.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rokok Makruh

Selasa, 8 Februari 2011


Rokok
Satu nama besar dalam industri kesihatan. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk menaikkan harga rokok di Malaysia. Tapi kes sakit jantung masih lagi menjadi topik utama di hospital2 di sini. Malah tanpa rokok golongan kelas bawahan yang bekerja sebagai buruh atau pun apa saje memerlukannya.Setuju? Misalannya ketika menunggu bas atau selepas bangun pagi, rokok menjadi sarapan wajib bagi segolongan remaja dan orang tua. Kenapa cukai rokok dinaikkan meskipun langkah ini tidak berkesan kepada perokok tegar. Sudah menjadi trend masa kini, merokok merupakan 'style' mereka di bandar atau pun di kampung mahu pun felda milik kerajaan.

Kerajaan sedar bahawa industri 'rokok' menjadi suatu investment yang menguntungkan di mana sahaja. Siapa yang membuka kedai runcit tanpa menjual rokok adalah petanda rugi besar dalam perniagaan hari ini. Kat pasar malam pun boleh dilihat pelbagai jenis rokok yang tidak dikenakan cukai di jual dengan selambernye. Rokok merupakan sebahagian besar sumber pendapatan bagi golongan peniaga jalanan malah jualannya mampu mengalahkan kutipan jualan tiket filem "2 Alam" arahan DDR. Rokok menjadi teman kepada golongan petani mahupun nelayan yang sedang busan dengan kenaikkan harga minyak dan barangan hari ini. Ia diperlukan seolah manusia memerlukan nasi untuk bekerja keras.

Golongan wanita juga tidak terlepas daripada menjadi perokok tegar di Malaysia dan ia bukan lagi suatu trend yang membimbangkan kerana ia sudah menjadi budaya rakyat Malaysia. Hari ini ramai yang mencari rokok alternatif yang jauh lebih murah dan mampu menghilangkan 'sangap' terhadap asap yang mampu memberikan nikmat seperti Tongkat Ali itu.Malah rokok murahan mendapat tempat di hati perokok meskipun rasanya yang kurang enak seperti rokok import yang harganya kini tidak munasabah.Rokok bukanlah dadah yang mampu merosakkan akhlak mahu pun mendatangkan jenayah besar pada rakyat berbanding pengedaran dadah yang menjadi punca kehancuran ummat manusia.Maka tidak salah kalau beralih kepada rokok yang jauh lebih murah dan tidak dikenakan cukai yang melampau oleh pihak yang merasakan harga rokok perlu naik lagi seumpama harga minyak dunia.



p/s :rokok John merupakan rokok kedua termurah di bandar Kuantan selepas Nusantara.

0 comments:

Catat Ulasan