

Tahun baru impian baru
Yang lama dilupakan
Walau tak pernah tercapai
Azam itu dibawa ke mati
Bersama takdir dan hayat



Sinar itu gemilang membawa cahaya
Seolah hati berbunga-bunga
Mendebarkan menanti hari bahagia
Akan ku cuba menyerikan hati
Agar ceria seperti sediakala
Dengan hilai tawaku sendiri
Geli hati ku dibuatnya
Tolonglah datangnya gembira
Sembunyilah kau wahai duka
Tiada sapa pernah memanggil engkau
Kau lah tetamu yang tak diundang

Kenapa Harus Aku Menderita

Isnin, 10 Januari 2011

Dipermainkan berminggu-minggu
Diperbudakkan berbulan-bulan
Diperlekehkan berhari-hari
Akhirnya aku ditunjukkan jalan keluar
Setelah aku diberikan harapan palsu

Apakah silap aku
Apakah dosa aku sehingga aku dikhianati
Adakah dosa itu mainan hidup aku
Adakah aku tak layak mengharapkan
Adakah doa aku dilemparkan
Adakah usaha aku dipersendakan
Adakah pernah aku menyakiti
Sehingga aku disakiti sebegini kejam
Seolah tiada jalan lagi untuk aku melihat syurga

Tapi kenapa sekejam ini
Kenapa sehina ini
Kenapa sezalim hidupku kini
Aku berkata jujur setelah aku ikhlas
Kenapa setelah aku berusaha
Kenapa kini aku merana
Kenapa aku masih lagi terpaksa mencari
Setelah aku diam bertafakur
Walau sejauh mana aku lari
Walau pelbagai cara aku melupakan
Walau sekuat mana aku marah
Qada dan qadar hidup aku
Cuma taruhan untuk orang lain

Aku cuba gagah tetapi rebah
Aku cuba menang tetapi kalah
Aku cuba gembira tetapi sayu
Aku cuba tenang tetapi marah
Aku cuba redha tetapi parah
Aku tidak mampu lagi hidup dalam kesedihan
Aku tidak mampu lagi hidup dalam kepedihan
Aku tidak mampu lagi merayu dengan tangisan
Aku tidak mampu lagi menerima lagi ujian

Resah aku mencari tenang
Marah aku mencari sabar
Benci aku mencari redha
Kenapa sehingga ke hari ini tiada
Apa yang boleh diselamatkan

Aku tak percaya lagi dengan nasib
Aku tak percaya lagi dengan takdir
Aku tak percaya lagi dengan sabar
Aku tak percaya lagi dengan benar
Aku tak percaya lagi dengan kehidupan

Aku seolah askar yang dibom
Berkecai seluruh jasad tapi
Masih tertinggal nyawa dalam roh
Masih terasa sakit walau lumpuh
Masih berfikir walau lupa
Masih menangis walau buta

Tiada jawapan untuk semua ini
Aku kaku dalam pelukanku
Aku celik walau mahu lelap
Aku bermimpi walau tidak tidur
Aku lapar walau sudah santap
Aku haus walau sudah minum

Semua aku tiada kuasa
Semua aku tidak terdaya
Melalui kehidupan yang sukar
Laluan yang mencabar
Meskipun aku berdoa
Sepanjang malam yang pudar
Aku tetap di sini
Menanggung segalanya

Cukupkan kisah ku wahai tuhan
Cukupkan penderitaan ku wahai pencipta
Cukupkan riwayatku wahai pentadbir
Aku tidak tertanggung lagi semua ini
Aku tidak betah lagi janji ini
Aku tidak mampu lagi menulis
Kerana semua ini aku lalui sendiri
Tanpa pengetahuan sesiapa selain Engkau
Engkau menciptakan kesakitan dan kepedihan
Engkau tidak hidupkan penawar dalam diri
Aku bertarung dengan jiwa
Tanpa kudrat yang memaksa
Aku longlai di sisi nyawa
Yang masih bernafas menanti seru


Nasib Aku

Sabtu, 8 Januari 2011

Ku sangka yang benar itu adalah penawar
Yang jujur itu kebaikkan
Yang ikhlas itu kemenangan
Nyata dusta adalah mainan kehidupan

Baik dibalas jahat
Jujur dibalas khianat
Manusia bertopengkan kejahatan
Peluang atas kelemahan yang lain
Melupakan kesedihan temanmu sendiri

Dunia yang adil
Membenarkan penindasan
Membiarkan kawan kelemasan
Durjana kau musuh dalam selimut
Melihat hati yang mati ditikam
Menghunus jarum ke dalam jantung
Menabur racun dalam santapan
Kau putarkan nasibku jadi musibah
Hidupku jadi cacamarba

Kehilangan semua benda
Disulamkan rasa sakit
Disempitkan akal yang waras
Memuntahkan tangisan tanpa henti
Semua kawan tidak peduli
Tiada sikit rasa simpati
Yang ada menghindar
Yang nampak membuta
Yang dengar memekak

Ini nyata
Kau tak peduli
Malah kau tertawa kecil
Mengintai kekalahan yang dinanti
Semoga tuhan membalas dengan sewajarnya
Nasib orang yang ketindasan
Dibiarkan terkapai tanpa belas
Dibiarkan hancur dimamah peluru
Terkontang-kanting meminta simpati
Merungut meminta dibantu


Semua orang sama bersekutu
Melemparkan benci dari hati
Menyalahkan satria yang kalah
Teman berpaling tadah
Mengarah menikam diri supaya mati
Agar senang kau memerintah
Empayar yang engkau idamkan
Negara yang engkau megahkan


Dimana aku perlu marah
Kenapa aku perlu sedih
Mengapa aku menerima malu
Bagaimana aku bangun setelah rebah
Siapa yang sanggup menghulur kegembiraan


Pentingkan diri jadi ukuran
Sikap mendusta kau lemparkan
Aku terkena kali ini
Oleh insan yang aku sanjungi
Di saat aku remuk tanpa perisai
Mati aku tak berkubur
Menahan malu segenap arah

Januari Tujuh

Jumaat, 7 Januari 2011


Terkini

                Tak sangka orang yang kita anggap kawan kini adalah lawan yang akan tikam dari belakang. Dunia-dunia, mengapalah ketidakadian berlaku di sana-sini. Akhir zaman mungkin, tapi itulah, lagi difikir akan menyakitkan dan pedih. Semua kerja tak menjadi dan kehidupan jadi celaru. Peringatan orang di luar sana, kau boleh berjaya kalau kau berusaha di tempat dan waktu yang betul tetapi kadang-kadang nasib sebenarnya memainkan peranan yang penting. Kalau nak dikirakan nasib memang aku antara orang yang paling malang dalam dunia ni. HaHaHa… aku tergelak kalau terfikirkan tentang nasib, memang selalunya menghampakan dan tambahan lagi fikiran yang melayang-layang itu sukar dikembalikan ke tempat asalnya. Kalau dah nak malang tu datangnya bertimpa-timpa, tak pernah sesaat tertangguh untuk aku sedar terlebih dahulu. Hmm… makin lama makin benci akan sesuatu tetapi “who cares”. Ramai yang tak percaya dengan apa yang mereka dengar tapi mungkin ramai yang lebih tak percaya dengan apa yang mereka akan lihat. Kebanyakkan orang takkan pernah kisah dengan masalah yang dirahsiakan tetapi itulah jeritan hati katanya.



                Motivasi yang paling mudah adalah bersabarlah dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini. 24 tahun aku dengar benda yang sama tanpa rasa jemu walau sejenak. Walaupun aku cuba buat pura-pura tak dengar tetapi itulah yang aku terima nanti dan sentiasa ia berkisar dalam kehidupan aku yang tak berapa nak bernasib baik ini. Aku tertanya bila semua ini akan berada dalam keadaan yang betul atau memang aku yang tak betul atau ‘insane’. Entahlah semuanya dirancang tanpa perlu persetujuan, usaha yang salah menghantui kehidupan aku. Sekali lagi aku belajar membuat kesilapan kerana aku tak pernah tahu apa yang salah dan apa yang betul. Susahlah macam ni, memang lama kalau nak belajar semua ini satu persatu, tetapi ini bukanlah suatu pilihan yang kau dapat pilih walaupun telah beristkharah. Semuanya berjalan dengan pantas dan menyakitkan luaran dan dalaman. Pelik tapi benar dan inilah yang aku rasa sepanjang kehidupan ini. Setiap kali ada peluang untuk gembira, bayangan ketakutan itu akan terus terlintas dan akan membuatkan aku akan terus takut lagi untuk melangkah dan maju kehadapan. “Mental Blocking” yang sebegini serius sedikit menyukarkan perkembangan otak secara normal tambahan lagi kau menanggungnya secara sendiri dan longlai.

                Sejarah adalah sesuatu yang kita telah lalui dan ingatkan dalam bayangan tetapi masa hadapan adalah sesuatu yang kita juga bayangkan tetapi di dalam imaginasi. Kedua-duanya berlaku secara serentak dalam minda dan memberikan impak yang mendalam dalam kehidupan harian. Melalui tulisan aku dapat melepaskan semua yang menganggu fikiran aku yang dah berkarat ini. Tulisan juga sebenarnya ubat untuk aku merawati kesakitan ini. Meskipun tidak menyembuhkan tetapi sekurangnya aku mampu pindahkan sedikit tenaga yang negative itu ke alam cyber ni. Makin hari aku semakin pelik dan rumit. Gelak pun kena paksa tapi kalau nak menangis tak perlu disuruh. Apa punya lelaki la kau ni, lemah tak bertempat. Mungkin itu apa yang orang akan pandang aku dengan pandangan sinis. Peduli apa aku, kau pernah ke? Hahahaha… Dunia-dunia, kau terasa kosong dengan angan-angan yang tak tercapai tapi penuh dengan mimpi yang indah dan menggembirakan.