.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Kenapa Harus Aku Menderita

Isnin, 10 Januari 2011

Dipermainkan berminggu-minggu
Diperbudakkan berbulan-bulan
Diperlekehkan berhari-hari
Akhirnya aku ditunjukkan jalan keluar
Setelah aku diberikan harapan palsu

Apakah silap aku
Apakah dosa aku sehingga aku dikhianati
Adakah dosa itu mainan hidup aku
Adakah aku tak layak mengharapkan
Adakah doa aku dilemparkan
Adakah usaha aku dipersendakan
Adakah pernah aku menyakiti
Sehingga aku disakiti sebegini kejam
Seolah tiada jalan lagi untuk aku melihat syurga

Tapi kenapa sekejam ini
Kenapa sehina ini
Kenapa sezalim hidupku kini
Aku berkata jujur setelah aku ikhlas
Kenapa setelah aku berusaha
Kenapa kini aku merana
Kenapa aku masih lagi terpaksa mencari
Setelah aku diam bertafakur
Walau sejauh mana aku lari
Walau pelbagai cara aku melupakan
Walau sekuat mana aku marah
Qada dan qadar hidup aku
Cuma taruhan untuk orang lain

Aku cuba gagah tetapi rebah
Aku cuba menang tetapi kalah
Aku cuba gembira tetapi sayu
Aku cuba tenang tetapi marah
Aku cuba redha tetapi parah
Aku tidak mampu lagi hidup dalam kesedihan
Aku tidak mampu lagi hidup dalam kepedihan
Aku tidak mampu lagi merayu dengan tangisan
Aku tidak mampu lagi menerima lagi ujian

Resah aku mencari tenang
Marah aku mencari sabar
Benci aku mencari redha
Kenapa sehingga ke hari ini tiada
Apa yang boleh diselamatkan

Aku tak percaya lagi dengan nasib
Aku tak percaya lagi dengan takdir
Aku tak percaya lagi dengan sabar
Aku tak percaya lagi dengan benar
Aku tak percaya lagi dengan kehidupan

Aku seolah askar yang dibom
Berkecai seluruh jasad tapi
Masih tertinggal nyawa dalam roh
Masih terasa sakit walau lumpuh
Masih berfikir walau lupa
Masih menangis walau buta

Tiada jawapan untuk semua ini
Aku kaku dalam pelukanku
Aku celik walau mahu lelap
Aku bermimpi walau tidak tidur
Aku lapar walau sudah santap
Aku haus walau sudah minum

Semua aku tiada kuasa
Semua aku tidak terdaya
Melalui kehidupan yang sukar
Laluan yang mencabar
Meskipun aku berdoa
Sepanjang malam yang pudar
Aku tetap di sini
Menanggung segalanya

Cukupkan kisah ku wahai tuhan
Cukupkan penderitaan ku wahai pencipta
Cukupkan riwayatku wahai pentadbir
Aku tidak tertanggung lagi semua ini
Aku tidak betah lagi janji ini
Aku tidak mampu lagi menulis
Kerana semua ini aku lalui sendiri
Tanpa pengetahuan sesiapa selain Engkau
Engkau menciptakan kesakitan dan kepedihan
Engkau tidak hidupkan penawar dalam diri
Aku bertarung dengan jiwa
Tanpa kudrat yang memaksa
Aku longlai di sisi nyawa
Yang masih bernafas menanti seru


0 comments:

Catat Ulasan