.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Pantun Rasa

Khamis, 17 November 2011

Berlari-lari mencari angin
Bertukar arah mencari surutnya
Bilakah alam akan dingin
Dengan nafsu dan semua isinya

Berlari-lari ke sana ke mari
Mencari hala tuju kemana
Kupanjat gunung mencari mentari
Kuhiliri sungai jernih warnanya

Daun kaduk sepohon rumbia
Mengkuang panas tebu manisnya
Ku haruk seluruh pelusuk dunia
Mencari entah mana perginya

Diam ubi banyak isinya
Diam keladi terasa miangnya
Ku biarkan dia pergi buat selamanya
Supaya aku tidak bermuram durja

Manisnya epal kerana isinya
Pahitnya peria kerana kulit
Buang keruh ambil jernihnya
Biarkan akal terasa sulit

Sayang selasih hamba padanya
Rindu tunas pada akarnya
Sayang orang berpada-pada
Sayang tuhan tiada usianya

Bulan terang sepanjang malam
Mentari redup tanda nak hujan
Bukan sayang hanya semalam
Tapi cinta orang kempunan

Berliku-liku sungai Pahang
Terhenti seketika di sangkar Patin
Beribu batu cubaan mendatang
Kenapa disitu mahu bermaustatin


Jam sudah pukul dua
Lelap mata belumnya tiba
Ingat aku pada dirinya
Tuhan penguasa alam semesta.

0 comments:

Catat Ulasan