Selasa, 11 Oktober 2011
Kedua-duanya tidak elok dan perlu dijauhkan. Sama ada dengki mahupun cemburu. Cemburu apabila melihat ramai orang yang sudah mendirikan rumah tangga mahu pun yang sudah ada kekasih. Semua itu ketentuan dan ia hanya boleh ditentukan dan bukan boleh dipastikan. Ramai juga orang yang pada mulanya kahwin kerana cinta dan suka tetapi tak kurang juga yang berpisah dan cerai kerana membuat pilihan mereka sendiri. Pada hari ini agak sukar untuk meramal mengenai perhubungan seseorang. Tetapi yang pasti gembiranya hidup apabila orang yang kita suka untuk pandang dan dengar suaranya setiap hari pasti akan membuatkan hati berbunga-bunga. Aku tidak pernah merasai semua itu. Malah lebih teruk daripada itu. Aku sendirian dalam kesusahan dan mencari kekuatan untuk ditonjolkan namun aku telah dibesarkan untuk menerima sesuatu yang azali. Mungkin sekarang aku terpaksa berkata begini dan setelah sekian lama aku juga akan merasa semua itu.
Sayu dan sedih sentiasa datang mengurung. Aku dibelenggu dengan emosi yang begitu hambar dan terasa seolah hidup ini lebih baik singkat daripada terus berpanjangan begini.Sebelum aku kasih pada orang lain, aku perlu terlebih dahulu mengasihani diri sendiri dan cuba rapatkan diri kepada tuhan agar terasa diri ini bermakna dan masih disayangi.Acapkali aku merasa tertekan dengan hidup begini namun aku masih lagi bernyaawa dan masih mampu untuk mendirikan solat tanda aku syukur kepada sang pencipta.Tiada guna untuk meratapi hidup yang cuma dianggap sementara ini, namun keindahan tetap keindahan dan mesti direbut kenikmatan itu.Mati cuma sekali dan hidup di dunia juga cuma sekali sahaja, takkanlah tuhan tidak mahu memberi sedikit manisnya hidup yang orang sangka bahagia itu. Mungkin hikmah yang tersembunyi itu terlalu dalam untuk diamati.
Dengki hadir setelah cemburu.Pada asalnya aku cuma cemburu dengan rasa kasih dan sayang orang disekitar aku namun kemudian timbul rasa dengki yang mana ia lebih merbahaya.Orang yang kita sangka kita sayang pergi bersama dengan orang yang kita kenal atau tak.Terasa diri ini melepas dan kalah untuk mendapatkan apa yang selama ini kita doakan.Salah siapa? Perlukah ditanya soalan sebegitu.Kalau hidup itu seudah gelap makan terbit matahari disebelah kanan pun masih meraba-raba dalam kesiangan itu.
Walau berapa kali sekalipun kau tanya perasaan aku, namun jawapan aku masih kau tetapi engaku juga angkuh dan memilih. Kalaulah aku boleh mendoakan kejahatan, ingin kau aku lenyapkan sebelum aku pergi menyelinap pergi.Itulah, bila kita berkata mengenai emosi, dunia ini ingin dirubah, takdir itu ingin disanggah. Cukuplah cerita dongeng berterusan, biarlah luncai dan labu-labunya lemas di lautan biru bersama Captain Jack Sparrow.
0 comments:
Catat Ulasan