Isnin, 31 Oktober 2011
Tamat sebuah drama yang paling panjang dalam hidup.Dan sekali lagi ia sebuah cerita yang tak berpenghujung.Pengarah itu semakin tua dan skrip tidak lagi bersambung, ada yang lagi berhak menapis skrip itu,dan hidup sebuah penyesalan pada akhirnya -red_ayed
Kehidupan bermula sejak roh ditiupkan ke dalam jasad oleh tuhan. Kehidupan berkembang sejak kita sedang giat membesar dan kehidupan mula berakhir sejak kita dah tahu kehidupan yang lalu sudah terlalu banyak menyimpan cerita.Tuhan tahu kita berdoa, dan aku berdoa sejak aku kecil dan ketika aku berasa takut kepada dunia dan seisinya. Doa aku tidak banyak berbeza kerana masalah aku adalah hampir sama.Kejadian aku ke dunia ini diiringi sesuatu yang menyakitkan.Namun aku cekalkan hati untuk terus berdoa, berharap, memohon maaf, bersimpati, dan berbagai lagi.Ada antara doa ini dikabulkan dalam sekelip mata dan ada yang tidak pernah hadir hatta sebagai sebuah mimpi. Selalu kita tidak berbicara tentang yang indah bila meluahkan rasa tetapi lebih kepada perasaan yang sugul.
Dianugerahkan akal untuk menulis perkara yang sebenar.Terfikir sejenak kenapa aku tak jumpa apa yang aku hendak dan terpaksa mengalami perasaan yang sama setiap kali dan berulang walaupun sudah beberapa kali.Kata ilmuan, itu hadiah dari tuhan mungkin ia berbentuk musibah.Nikmatinyalah selagi masih berpeluang menghirup kemanisan dunia ini sebelum engkau dihisab.Dosa yang termeterai mungkin penyebab ini terjadi, bertaubat adalah jalan yang terbaik.Kehidupan yang terbaik tidak akan kau temui selagi engkau belum benar-benar insaf.Menjadi golongan pemikir memang susah kerana engkau terlalu percaya apa yang engkau fikirkan.Agama mengajar kamu berharap tetapi ia lebih mengajar kamu agar lebih bersyukur dengan apa yang kau ada.Percuma semua itu kerana mustahil tuhan akan melanggar hukum yang DIA sendiri tetapkan melainkan atas sebab yang tertentu dan mendalam. Dan begitulah juga rasa suka dan benci, semua tidak boleh dipaksa.Engkau pernah rasa tidak mampu menyukai orang yang engkau tidak mampu suka.Tetapi sebaliknya juga bila engkau tidak mampu meninggalkan apa yang engkau ingin dan suka.
Itulah yang berlaku dalam kehidupan aku sejak zaman perkembangan kehidupan.Semakin aku lari semakin aku sakit, tetapi semakin aku dekat semakin juga aku merana.Betapa hebatnya kuasa Ilahi menghukum manusia yang ingkar.Semua berlaku dalam keadaan sedar dan tidak berhenti walau untuk seketika.Soalan yang sering aku tanya adalah mengapa aku terpilih untuk merasai semua ini. Adakah pasti syurga untuk aku atau memang ini azali dalam Loh Mahfuz,Aku masih lagi berharap kerana tuhan mengajar aku berharap sehinggalah ke liang lahad.Tetapi pastikan harapan itu relevan dan logik.
Pernah dengar Tuhan menentukan dan kita cuma mercancang.Aku merancang sebuah yang besar dalam hidup aku dan biarlah tuhan tentukan.Ini warkah rasa dan kisah nyata.Ambillah ikhtibar dan biarkanlah bumi itu berputar normal selagi masih punya masa.Kesakitan itu sudah pasti dalam kehidupan aku tetapi penawar itu semakin pupus, tidak mengapa kalau penawar itu sudah hilang dalam pandangan, aku masih boleh teruskan hidup sendirian tanpa menyusahkan orang lain.Takdir aku untuk sendiri makin jelas dan Allah telah tetapkan buat aku.Janganlah lagi dalam perjalanan aku nanti berjumpa lagi dengan masalah yang sama sejak tahun 2000.Aku dah serik dengan kehidupan yang tergantung, biarlah aku menyimpan perasaan merana ini sehingga ke hari pembalasan.Tak salah kalau menyalahkan benda yang benar.Yakin dan berani untuk melihat lagi bulan malam esok sebelum mata ini tertutup buat selama-lamanya