.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

HE PLAY FOR PRIDE FOR GOOD PRICE - GOOD BYE MY HERO

Ahad, 26 Julai 2009



'Wish you found what you looking for and never look back again because you've make your right choice'

Manchester Nyaris Tumpas

Sabtu, 25 Julai 2009

Malaysia di Tangga ke-23 Pada Sukan Dunia


Kedudukan pasukan Malaysia melonjak ke tangga 23 apabila kontinjen negara berjaya memperoleh emas pertamanya dalam kejohanan ini menerusi Datuk Nicol David menerusi acara squash yang pada masa ini sedang dalam usaha untuk dimasukkan dalam Olimpik. Jika semua berjalan lancar maka pada Olimpik 2012 di London, Malaysia akan berpeluang cerah untuk berada di dalam senarai negara yang memiliki emas.

Selain itu Malaysia turut menyumbang tiga lagi gangsa menerusi acara yang sama dan salah satunya kemenangan percuma yang diperoleh Azlan Iskandar setelah lawannya Stewart Boswell menarik diri akibat kecederaan.

Malaysia Membanggakan Menentang MU

Sabtu, 18 Julai 2009

Keputusan mutakhir Malaysia 2-3 Manchester United.

Penjaring (MAS) Amri Yahyah 2 gol
(MU) W.Rooney, Nani, M.Owen

Kadar Tambang Teksi Mula Naik Kepada RM 3

Khamis, 16 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru untuk perkhidmatan teksi dengan tambang permulaan RM2 dinaikkan kepada RM3 dan 10 sen bagi setiap 115 meter atau sebahagian.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sekiranya teksi terperangkap dalam kesesakan dan kenderaan tidak bergerak, tambang RM3 dikenakan bagi tiga minit pertama dan setiap 10 sen bagi setiap 21 saat berikutnya.

Manek Urai - PAS Menang Majoriti 65 Undi

Rabu, 15 Julai 2009

Tahniah diucapkan kepada PAS yang telah memenangi kerusi DUN Manek Urai sebanyak majoriti 65 undi iaitu suatu jumlah yang sangat tipis. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan juga bahawa gelombang biru masih mempunyai kekuatan di negeri Kelantan dan menunjukkan bahawa pengaruh mereka masih ada meskipun tidak mampu untuk mengalahkan barisan kepimpinan Pas.

Kekalahan Barisan Nasional mungkin disebabkan kelemahan calon itu sendiri kerana tidak mampu untuk meyakinkan pengundi untuk memilih beliau. Sekurang-kurangnya jumlah beza undi ini mungkin akan dapat diubah pada pilihanraya umum nanti.

Diharapkan penduduk Kelantan mampu menilai hasrat murni kerajan pusat yang memerintah hari ini adalah demi untuk kebaikkan negeri Kelantan sendiri. Semoga kerajaan negeri Kelantan memikirkan apakah strategi baru untuk menghadapi masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia dan termasuk negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang lain.

Oleh: Farith Zainaldin

Sistem Barter dan Sistem Kewangan

Ahad, 12 Julai 2009






Hari ini dalam sejarah, duit atau pun wang merupakan salah satu benda yang bernilai meskipun ianya dalam bentuk kertas atau pun syiling besi timah. Hampir kesemua bidang dalam dunia hari ini memerlukan wang untuk mendapatkan sesuatu yang sama nilainya dengan wang yang kita miliki. Tetapi kadang-kadang terdapat juga barangan yang perlu dibeli tetapi nilai wang yang diperlukan adalah terlalu tinggi dan tidak relevan. Nilai mata wang negara-negara di seluruh dunia tidak berada di tahap yang stabil malah terdapat nilai matawang yang berbeza-beza meskipun negara tersebut berada bersebelahan dengan negara yang lain.

Kalau dahulu manusia meneruskan hidup dengan mengamalkan sistem barter iaitu saling bertukar barang dagangan untuk mendapatkan sesuatu barang yang mereka inginkan atau tidak pernah milikinya. Misalannya penternak ayam ingin menukarkan seekor ayamnya dengan secupak beras kerana mereka memerlukan beras sebagai bahan makanan manakala petani memerlukan ayam sebagai lauk harian mereka. Meskipun kadangkala nilai barang yang ditukar itu tidak memadai dengan barang yang ditukar tetapi ia merupakan sesuatu pertukaran bernilai dan boleh dikatakan sebagai situasi menang-menang.

Namun hari ini sistemnya juga masih tidak berubah kerana manusia masih lagi menukarkan sesuatu yang bernilai untuk digunapakai. Kini seluruh dunia telah menerima pakai sistem matawang sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelian atau "sistem barter". Secara teknikalnya sistem kewangan hari ini masih tidak banyak berubah dengan sistem tukar barang pada masa dahulu kerana masih terdapat perbezaan nilai yang wujud antara matawang setiap negara. Malah bagi negara miskin matawang negara mereka seolah-olah tidak membantu apa-apa untuk mereka meneruskan kehidupan harian.

Beralih kepada sudut harga yang ditawarkan untuk mendapatkan sesuatu keperluan hari ini, harga barang sentiasa meningkat sedangkan produk yang digunakan masih sama seperti dahulu, tiada apa yang lebih baik untuk ia di naikkan nilai harganya. Wujudnya pasaran seolah-olah membuatkan manusia tersepit di tengah-tengah sistem yang mereka tentukan. Semua orang ingin berniaga untuk mendapatkan duit dan akhirnya keuntungan itu akan dihabiskan juga kemudian hari tetapi kitarannya tidak kembali kepada petani, penternak atau pun golongan kerja bawahan ini malah keuntungan sesuatu pihak itu banyak disalurkan kembali kepada golongan atasan yang membuat 'complement business' yang menjadi 'keperluan' golongan atasan.

Orang miskin akan terus miskin manakala orang kaya akan semakin kaya. Kehidupan manusia hari ini semakin kejam kerana orang yang diatas sentiasa mengintai peluang mengambil kesempatan kepada golongan bawahan dan pertengahan. Kalau begitu lebih baik petani dan penternak hanya menjual barang mereka kepada golongan bawahan sahaja dan biarkan mereka menjalankan industri makanan golongan atasan sahaja. Tetapi disebabkan duit sekali lagi menjadi halangan bagi mendapatkan servis yang ditawarkan hari ini. Anak-anak petani dan penternak perlu dihantar ke sekolah dan duit diperlukan untuk membayar yuran dan gaji guru.

Sampai bila ketidakseimbangan ini akan berlanjutan. Tidak dapatkah pemimpin hari ini menterbalikkan kembali putaran songsang ini. Ilmu itu duit dan bodoh itu hina dan miskin. Bagaimana pula orang yang berilmu dan beriman tetapi memilih miskin menjadi kehidupan? Fikirkanlah.

Oleh: Farith Zainaldin

Harapan dan Pengharapan

Jumaat, 10 Julai 2009




Sekali lagi semester baru nak bermula dan aku memulakan langkah pertama ku dengan perlahan sama seperti aku baru mula-mula nak masuk darjah satu. Memang sesuatu yang memeritkan meskipun orang disekelilingku ramai yang tertawa dan berseloka. Aku yang terpaksa berada di tahun empat pengajian di universiti sedangkan ramai teman-teman lama dah mula berfikir untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya atau sudah mula berfikirkan tentang kerja dan keluarga.

Memang susah nak berjaya tambahan lagi yang kurang usahanya. Aku merasakan aku sudah berusaha tetapi memang tidak pernah cukup. Sebab apa terlalu banyak sangat halangan yang datang di dunia ini sedangkan hidup ini hanya satu pinjaman-pinjaman. Yang pandai, yang rajin, yang yakin serta yang istiqamah itu sentiasa mendapat redhanya sedangkan aku sebaliknya. Tetapi ia seolah-olah sudah sebati dalam kehidupan ku sebagai hambanya kerana kegagalan dan kehampaan ini terus menerus menghimpit kegembiraanku sejak aku masih belajar untuk belajar.

Kenapa agaknya? Aku tiada jawapannya dan aku teramat ingin ada yang datang kepada ku memberitahu apa sebenarnya. Kini aku cuma menanti surat jawapan yang tidak tiba di dalam peti surat jiwaku.Kenapa harus aku masih di sini, kenapa tidak sahaja aku terus di hantar ke sana. Persoalan yang tidak layak aku nyatakan kepada sesiapa pun.
Peluang itu sentiasa ada dan ia memerlukan usaha untuk menggapainya dan bukan sekadar berharap dan memberikan harapan.Jalan yang aku pilih sentiasa tidak kena dengan minda yang kosong ini. Semuanya terlalu asing dan membebankan sehinggakan aku tidak mahu lagi menoleh ke arah itu. Kebenaran, datanglah kepada dan berikan aku kelebihan tanpa kekurangan dalam jasad yang berasingan dengan rohnya ini.

Hari semakin senja dan matahari akan hilang lagi untuk sekian kali dan aku masih duduk di tempat yang sama menjadi kebingungan kenapa aku masih tidak mahu berganjak dari alam nyata. Semester baru, kehadiranmu hanyalah penuh dengan harapan dan pengharapan.

Oleh: Farith Zainaldin @ red_ayee

Pemasaran Internet Menerusi Program Affiliate

Isnin, 6 Julai 2009

Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi program affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya program affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna-pengguna internet.

Program affiliate adalah merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama diantara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.

Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan - kenalan
mereka. Mereka akan dikenali sebagai agen affiliate apabila bertindak menyertai program affiliate yang ditawarkan.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.

Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen affiliate. Anda boleh fokus dengan kerja-kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan-pelanggan anda.

Untuk membangunkan program affiliate, system affiliate adalah diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan program affiliate ini iaitu menerusi:

1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System

Terdapat pro dan kontra untuk kedua-dua kaedah ini. Kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar yuran setiap bulan.

Sekiranya kita menggunakan self-hosted affiliate system pula, kebiasaannya kita memerlukan kemahiran teknikal untuk memasangnya ke dalam laman web jualan kita.

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut tentang pemasangan system affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut di

red-ayee.blogspot.com

ikhlas,
[[Farith Zainaldin]]

DAP KEDAH KELUAR PAKATAN RAKYAT

Khamis, 2 Julai 2009


Meskipun cuma satu kerusi yang dipegang oleh DAP di negeri Kedah, namun mereka juga penyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di negeri tersebut untuk mengurangkan kuasa penuh yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional.

Isunya hanya disebabkan kerajaan negeri Kedah iaitu PAS yang mengambil tindakan untuk merobohkan pusat sembelihan babi yang menjadi hak milik kaum Cina di Kedah. Ia dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Alor Star yang terpaksa merobohkan pusat penyembelihan babi tersebut. Ini membuatkan kaum Cina di Kedah naik berang dengan tindakan tersebut.

Tindakan merobohkan pusat sembelihan tersebut wajar kerana ia mampu untuk mengelakkan masalah hari ini iaitu penularan selsema babi Influenza A H1N1. Namun ia telah menjadi satu permasalahan politik yang melanda Pakatan Rakyat. Mungkin hari ini berlaku di negeri Kedah tetapi bagaimana pula tuntutan dari parti komponen yang lain di beberapa lagi buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Bukan senang hendak memerintah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa. Hati rakyat perlu dijaga meskipun pelbagai tuntutan yang kurang disenangi oleh majoriti negara ini namun mereka juga telah diberikan hak untuk sama-sama untuk membangunkan negara bangsa Malaysia ini.

Sepatutnya rakyat Malaysia ini perlu meneliti terlebih dahulu sistem dan teknik yang telah lama digunapakai oleh Barisan Nasional dalam pentadbiran. BN bukan satu pakatan yang berasaskan Islam kerana ia mementingkan perpaduan dan pembangunan bersama. Namun Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai matlamat masing-masing yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri. Ini bukanlah pakatan rakyat tetapi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan, lebih baik mereka lupakan sahaja niat mereka untuk menakluk Tanah Melayu ini kerana orang Melayu telah pun sedar akan temberang yang dilakukan pembangkang. Nama pun pembangkang, kerjanya hanya hendak menghentam saja hinggakan Parlimen kacau bilau dan banyak isu yang tak layak dibincangkan di persidangan Parlimen terpaksa dilayan dan membuang masa.