Isnin, 14 November 2011
1. Berdasarkan tajuk, jelas sesuatu yang subjektif ditulis dan ramai akan mempunyai pelbagai anggapan yang berbeza.
2. Sebenarnya tidak ramai yang boleh faham apa yang difikirkan oleh orang macam aku, malah doktor sendiri tidak ada penjelasan yang kukuh untuk mentafsir sesuatu masalah yang berpunca daripada fikiran.
3. Itu dari segi pandangan moden, manakala dari sudut pandangan orang yang mengamalkan Ruqyah yang diizinkan dan tak bertentangan mereka akan berpendapat ini merupakan sebuah ketaknormalan disebabkan oleh gangguan yang tidak boleh dijelaskan oleh teknologi moden pada hari ini.
4. Berbalik kepada pendekatan moden, semua ini berlaku akibat kurangnya dorongan atau kasih sayang daripada orang yang sepatutnya, tambahan lagi diri sendiri sebenarnya perlu keluar mencari apa yang hilang itu.
5. Baiklah aku tidak akan menerangkan apa yang akan diusulkan daripada perawat Islamiyah kerana aku tidak pasti mereka ini benar atau tidak.
6. Apa yang aku fikirkan adalah kenapa aku merasa rendah diri dan malu sedangkan semua orang mempunyainya dan ia sebenarnya normal dari pandangan semua orang.
7. Apabila rasa rendah diri menguasai diri dan tidak terkawal, maka diri ini akan dikawal sepenuhnya dari akal yang memerintah yang tuhan anugerahkan kepada setiap manusia.
8. Bila terasa malu dan rendah diri, maka secara automatik diri akan menghindar daripada khalayak ramai kerana sudah pasti malu tadi telah meracuni minda aku.
9. Bila tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak mendapat perhatian dari orang yang terdekat kerana diri sendiri tidak menyatakan yang sebetulnya apakah masalah yang sebenar.
10. Secara relevennya bagaimanakah orang yang telah dikawal oleh minda mereka sendiri untuk melawan segala yang bersarang di dalam kepala ini.
11. Maka timbullah rasa takut kepada berhadapan dengan kenyataan yang harus diterima, dan bertambah parah lagi datang pula masalah yang lain yang menyerabutkan lagi segala yang belum selesai.
12. Alternatif yang paling mudah bagi yang mempunyai agama adalah dengan berserah diri kepada tuhannya, namun jawapan yang mereka tunggukan bukanlah datang serta merta dan bukanlah boleh dirungkai tanpa sebarang usaha kerana tuhan sebenarnya telah menghadiahkan akal yang sama kepada sekalian manusia yang hidup untuk berfikir secara rasional.
13. Maka kisah ini kembali kepada akal dan dalam tidak sedar lama kelamaan ia mengaitkan emosi dan mampu mengembang-biakkan lagi permasalahan sebelum ini tadi.
14. Akal yang telah dikonkong tadi, ingin dibersihkan dan ingin diprogramkan semula untuk menerima sesuatu yang pada asal tadi telah rosak teracun supaya boleh mengadaptasi sesuatu yang lebih baik dan baru.
15. Semua kembali kepada diri sendiri sama ada kamu mampu lakukan atau tidak, sekiranya kamu masih mampu mengawal otak dan ingin mengusai akal itu semula kamu adalah jawapannya.
16. Doktor atau pawang bukan alternatif untuk berubat dan dengan sedikit petunjuk dari tuhan setelah kamu berusaha dan tawakkal maka mungkin kamu akan pulih dan sihat.
17. Otak dan akal bukanlah sesuatu yang boleh dipadamkan memorinya seumpama RAM komputer, malah memori yang tersumbunyi itu mungkin akan dicapai pada masa akan datang walaupun proses pembersihan telah dilakukan.
18. Aku semakin keliru dan sebenarnya semua penyelesaian itu tidak merupakan penyelesaian yang aku mahukan tetapi cuma 'Positive thinking' yang aku lakukan untuk mengurangkan kesakitan dan kejutan dalam hidup ini.
19. Kembali kepada agama, bukan senang doa untuk diterima tambahan lagi bagi yang sudah terlalu banyak mengumpul saham akhirat, oleh demikian tidak akan ada penyelesaian ia lebih ampuh melainkan bertaubat dengan sungguh-sungguh.
20. Akhir kata, bertaubat dengan apa jua cara sekali pun, jika bernasib baik akan diterima jika tidak maka bersabar dan bersyukurlah menanti hidayah-NYA.
0 comments:
Catat Ulasan