.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (3)

Jumaat, 18 Februari 2011


                Mat Rempit di Kuantan dianggotai anak-anak muda yang baru mula belajar untuk bergaya dan berlagak. Kalau tujuh tahun dulu semasa aku masih lagi dibangku sekolah menengah, mat rempit ini terdiri daripada budak-budak sekolah menengah yang berkemampuan (anak lord) dan mungkin juga mat-mat kilang atau pekerja buruh kasar di pinggiran Bandar. Pada ketika itu hanya golongan ini sahaja yang mampu membeli motor seperti RG, SS Two, 125Z, RXZ dan sebilangan jenis scooter yang menjadi kegilaan satu ketika dahulu. Aku sendiri tiada motor sehinggalah aku tamat belajar di sekolah menengah. Aku belajar bawa motor ketika aku di tingkatan satu, dan waktu tu aku curi-curi bawa motor ‘honda cup lampu bulat’ bapak aku. Ingat lagi aku ambik kunci motor bapak aku senyap-senyap ketika dia keluar ke Bandar bersama mamaku, dan kebetulan malam itu aku ada jamuan BBQ bersama budak sepermainan aku. Jamuan itu ntahlah aku tak ingat sebab apa tapi waktu tu  kami memang gila bola. Di tingkatan satu aku masih lagi ada pasukan bola sepak setiap petang. Kekadang main tiang gol besar dan kekadang main satu tiang gol kecil atau pun main tuju bata je bila dah tiada siapa yang nak turun main bola.
                Di kala zaman itu, pasukan bola anak-anak staf penjara memang aktif dan terdiri oleh dua pasukan iaitu bawah 12 tahun dan bawah umur belum bekerja (22 tahun pun ada). Ayah aku merupakan penolong pengurus pasukan skuad Belia Penjara pada ketika itu. Pada tahun yang sama juga, pasukan bola sepak kami telah mengadakan perlawanan persahabatan yang pertama dengan anak-anak staf dari Penjara Khas Sekolah Henry Gurney, Melaka. Pasukan kami kalah teruk, mana taknya, sebelum main bola semua pakat telan panadol dua bijik dengan minum air 100Plus kononnya boleh tahan lama masa main dan tak sakit bila kena terjah. Ambik kau, ntah berapa kalah hari tu, mungkin 9-2 kalau tak silap. Aku yang ikut sama pada lawatan sambil main bola ke Sekolah Henry Gurney hanyalah pasukan pelapis, lagi pun bapak aku penolong pengurus, jadi aku pun ikut free je la. Bukan selalu pergi jalan-jalan dengan ‘member-member’ pada umur macam ni. Tahun berikutnya lawatan sebegini diteruskan lagi dan pada kali ini kami melawan Pasukan anak-anak staf Penjara Pulau Pinang. Perlawanan kali ini memang seimbang dan rata-rata dari kami pergi bukan nak main bola sangat tapi sekadar nak pergi berjalan-jalan tempat orang. Memang jahanam pasukan bola sepak ni pada tahun itu. Pada tahun berikutnya merupakan zaman kejatuhan aku dan bola sepak. Aku jarang turun main bola kononya nak PMR. Jadi aku menjadi bahan peril bila jarang dilihat di padang bola pada waktu tu. Malas la aku nak turun. Pukul lima aku tercegat tepi pdang takde siapa lagi yang datang, waktu tu matahari terik lagi. Masuk pukul 5.30 baru ada dua, tiga kerat orang yang datang tu pun main sepak-sepak bola ke dalam gol. Yang jalan kaki baru keluar rumah bila sampai terus duduk dan ‘on rokok’ sampai lah pukul 6. Lepas tu baru start game. Hari-hari macam ni memamng takde disiplin punyer player. Biler dah gelap sampai tak nampak bola baru meriah padang bola tu tapi bila azan maghrib berkumandang mulalah dua,tiga orang cabut boot dan balik.
                Waktu ni aku masih lagi seronok dengan kehidupan sebagai seorang remaja. Aku takkan dapat kawan seramai dan serapat ini ketika di sekolah kerana masing-masing duduk di kawasan yang berbeza. Di sekolah aku hanya ‘join’ geng kaki ponteng dan kaki rokok. Kalau aku join geng kaki mengumpat memang sekarang skil bercakap aku dah mantap. Tak lah jadi kera sumbang. Sekolah suatu tempat yang aku rindukan dan disitulah bermulanya kisah jatuh cinta pandang pertama aku yang tak dapat dilupakan.

Bersambung…

0 comments:

Catat Ulasan