Sabtu, 26 Oktober 2013
Bismillahhirrahmannirrahim.
Semalam Perdana Menteri telah membentangkan bajet 2014 dan sudah semestinya pada sebelah malamnya akan tersiar pelbagai komen yang tidak membena akan berkumandang di dalam alam maya. Biasalah manusia akan sentiasa menetang dan perang akan sentiasa dicanang. Hanya golongan yang menceburi bidang politik sahaja yang akan terus mempertahankan ketua mereka, ini kerana mereka bekerja dalam satu tembok yang sama.
Aku tak pandai nak komen tentang bajet kerana mereka umpama ayah yang menentukan berapa duit belanja yang patut kita dapat pada sesi persekolahan yang akan datang. Kalau orang yang mampu menilai secara sama rata dan tiada unsur dengki atau khianat, mereka akan dapati ada pihak yang akan merasa akan tekanan baru dan ada mereka pula yang mula mendapat perhatian khusus meskipun tidak seberapa. Bukan senang nak jadi ahli politik apatah lagi Perdana Menteri. Kesabaran perlu ditahap yang paling halus untuk ditangani. Kalau aku jadi Perdana Menteri dah tentu kuasa autonomi akan digunakan dan Teokrasi akan jadi panduan. Tidak mampu menyerap hentakan dan hentaman boleh membuatkan seseorang itu samada rebah atau marah tahap nirvana.
Aku merasa marah dengan rakan serumah aku yang melenting dek kerana GST dikenakan bermula April 2014 dan dikhabarkan harga gula meningkat 35sen. Orang yang tidak sepatutnya melenting adalah dia yang tidak memberi apa-apa sumbangan dalam komuniti kecil. Makian dan zikir carutan mula meniti di bibir dia yang berang sejak Bajet 2014 berakhir dibentangkan.
Dia seorang yang bergaji melebihi paras minimum miskin bandar, merupakan seorang yang opportunis dalam pembayaran bil dan sewa rumah. Bersifat pengotor dan tidak ada tanggungjawab dalam menjaga keharmonian ekosistem dalam rumah sewa yang aku tinggal sekarang. Mengelak dalam pembayaran bil internet dengan alasan dia jarang bawa laptop pulang ke rumah dan tidak berada di rumah selama sebulan atas kesibukan peribadi. Bersifat pemurah dengan menghiasi rumah dengan pinggan mangkuk yang digunakan dan dibiarkan begitu selepas makan. Tidak ada tolak ansur dalam menjaga kebersihan rumah dan kedekut dalam membeli barangan untuk perkongsian berasama dalam rumah sewa.
Tidak pernah menyumbang dalam pembelian gula dalam rumah sedangkan setiap hari dia minum teh panas tanpa gula (sangka baik) dan suka meminjam barang seperti telur, beras dan rokok dengan niat ekonomi dirinya tidak stabil dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Lain pula dengan rakan serumah ku yang lain yang mana mereka layak menerima BR1M tapi masih mampu bersedekah dalam memastikan ekonomi komuniti kecil ini terjaga. Bukan niat aku memburukkan Dia tetapi sekadar berkongis kisah hidup terpaksa hidup dengan orang yang sedemikian rupa. Sabar itu ada hadnya dan iman itu ada turun dan naiknya juga.
Berbalik kepada kerajaan yang ingin mengenakan cukai sekata 6peratus kepada hampir semua barangan dagangan dengan memansuhkan Service Tax dan Sales Tax yang banyak mendatangkan ketidakadilan dalam beberapa hal. Ingatlah bahawa kedai runcit kat tingkat bawah rumah PPR aku ni dah lama mengenakan harga barangan tidak mengikut kadar sebenar. Mereka peniaga yang hanya ambil keuntungan beberapa sen ke atas setiap barangan yang dijual kerana mereka tidak membeli barang untuk dijual dalam kuantiti yang besar. Peniaga ini masih mampu mengukir senyuman walaupun KR1M berada kurang 50meter dari kedai mereka. Tambahan lagi mereka merupakan rakyat seberang yang mencari rezeki di negeri Malaysia yang korup ini. Pelanggan mereka terdiri daripada golongan makcik-makcik yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa dan juga pekerja golongan sederhana yang baru lepasan graduan dan menapak di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Yang pasti mereka bukanlah orang yang layak menerima segala bentuk rasuah berbentuk sedekah 1Malaysia kepada rakyat yang memegang kad pengenalan berwarna biru air. Sayangnya rakyat Malaysia masih bebal untuk bersedekah walaupun kos hidup semakin meningkat di negara yang mengamalkan Pilihanraya berpelembagaan dan pengiraan undi di dalam gelap. Ramai pengkritik tetap bermarkas di lobi bangunan 17tingkat PPR sambil mengirup teh dan kopi jantan tanpa gula pasir yang disukat dalam kuantiti yang betul. Mereka bukanlah sering mengadakan kunjungan hormat kepada komuniti miskin di kawasan Wangsa Maju, Hartamas dan Bukit Kiara.
Kerajaan menetapkan kadar GST kepada semua jenis barang dagangan yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia dari yang tidak berkereta, hinggalah mereka yang mempunyai kereta BMW atau seangkatannya dua tiga bijik kat parking rumah mereka. Yang pasti golongan mewah akan merasakan kemasinan gula apabila mereka berkunjung di kedai mamak yang akan mula menggantikan gula kasar Prai dengan garam bukit berakali. Inikalilah mereka akan terkena juga.
Aku pasti ramai orang akan merepek dan merapu setiap kali Bajet dibentangkan saban tahun. Nak tolong orang kena tolong diri sendiri dulu. Nak susahkan orang kena fikir kesusahan diri dulu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Negara yang miskin adalah kerana rakyatnya yang tidak merancang kekayaan. Negara yang korup adalah kerana ramainya dermawan segera. Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui.
0 comments:
Catat Ulasan