.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ibu Bapa

Selasa, 29 November 2011

Mama seorang kerani biasa yang terpaksa mengorbankan masanya sebagai suri yang sepatutnya berada di rumah untuk menjaga makan minum suami dan anak-anak. Abah seorang warden penjara berpangkat rendah, berikutan cuma hanya ada Sijil Am Pelajaran (tamat sekolah menengah).Nak kirakan memang hidup aku dan adik-adik agak sunyi dan kurang komunikasi dalam beberapa perkara.Tambahan lagi apabila aku mengambil keputusan untuk tinggal di asrama pada tingaktan empat membuatkan aku semakin jauh dan menjauhi dari keluarga aku sendiri.Pada zaman kanak-kanak perkara yang paling seronok apabila abah mendapat cuti yang agak lama dan membawa kami sekeluarga bercuti meskipun dalam bajet yang minimum. Itu sudah cukup memadai bagi kami tiga beradik.Perjalanan membuatkan aku cergas dan berkhayal perkara yang indah.

Sewaktu kecil, sejak umur aku lima atau enam tahun aku pernah tinggal berdua dengan adik lelaki aku tanpa pengawasan dan pada hari ini aku merasakan itu seolah terbiar dan menganggu psikologi aku saat ini.Tetapi aku faham mama dan abah berhempas pulas untuk membesarkan kami. Tapi aku berasa tidak diberikan perhatian yang khusus kerana aku autism. Mungkin sudah terlalu lewat untuk mengakui semua itu, tetapi aku pasrah. Merelka bukanlah seorang doktor atau ibu bapa zaman moden yang mengetahui akan perkara sedemikian. Malah aku berasa bangga dengan pengorbanan mereka kerana mereka aku mampu berdiri seperti mana aku sekarang meskipun dalam kekurangan sifat yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar.

Sejak aku disekolah rendah, tak banyak yang aku inginkan kerana hidup aku cuma ruang tamu dan menonton televisyen.Makan, tidur dan berehat semuanya berlaku disitu. Namun pada zaman sekolah rendah aku masih ada kawan-kawan untuk melepak dan bermain di kawasan kuarters aku. Aku suka bermain 'rounders' dan bolasepak pada ketika itu.Sekarang aku sudah tidak jumpa lagi kawan sepermainan aku masa itu. Meskipun ada aku sudah tidak bertegur dengan mereka kerana aku sudah terlalu lama beredar dari situ dan tinggal jauh dari keluarga demi mencari sesuatu yang aku tidak pernah rasa. Meskipun kawan lama, aku sudah tidak pandai bergaul dengan mereka kerana aku memang tidak tahu macam mana untuk berhubung dengan mereka lagi. Itu masalah aku paling besar.Aku mahu berkawan tetapi aku tidak yakin dan tidak tahu bagaimana lagi aku akan berpewatakan seperti manusai normal dan ramah. Aku terlalu memikirkan akan hal sedemikian rupa sehinggakan aku tertekan dan merasakan tidak berguna.

Aku tidak tahu dimana silapnya sehinggakan aku merasa begitu sepi dan sunyi sehinggalah hari dan saat ini.Aku juga merasakan adik-adik aku juga begitu.Tapi aku juga punya masalah sendiri manakan aku mampu untuk memberi keceriaan kembali kepada keluarga aku.Aku cuba mencari seorang perempuan yang boleh menyelami masalah aku tapi aku gagal dan kecewa.Aku merasakan seolah tuhan sudah tidak lagi peduli dengan semua perkara yang pernah aku alami.Kawan bukanlah orang yang boleh menolong aku disaat perlu. Mereka hadir semata-mata untuk berlibur dan mencari keseronokkan dan nyata aku bukanlah orang yang boleh beri semua itu, malah aku ketagihan semua itu.Di saat teman-teman belajar di universiti adalah rakan terakhir aku jumpa dan berhubung, namun mereka semua sudah ingin melangkah ke alam baru.Aku masih lagi memikirkan tentang hal sendiri yang sudah lapuk.Aku perlukan sebuah kehidupan dan sokongan.Sebab itu aku menulis.

Malaikat tidak akan meninggalkan pesanan ringkas jika dia ingin membantu, malaikat juga tidak beritahu jika sebenarnya mereka tidak ada lagi disisiku.Hidup aku seolah seperti penyair yang bergerak.Aku berlagu sepi dan sedih setiap kali aku berhenti dari perjalanan seharian aku.Semua orang tidak faham akan hal itu, dan aku juga lagi tidak tahu bagaimana lagi aku ingin menyedarkan mereka bahawa ada orang seperti aku ini berkongsi hidup dengan orang yang sempurna.Keinginan aku hampir tidak ada beza dengan manusia lain tetapi usaha dan keupayaan aku jauh ketinggalan zaman.Akhirnya aku kembali kepada ibu bapa yang semakin tua dan tidak daya lagi.Mereka sudah ingin masuk ke alam baru dan aku terpaksa belajar menghadapi hidup yang lebih sukar setelah mereka sudah akan pergi nanti.Bila pun kiamat aku harus menunggu dan menyesal dengan apa yang aku alami.Tidak mungkin tuhan akan membantu aku untuk berfikir waras lagi kerana tuhan telah pun hadiahkan akal yang sama untuk setiap orang.Sampailah sudah masa manjemput aku untuk berundur. Tidak ada guna lagi siang atau malam.

0 comments:

Catat Ulasan