Selasa, 19 November 2013
http://ThepaidWork.com/?id=red_ayee
http://bit.ly/1irrCHA
.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }
THE NATION THAT NEVER EXIST
Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin ingin menegur pihak pengurusan FAM yang dinaungi Sultan Pahang sejak tahun 1984. Sultan Ahmad Shah yang dikatakan tidak memberikan impak positif kepada perkembangan Bola Sepak Malaysia, iaitu sukan yang mempunyai paling ramai peminat di dalam Malaysia.
Presiden FAM yang selama ini diterajui Sultan Pahang dan perlantikan keseluruhan ahli majlis tertinggi adalah dengan perkenan Sultan. Di sini tidak wujud istilah kroni kerana Sultan tidak berkompromi malah menidakkan mereka yang membidas pengurusan. Ini bukan bererti tidak ada cadangan ekstrem yang boleh diutarakan cuma perlu lebih tertutup dan dibincang secara empat mata. Bola sepak Malaysia hanya dipayungi Tuanku Presiden tidak dilatih atau ditadbir urus oleh Baginda sendiri. Pemilihan ketua jurulatih Malaysia sendiri masih berdasarkan prestasi dan merit jurulatih itu sendiri. Pemilihan ini juga masih melindungi hak jurulatih tempatan dalam merebut jawatan ini.
Pihak pengurusan telah mengambil kira peluang latihan di luar negara, mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, menubuhkan klinik bola sepak dan akademi serta mengusahakan rancangan bola sepak berkonsepkan "reality show". Kesemua pembangunan ini memberikan harapan pada bola sepak Malaysia.
Sekiranya Sultan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden FAM, jawatan ini akan menjadi rebutan seluruh individu yang mempunyai pengaruh dan kuasa. Oleh hal demikian bola sepak ini akan dijadikan isu politik dan akan digembar-gemburkan. Sebelum ini, sepengetahuan penulis tidak ada pihak dari ahli pembangkang beriya-iya untuk merebut jawatan dalam merebut kerusi dalam Majlis Tertinggi FAM. Di sini pengaruh politik masih belum dicampur-adukkan. Kenyataan YB Khairy Jamaludin hanya bersifat 'cari makan' tambahan beliau Menteri Sukan. Bola sepak masih belum boleh dikategorikan sebagai bidang sukan yang tenat seperti badminton, sepak takraw dan hoki. Beliau perlu beri bantuan kepada sukan lain secara samarata, bukan hanya mencari sorakan pemuda yang ternyata ramai dalam sukan bola sepak ini.
Bola sepak di Malaysia masih unik kerana masih diterajui oleh Sultan. Melihat kepada pasukan Johor DT boleh dinaik taraf secara mendadak oleh disebabkan faktor campur tangan Tengku Mahkota Johor sendiri yang mana beliau merupaka kerabat diraja. Oleh itu pemimpin bola sepak dipayungi oleh individu yang berpengaruh bukan sahaja melibatkan kuasa kewangan tetapi juga kuasa dalam memberikan suara dan cadangan yang boleh didengari. Sekiranya Presiden FAM yang baru adalah orang yang berpengaruh tetapi bukan setaraf Sultan, maka dia akan dikritik sehabisnya sehingga terpaksa melepaskan jawatannya secara sukarela. Adakah orang baru itu akan tunduk kepada kritikan TMJ misalannya dan terpaksa akur kerana beliau seorang Tengku Mahkota. Ini yang kita tidak mahukan.
Lihat sendiri PBNP (Pahang) yang mana dikatakan tidak mampu untuk mengurus Bola Sepak Pahang akibat dari faktor kekangan kewangan. Di sini Presiden FAM selaku Sultan Pahang terpaksa campur tangan bagi memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga pengaruh. Ini tidak akan dibuat oleh individu berpengaruh kerana ingin mengekalkan jawatan mereka di dalam bidang politik. Ingatlah bahawa boleh sepak masih belum lagi dipolitikkan sehinggalah Sultan meletakkan jawatan Baginda. Presiden masih lagi bersikap adil dengan memberikan bantuan dana kepada semua persatuan sukan secara sama rata meskipun ia tidak adil kepada pasukan yang berstatus kelab atau negeri yang tidak mencapai tahap prestasi yang baik.
Isu ini mula timbul sejak Tan Sri Anuar Musa mula membidas sikap pilih kasih FAM. Kini semakin ramai yang berani tanpa asas yang kukuh satu persatu membidas persatuan. Ingatlah bahawa yang kita perlukan adalah penyelesaian dan bukan sekadar cadangan. Isu Presiden FAM tidak timbul semasa bola sepak Malaysia berada di era kegemilangan tapi kini ia seolah menjadi candu apabila sukan nombor satu diminati seluruh dunia ini mengalamai kemeruduman.
Majulah sukan untuk negara.
Bismillahhirrahmannirrahim.
Semalam Perdana Menteri telah membentangkan bajet 2014 dan sudah semestinya pada sebelah malamnya akan tersiar pelbagai komen yang tidak membena akan berkumandang di dalam alam maya. Biasalah manusia akan sentiasa menetang dan perang akan sentiasa dicanang. Hanya golongan yang menceburi bidang politik sahaja yang akan terus mempertahankan ketua mereka, ini kerana mereka bekerja dalam satu tembok yang sama.
Aku tak pandai nak komen tentang bajet kerana mereka umpama ayah yang menentukan berapa duit belanja yang patut kita dapat pada sesi persekolahan yang akan datang. Kalau orang yang mampu menilai secara sama rata dan tiada unsur dengki atau khianat, mereka akan dapati ada pihak yang akan merasa akan tekanan baru dan ada mereka pula yang mula mendapat perhatian khusus meskipun tidak seberapa. Bukan senang nak jadi ahli politik apatah lagi Perdana Menteri. Kesabaran perlu ditahap yang paling halus untuk ditangani. Kalau aku jadi Perdana Menteri dah tentu kuasa autonomi akan digunakan dan Teokrasi akan jadi panduan. Tidak mampu menyerap hentakan dan hentaman boleh membuatkan seseorang itu samada rebah atau marah tahap nirvana.
Aku merasa marah dengan rakan serumah aku yang melenting dek kerana GST dikenakan bermula April 2014 dan dikhabarkan harga gula meningkat 35sen. Orang yang tidak sepatutnya melenting adalah dia yang tidak memberi apa-apa sumbangan dalam komuniti kecil. Makian dan zikir carutan mula meniti di bibir dia yang berang sejak Bajet 2014 berakhir dibentangkan.
Dia seorang yang bergaji melebihi paras minimum miskin bandar, merupakan seorang yang opportunis dalam pembayaran bil dan sewa rumah. Bersifat pengotor dan tidak ada tanggungjawab dalam menjaga keharmonian ekosistem dalam rumah sewa yang aku tinggal sekarang. Mengelak dalam pembayaran bil internet dengan alasan dia jarang bawa laptop pulang ke rumah dan tidak berada di rumah selama sebulan atas kesibukan peribadi. Bersifat pemurah dengan menghiasi rumah dengan pinggan mangkuk yang digunakan dan dibiarkan begitu selepas makan. Tidak ada tolak ansur dalam menjaga kebersihan rumah dan kedekut dalam membeli barangan untuk perkongsian berasama dalam rumah sewa.
Tidak pernah menyumbang dalam pembelian gula dalam rumah sedangkan setiap hari dia minum teh panas tanpa gula (sangka baik) dan suka meminjam barang seperti telur, beras dan rokok dengan niat ekonomi dirinya tidak stabil dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Lain pula dengan rakan serumah ku yang lain yang mana mereka layak menerima BR1M tapi masih mampu bersedekah dalam memastikan ekonomi komuniti kecil ini terjaga. Bukan niat aku memburukkan Dia tetapi sekadar berkongis kisah hidup terpaksa hidup dengan orang yang sedemikian rupa. Sabar itu ada hadnya dan iman itu ada turun dan naiknya juga.
Berbalik kepada kerajaan yang ingin mengenakan cukai sekata 6peratus kepada hampir semua barangan dagangan dengan memansuhkan Service Tax dan Sales Tax yang banyak mendatangkan ketidakadilan dalam beberapa hal. Ingatlah bahawa kedai runcit kat tingkat bawah rumah PPR aku ni dah lama mengenakan harga barangan tidak mengikut kadar sebenar. Mereka peniaga yang hanya ambil keuntungan beberapa sen ke atas setiap barangan yang dijual kerana mereka tidak membeli barang untuk dijual dalam kuantiti yang besar. Peniaga ini masih mampu mengukir senyuman walaupun KR1M berada kurang 50meter dari kedai mereka. Tambahan lagi mereka merupakan rakyat seberang yang mencari rezeki di negeri Malaysia yang korup ini. Pelanggan mereka terdiri daripada golongan makcik-makcik yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa dan juga pekerja golongan sederhana yang baru lepasan graduan dan menapak di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Yang pasti mereka bukanlah orang yang layak menerima segala bentuk rasuah berbentuk sedekah 1Malaysia kepada rakyat yang memegang kad pengenalan berwarna biru air. Sayangnya rakyat Malaysia masih bebal untuk bersedekah walaupun kos hidup semakin meningkat di negara yang mengamalkan Pilihanraya berpelembagaan dan pengiraan undi di dalam gelap. Ramai pengkritik tetap bermarkas di lobi bangunan 17tingkat PPR sambil mengirup teh dan kopi jantan tanpa gula pasir yang disukat dalam kuantiti yang betul. Mereka bukanlah sering mengadakan kunjungan hormat kepada komuniti miskin di kawasan Wangsa Maju, Hartamas dan Bukit Kiara.
Kerajaan menetapkan kadar GST kepada semua jenis barang dagangan yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia dari yang tidak berkereta, hinggalah mereka yang mempunyai kereta BMW atau seangkatannya dua tiga bijik kat parking rumah mereka. Yang pasti golongan mewah akan merasakan kemasinan gula apabila mereka berkunjung di kedai mamak yang akan mula menggantikan gula kasar Prai dengan garam bukit berakali. Inikalilah mereka akan terkena juga.
Aku pasti ramai orang akan merepek dan merapu setiap kali Bajet dibentangkan saban tahun. Nak tolong orang kena tolong diri sendiri dulu. Nak susahkan orang kena fikir kesusahan diri dulu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Negara yang miskin adalah kerana rakyatnya yang tidak merancang kekayaan. Negara yang korup adalah kerana ramainya dermawan segera. Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui.
Lama aku tak menulis, tapi hakikatnya aku tidak pernah berhenti menulis kerana bukan semua mampu aku paparkan di sini. Masa dan ruang terasa sempit dan menyiksa diri. Dunia aku semakin sibuk namun jiwa ini tetap kosong sampai bila-bila.
Teringatkan kisah lama, luka yang tak pernah sembuh dari ingatan seorang insan yang disangkakan autism atau a bit mental disorder.Orang yang jiwanya kosong selalunya susah untuk melupakan sesuatu yang membawa kesan pada dirinya kerana memori itu akan terus berkisar pada waktu dan tempat yang sama. Puisi sudah semakin berkurang kerana jalan yang pernah dilalui itu sudah semakin menjauh dari diri. Namun diri ini tidak akan pernah berubah hatta isipadu otak sudah semakin menipis dek kerana asap rokok yang menular dalam tubuh.
Kisah yang berlaku hampir tiga tahu yang dulu telah menyentapkan sepanjang hayat aku sampai bila-bila. Panas yang disangka akan terus sampai ke esok petang terencat dek kerana hujan yang tak henti-henti turun dipertengahan jalan ini. Namun itu semua umpama bumi yang terpaksa menerima impak dari perubahan iklim yang mendadak tak menentu.
Terimbau kembali disaat satu ketika aku diajak oleh dia untuk pergi ke Sunway Pyramid untuk menyaksikan konsert mini Bunkface yang pada masa itu masih dianggap sebagai band yang belum terkenal. Pada masa itu aku tidak kenalpun siapa band Indie Bunkface. Tapi sekarang band tu pun dah jadi terkenal dan diminati ramai. Aku tahu dia seorang perempuan yang sukakan kebebasan dan ingin melakukan apa saja yang ingin dilakukan dalam hidupnya. Dia bukanlah seorang yang perfectionist tapi beliau hanya inginkan kesempurnaan dalam hidup dia. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam hidup dia. Yang perlu dilakukan adalah dengana hanya menghadapi semua itu dan terus maju kehadapan dengan jayanya.
Maka disini aku adalah eksperimen yang gagal. Gagal untuk memunculkan peluang keemasan yang ada di depan mata dia. Meskipun dia tidak pernah merasakan aku gagal membuatkan dia berjaya namun aku merasakan sebaliknya. Kini semua itu sudah menjadi titik hitam dalam hidup aku. Aku tahu walaupun aku berdoa di depan Kaabah sekalipun namun doa aku tidak akan pernah makbul dalam hal seperti ini. Hidup terasa seperti lirik lagu Situasi dari Bunkface itu sendiri. Tidak pernah sangka disitu bermula dan disitu adalah pengakhirannya.
Masa memang telah pergi namun ia telah tercatat sebagai salah satu sejarah hidup aku. Jadi sejarah adalah untuk diingati dan diimbau sebagai panduan pada masa akan datang. Barang siapa yang lupa akan peristiwa lampau adalah seorang yang tidak bersifat nasionalis. Penulisan akan menjadi mengarut tanpa jiwa yang hadir bersama intipatinya. Maka rosaklah cerita tanpa garapan yang disertakan hati dan perasaan.
Sekian.
Hidup ini umpama puisi
Puisi yang telah dikarang
Siap dibaca hanya untuk dikenang
Tidak mudah difaham maknanya
Hidup ini seolah bencana
Datang seperti mana ia suka
Pergi bilamana ia suka
Bencana dahsyat menimpa
Puisi juga hidup
Sepertimana penulisnya
Menyajakkan puisi dari segenap dimensi
Tanpa siapa peduli
Puisi tidak boleh dinikahi
Tetapi hadiah yang tak terperi
Dari Robbul Izzati
Tuhan yang berdiri dengan sendiri
Mungkin puisi tak mengerti
Apa itu realiti
Yang tertulis dari hati
Makna jatuh cinta sampai mati
Rasa rindu pungguk kepada bulan
Takkan serupa seperti puisi
Yang hanya dibayangkan
Oleh kata-kata dan perkataan
Puisi adalah wasiat
Diselit bersama harapan
Bukanlah beban yang terlepas
Dari segala ujian yang di atas
Biarlah sendirian aku
Mencari hala tuju
Sesaat telat kini sudah melulu
Mencari kehidupan yang terburu laju
Nyawa sudah genting waktu
Harapan sudah pun melayu
Impian baru
Lahir sejak dulu-dulu
Diri ini ada cacatnya
Cuma tidak kelihatan dengan mata
Tidak pula aku buta
Malah telinga telah mendengar semua
Gagah kini sudah sia-sia
Melihat dunia
Yang dulunya penuh istimewa
Terbujur di tempat asalnya
Melihat semua mula berkeluarga
Sendiri terkenang akan dirinya
Punya apa yang terlintas semahunya
Telah lengkap dia dan dia
Air mata berdetik
Bukan punya siapa-siapa
Sejak azali dipinta
Jangan biar dia merana
Sugul punya cerita
Dongeng dikongsi bersama
Suka duka entah di mana
Melayu aku mana hilangnya
Lorong gelap berliku
Aku tempuh sendiri
Takut mula menyelubungi
Aman dalam iman
Farith Zainaldin
18.Ogos.2013
Pemulihan