.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Ilmu

Rabu, 2 Februari 2011

      Ilmu itu tak pernah merugikan. Meskipun ilmu itu untuk duniawi mahupun ukhrawi. Jadikan ilmu sebagai pendinding yang mampu mengawal akal dan kewarasan disamping mengawal hawa nafsu yang bergelojak. Agama dicipta sebagai pelengkap kehidupan dan rezeki adalah kaedah menjalani kehidupan yang berbeza bagi setiap insan. Janganlah hanya mengharap dan hanya mengharap tanpa berusaha. Kadang-kadang sedikit usaha itu pun dipandang tinggi dan mampu menjamin kebahgiaan hidup seseorang di dunia ini. Semua itu adalah suratan takdir.
      Sifat sabar yang dianjurkan oleh agama begitu bermakna ertinya dan memerlukan masa yang panjang untuk didalami dan difahami secara holistik. Tetapi semua itu tidak perlu dirisaukan oleh kita kerana hidup kita adalah diri kita. Yang penting jangan tunduk kepada kegagalan yang lalu dan sentiasa mencari jalan dan ruang untuk keluar dari belenggu yang menghalang dari untuk berjaya. Ingat kembali kepada ilmu yang sering kita kaji suatu ketika dahulu, sejak kecil hinggalah bergelar seorang manusia. Nasib manusia memang tidak mampu diramal mahupun diubah, tetapi ia mesti dijalani dengan hati yang kudus dan bersyukur.
      Motivasi itu perlu. Ia umpama akal yang menjadikan manusia ini istimewa daripada makhluk yang lain. Bersyukurlah setiap kali mendapat pujian mahupun umpatan, kerana hidup ini tidak akan lari dari kesengsaraan yang tak terjangka. Lihatlah orang yang dibawah, kerana mereka mendapat rahamat yang lebih banyak berbanding mereka yang telah lama duduk di bawah. Tuhan itu tidak kejam cuma sikap manusia itu sendiri yang zalim sesama mereka. Renungkanlah nasib anda yang telah lalu dan jadikan yang baik itu sebagai tanda anda bersyukur dan pemangkin untuk bergerak selangkah lagi kehadapan. Tuhan sentiasa melihat hambanya yang sentiasa berdoa dan tidak putus-putus berdoa hinggalah keakhir hayatnya. Wallahuallam

0 comments:

Catat Ulasan