.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Berdikari atau Sombong Diri

Ahad, 16 Oktober 2011

Berdikari adalah berusaha dengan sedaya upaya secara sendiri dan dalam masa yang sama mendapatkan pertolongan setelah gagal. Berdikari bukanlah disebabkan degil dan menyombong untuk berusaha tanpa menghiraukan orang disekeliling.Hidup seorang diri di pinggir kotaraya Kuala Lumpur yang jauh dari keluarga dan kawan-kawan dahulu begitu mencabar.Ini bukanlah merupakan sebuah pilihan yang tidak boleh ditolak tetapi sesuatu yang tidak mampu ditukar ganti dengan pilihan yang lain.Namun tahun ini begitu mencabar kerana semuanya hilang didepan mata dan amat menyakitkan luar dan dalam diri.Kenapa semua ini menyakitkan? Entahlah.

Aku kekadang mampu untuk melupakan perkara remeh-temeh dalam hidup ini, namun tidak boleh untuk meninggalkan perkara ini kerana setiap hari ia akan menghambat diri aku juga. Kalau nak diikutkan, Rasulullah juga pernah diuji menyepi ketika beliau masih muda dan sebelum diangkat menjadi rasul dan nabi. Baginda menyendiri di gua dan menjauhkan diri daripada perbuatan syirik menyembah berhala pada zaman baginda. Hidup tanpa keluarga dan orang yang rapat disebelah memang sukar, tetapi lebih sukar untuk mengadakan sesuatu yang kita belum pernah ada dan dapat.

Sombong bukanlah jawapan kepada berdikari, dan ia juga bukanlah perkaitan yang jelas dalam hal ini. Dalam kes sebegini, pengalaman hidup yang kita peroleh akan mematangkan tentang sesuatu hal pada masa akan datang. Kita tidak akan mampu untuk terus menggunakan pengalaman yang baru kita jumpa semalam dan menggunakannya untuk hari esoknya. Kadangkala kita tidak gunakan pengalaman itu untuk kita sendiri di masa hadapan tetapi akan menurunkan segalanya kepada orang yang berada hampir dengan kita.

Hilang segalanya apabila terasa begitu sendiri dalam hidup. Tetapi keluarga yang kita masih ada sebenarnya saban hari mendoakan kesejahteraan kita. Memang sukar hendak memahami dan memahamkan orang lain. Bagi aku pergi buat seketika bukanlah satu pilihan tetapi keterpaksaan bagi menjaga hati sendiri. Akhirnya semua beban itu tertanggung di atas badan yang semakin melonglai itu. Setiap hari aku semakin dewasa dan semakin hari ibu dan ayahku semakin menua. Apa yang dapat aku bagi dalam hidup aku sekarang kepada mereka. Apa yang boleh aku hadiahkan kepada adik-adik aku disana. Keluarga aku begitu sunyi dan  begitulah juga hidup aku di sini. Sombong dan menyendiri bukanlah suatu pilihan dalam hidup aku tetapi suatu survival yang harus aku tempuhi. Tak banyak benda yang aku inginkan tercapai, kerana aku tahu aku cuma sambil lewa. Tekanan semakin memuncak tetapi ia tetap akan muncul dan pergi bila saja ia suka. Tuhan melihat dari sudut yang tidak kita terpfikirkan. Tetapi masa dan ruang menjadi batasan untuk aku terus menagih kasih seorang hamba.

Janganlah membandingkan kisah sendiri dengan kekasih Allah yang ternyata lebih berat untuk kita pertontonkan kepada khalayak.Iktibar dan pedoman menjadi sandaran untuk melihat hari esok yang pasti cerah dan penuh dengan kebarangkalian yang tidak kita duga.Sekiranya hari esok masih gelap dan kelam, paksalah diri untuk bertaubat dan mencari jalan menuju tuhan. Sebab itulah aku dilahirkan sebagai seorang Islam dan hanya agama sahaja yang menjadi kekuatan tatkala tiada makhluk lain yang menghulurkan bantuan malah memberikan tekanan dan kesakitan. Tulisan ini tidak perlu difahamkan dan tidak diminta disebarkan kerana mungkin tanpa tulisan ini, aku tidak akan meluahkan apa yang tersemat dalam hidup aku yang sunyi dan sombong ini.

Cukuplah kalian tahu, aku pergi bukan kerana sombong cuma keadaan diri ini yang tidak mampu berusaha dan menangkis segala bala bencana yang melibas dan memukul hidup. Kesakitan ketika zaman kanak-kanak dan remaja aku yang sudah berlalu itu masih lagi terasa dan kini tibalah masa zaman dewasa aku. Tidak akan padam segala kemarahan tuhan selagi nyalaan neraka itu semakin menjulang naik meratah tubuh manusia lemah seperti aku. Tertanya aku sendiri mengapa neraka itu kepada manusia yang kafir dan kufur. Sedangkan Tuhan sendiri yang meletakkan mereka dalam kesempitan dan kelemahan yang tidak mereka duga. Syaitan cumalah boneka yang angkuh menghasut manusia hanya kerana dendam dan sombong terhadap kekuatan yang mereka ada. Manusia cuma kuat pada akal dan sifat keyakinan sahaja. Inilah yang aku faham tentang berdikari, tetapi aku masih lagi membutuhkan seseorang yang aku ingin sekali muncul dalam hidup ini. Bidadari yang cantik belum mungkin mampu melelapkan hati ini kerana aku tidak pernah mengenali bidadari tetapi aku sudah sempat berkenalan dengan orang yang aku dambakan seorang diri. Biarlah masa doa yang dipanjatkatkan itu mengambil laluan yang jauh untuk dikembalikan, tetapi aku masih menunggu agar tuhan Maha Adil itu terus menerima apa yang aku hajatkan.

##Sombong bukanlah berdikari##
##Berdikari sebenarnya hadir bila tiada siapa di sisi##
##Kari boleh dibeli di kedai Sarji##

0 comments:

Catat Ulasan