Cerita pasal suka suam-suam kuku zaman sekolah biasalakan. Tapi tak banyak benda yang boleh dikongsikan pun. Waktu tu perjalanan sebagai seorang pelajar terasa sangat panjang dan aku kadang-kadang bencikan sekolah tetapi aku terpaksa pergi juga disebabkan aku dah tidak ramai kawan di perumahan aku. Kawan, rakan, teman suatu yang janggal dalam kamus hidup aku. Tambahan lagi dengan perempuan memang ‘failed’ la. Aku suka ikut bebudak yang tak tentu hala kat sekolah tetapi itu tak bermakna aku berkawan dengan mereka, mungkin cuma sekadar lepak dan hisap rokok sambil buang masa kat sekolah. Pelajaran aku bukanlah bagus sangat dan aku memang dah lama lemah dalam pelajaran dan paling susah nak fokus. Aku lebih sukakan aktiviti luar kelas yang tak banyak pakai otak dan tertumpu kepada tenaga sahaja. Aktiviti apa? Sukanlah. Tapi disebabkan aku ni rabun tak banyak sukan yang aku boleh performed. Aku memang minat gila sukan bola sepak, tapi tak lah jaguh bangat bila main bola. Penglihatan aku begitu membataskan pekembangan bakat aku dalam aktiviti sukan tetapi semangat aku pada bidang itu tak pernah luntur. Semangat hanya tinggal semangat dan aku sudah sangat kurang bersukan sehinggalah aku masuk university.
Ketika di university aku masih lagi aktif dalam sukan tetapi kali ini bukanlah bola sepak tetapi kayak. Aku mewakili university aku dalam pasukan kayak tetapi sekadar untuk dua tahun sahaja (4semester). Selepas itu aku tidak lagi tinggal di dalam kampus dan aku sudah tak nampak aktiviti rutin aku berjogging pada waktu aktif sukan dahulu. Sejak di tahun satu university aku mula belajar hisap rokok. Sebenarnya aku tak merokok pun pada zaman sekolah menengah sekadar main hembus-hembus sahaja.Punca aku hisap rokok sebab aku memang teringin nak hisap rokok sejak dulu lagi dan tambahan pula ketika di tahun dua di university aku merasakan aku tak mampu teruskan pelajaran dan rasa macam hendak berhenti. Akibatnya aku semakin ketagih kepada rokok kerana ia mengisi waktu tertekan aku ketika di kampus. Ketagihan ini semakin teruk sehinggalah kini aku rasa rokok sahaja teman yang aku ada dalam dunia ni bila aku bersendiri. (Amaran Merokok Membahyakan Kesihatan). Kalau nak dikatakan merokok itu membuatkan aku ramai kawan ternyatalah salah. Tiada kaitan langsung rokok dengan kawan. Merokok adalah disebabkan keinginan diri sendiri yang menebal tambahan lagi bila aku sudah duduk di luar kampus. Kehidupan aku selepas itu sangatlah bosan sebab aku tinggal seorang diri selama dua tahun tanpa siapa-siapa di rumah milik bapa saudara aku. Bayangkan dua tahun seorang diri boleh buatkan aku jadi gila dan semenjak itu aku semakin rasa keseorangan dan rokok sahajalah teman aku. Tambahan lagi disebabkan factor kesempitan wang untuk makan aku akan lebih kerap menghisap rokok. Aku tidak boleh lagi makan bila-bila masa aku terasa lapar tetapi rokok boleh sebab sekali beli sekotak ada 20batang yang aku kena habiskan. Rokok menjadi teman masa lapang aku (masa bosan). Kini semuanya bertambah parah dan aku rasa aku takkan ada sebab lagi berhenti merokok. Tahap kebosanan yang melampau dan tinggal seorang diri tanpa dapat keluar ke mana-mana disebabkan tiada duit membuatkan rokok sentiasa melekat di bibir aku.
Aku sentiasa rasa lapar untuk makan tetapi aku gagahkan juga untuk minum air sejuk untuk hilangkan rasa lapar semasa zaman belajar dan dua tahun tinggal di luar kampus seorang diri. Perkara yang paling seronok (sayu) bila waktu bulan ramadhan aku duduk di meja makan sorang diri untuk berbuka puasa selama dua tahun sambil teringat juadah biasa yang akan terhidang jika berbuka puasa bersama keluarga. Bayangkan berbuka puasa seorang diri, orang lain yang berjauhan dengan keluarga pun dapat berbuka puasa ramai-ramai di dewan makan atau di rumah sewa. Itulah nasib aku sepanjang hidup di Kuala Lumpur seorang diri bila ramadhan menjelma. Sebulan berpuasa aku tidak pernah sempat balik berbuka puasa di rumah dengan keluarga selama dua tahun sebab aku selalu terlewat beli tiket untuk balik beraya. Bila aku sampai di rumah selalunya aku sampai di rumah pada malam raya. Ramadhan yang begitu membawa penghayatan kepada aku dan kehidupan aku. Ramadhan tanpa ibu bapa, umpama bertarawikh seribu malam tanpa sehari bertemu lailatul qadar.
Bersambung…
0 comments:
Catat Ulasan