Khamis, 24 Oktober 2013
Lama aku tak menulis, tapi hakikatnya aku tidak pernah berhenti menulis kerana bukan semua mampu aku paparkan di sini. Masa dan ruang terasa sempit dan menyiksa diri. Dunia aku semakin sibuk namun jiwa ini tetap kosong sampai bila-bila.
Teringatkan kisah lama, luka yang tak pernah sembuh dari ingatan seorang insan yang disangkakan autism atau a bit mental disorder.Orang yang jiwanya kosong selalunya susah untuk melupakan sesuatu yang membawa kesan pada dirinya kerana memori itu akan terus berkisar pada waktu dan tempat yang sama. Puisi sudah semakin berkurang kerana jalan yang pernah dilalui itu sudah semakin menjauh dari diri. Namun diri ini tidak akan pernah berubah hatta isipadu otak sudah semakin menipis dek kerana asap rokok yang menular dalam tubuh.
Kisah yang berlaku hampir tiga tahu yang dulu telah menyentapkan sepanjang hayat aku sampai bila-bila. Panas yang disangka akan terus sampai ke esok petang terencat dek kerana hujan yang tak henti-henti turun dipertengahan jalan ini. Namun itu semua umpama bumi yang terpaksa menerima impak dari perubahan iklim yang mendadak tak menentu.
Terimbau kembali disaat satu ketika aku diajak oleh dia untuk pergi ke Sunway Pyramid untuk menyaksikan konsert mini Bunkface yang pada masa itu masih dianggap sebagai band yang belum terkenal. Pada masa itu aku tidak kenalpun siapa band Indie Bunkface. Tapi sekarang band tu pun dah jadi terkenal dan diminati ramai. Aku tahu dia seorang perempuan yang sukakan kebebasan dan ingin melakukan apa saja yang ingin dilakukan dalam hidupnya. Dia bukanlah seorang yang perfectionist tapi beliau hanya inginkan kesempurnaan dalam hidup dia. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam hidup dia. Yang perlu dilakukan adalah dengana hanya menghadapi semua itu dan terus maju kehadapan dengan jayanya.
Maka disini aku adalah eksperimen yang gagal. Gagal untuk memunculkan peluang keemasan yang ada di depan mata dia. Meskipun dia tidak pernah merasakan aku gagal membuatkan dia berjaya namun aku merasakan sebaliknya. Kini semua itu sudah menjadi titik hitam dalam hidup aku. Aku tahu walaupun aku berdoa di depan Kaabah sekalipun namun doa aku tidak akan pernah makbul dalam hal seperti ini. Hidup terasa seperti lirik lagu Situasi dari Bunkface itu sendiri. Tidak pernah sangka disitu bermula dan disitu adalah pengakhirannya.
Masa memang telah pergi namun ia telah tercatat sebagai salah satu sejarah hidup aku. Jadi sejarah adalah untuk diingati dan diimbau sebagai panduan pada masa akan datang. Barang siapa yang lupa akan peristiwa lampau adalah seorang yang tidak bersifat nasionalis. Penulisan akan menjadi mengarut tanpa jiwa yang hadir bersama intipatinya. Maka rosaklah cerita tanpa garapan yang disertakan hati dan perasaan.
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan