.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

SALAM AIDIL ADHA

Selasa, 9 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lebaran Aidil Adha kepada semua rakan-rakan yang lama mahu pun baru kenal. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan berjutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan juga cikgu-cikgu yang sampai hari ini masih memberi sokongan dan menjadi inspirasi dalam diri saya.

Saya juga ingin mendoakan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada seagama atau sebangsa mahu pun tidak, supaya tabah menghadapi satu per satu ujian yang melanda kita bersama sepanjang tahun ini. Allah sangat menyayangi hamba-hambanya.

Diharapkan juga kepada kaum seagama supaya saling ingat mengingatkan apa yang perlu kita sama-sama perjuangkan. Perjuangan belum selesai selagi kita tidak diizinkan Allah untuk berangkat pergi ke sana.

red_ayee

Kejatuhan Ekonomi Dunia (INFLASI)

Isnin, 24 November 2008

Baru-baru ini kita telah diberi penjelasan oleh Menteri Kewangan yang baru mengenai suntikan rangsangan fiskal bagi menghidupkan suasana pasaran yang stabil. Namun ekonomi dunia yang kian merudum sehingga ke paras yang kritikal boleh membawa perkara sama di pasaran Malaysia. Meskipun kadar inflasi negara kita berada pada tahap ringan namun ia kian meningkat saban hari. Sehingga hari ini kadar inflasi menunjukkan 7.6peratus di Malaysia. Inflasi berlaku apabila permintaan melebihi pengeluaran produksi dan menyebabkan pengeluar terpaksa menambah kuantiti keluaran dan secara tidak langsung terpaksa menaikkan nilai pasaran (harga) berikutan kenaikkan kos perkhidmatan. Selain itu juga faktor kejatuhan nilai mata wang juga akan mempengaruhi inflasi yang mana kos sara hidup semakin meningkat berbanding gaji yang diperoleh. Inflasi tidak akan menjejaskan pengusaha dan usahawan kerana mereka beroleh manfaat melalui inflasi yang terjadi, namun pengusaha kecil tidak akan mampu bersaing lebih lama dalam inflasi yang kian meningkat kerana kos pembuatan turut meningkat.
Red

RAHSIA TEH CINA

Jumaat, 26 September 2008

Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan. Bagaimana pun, air sejuk akan melikatkan minyak yang dimakan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.


*Penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Minum Cara Islam

Khamis, 25 September 2008

Amalan Nabi Muhammad s.a.w yang meminum air masak asli yang dicampurkan dengan madu lebah asli adalah satu formula kesihatan yang amat baik untuk dicontohi. Apabila madu lebah dicampurkan dengan sedikit air, ia akan menyerap masuk ke dalam darah di dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. (For Men of Understanding [2nd Edition]-Harun Yahya)

"Makan dan minumlah, jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang berlebih-lebih pada makan dan minum."

Penternakan Cacing,Lintah dan Belut.

Selasa, 10 Jun 2008

Kami telah melawat ke sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang mana menjadi agen atau pun pengantara bagi peserta yang menyertai program agrotek yang disediakan oleh syarikat Artsoulist Agrotek. Syarikat ini memperkenalkan gaya penternakan cara moden terhadap spesis yang tertentu yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti lintah, cacing dan belut. Seperti yang diketahui kesemua ternakan yang dinyatakan tadi adalah masih dalam kajian oleh beberapa penyelidik di Malaysia, namun produk hasil daripada haiwan tersebut ternyata mampu menarik perhatian pasaran di luar negara. Jadi syarikat seperti ini membantu peserta bumiputera yang berminat mendapatkan pasaran yang tetap terhadap keluaran bahan mentah daripada haiwan tersebut. Syarikat ini memenuhi syarat 4E yang menunjukkan nilai keusahawanan lestari yang semakin dikehendaki oleh kerajaan hari ini. Ia nyata membantu mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita disamping memberi pulangan yang lumayan.