.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Beban Sejuta Doa

Selasa, 31 Januari 2012

Beban
Doa yang terhimpun dihitung
Dibilang berkali-kali
Namun masih disitu
Kekal sebagai doa dan harapan

Beban
Seolah rasa ia tidak diperlukan
Namun dia juga tidak perlukan
Buat apa lagi kau terus menunggu
Menunggu kematian

Beban
Doa itu kau ulang berjuta kali
Namun jawapan sudah terhidang
Kau tidak mampu mengarah sesiapa
Apatah lagi mengawal diri kau

Beban
Semua itu tersembunyi
Tanpa ada yang mengerti
Meskipun kau panjatkan bantuan
Namun kau tetap di sini

Beban
Terasa hari tidak akan pernah reda
Dan kau juga tidak akan pernah redha
Dengan kesakitan yang kau rasai
Sudah berabad lama kau di sini
Menanti kepulangan doa

Beban
Usahlah kau menyendiri
Tiada siapa yang akan menghampiri
Jika kau masih begini
Biarkanlah yang lalu itu pergi
Bersama sejarah dan kenangan basi

Kini beban
Itu terasa berat dan payah
Tiada hidup seganas beban doa
Mensyukuri adalah jawapannya
Jadilah yang sedikit itu
Mungkin akan ada harapan kelak

BEBAN
Kau tidak mampu diterjemah
Kedalam alam yang serba payah
Kau cuma manusia susah
Yang hilang punca dan arah

Beban akhir
Bila lagi kau akan pergi
Jauh tinggalkan aku di sini
Meratap hari semalam yang syahdu
Menangisi setiap inci kepayahan
Melempar harapan yang kian pudar
Kau masih di sini.

Cerpen 5

Tidak pernah terfikir oleh dia untuk menjadi seorang penyampai radio apatah lagi deejay di kenduri kahwin atau pasaraya besar.Tapi kini dia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya penting dalam perusahaan sebuah stesen radio di dunia.Bagaimana mereka mampu untuk mendapatkan keuntungan berjuta-juta setahun hanya melalui iklan beberapa saat di dalam siaran mereka, samalah seperti iklan di televisyen namun di radio cuma suara yang kedengaran dan ia perlu sentiasa diulang tayang agar orang ramai sudah terbiasa dengan iklan tersebut.Di MediaMonitors dia belajar sebuah lagi pengalaman baru iaitu menganalisa iklan yang disiarkan di dalam stesen radio di seluruh pelusuk Amerika Syarikat.Bukan calang-calang siaran radio yang dia analisakan ia merupakan siaran yang berkumandang di negara yang teramai dengan manusia dan kuasa besar dunia.

Hari terasa semakin sukar di tempat baru namun dia perlu banyak belajar dan berusaha untuk mencari sesuatu yang dia sendiri belum tahu akan apa kesudahannya.Biarlah ini menjadi sebuah lagi pengalaman hidup yang belum tentu orang lain dapat rasakan disaat dia bakal menyambut ulang tahun usia yang ke jubli perak.Kini kehidupannya cumalah mencari sesuatu yang secocok dengan jiwa bukanlah mencari apa yang perlu untuk jiwanya.Dia masih belum matang tentang dunia ini kerana ia terlalu lapang dan meluas sehinggakan kita tidak akan mampu untuk sampai ke hujung dunia dalam masa setahun tanpa mengambil tahu apa yang tersembunyi di dalam setiap sudut alam ini secara mendalam.

Kehidupan seperti keluang yang hanya aktif di awal malam dan kembali pulang di saat makhluk lain sedang mula untuk melelapkan mata menunggu mentari esok hari.Sempat dia mengimpikan orang yang dia sayang namun dia terasa sedih kerana tidak mampu memberikan hatinya gembira lagi.Inilah sebuah harga kehidupan yang tidak dapat dinilai oleh sesiapun melainkan dengan ihsan kuasa Yang Maha Kuasa.Mata semakin kuyu namun dia masih mahu melayan kepekatan malam yang hening ini.Biarlah dia merasakan betapa sunyinya malam meskipun ia dikongsi bersama puluhan ribu manusia yang lain.Sambil mendengar siaran radio dari shoutcast radio dia masih mampu mengheret kepenatan dia agar sedikit leka.

Baru-baru ini dia ada mendapat pesanan ringkas daripada mama di kampung yang menyatakan ada saudara dia yang mengirim undangan untuk ke walimahnya.Namun apakan daya, Kuantan itu terasa sungguh jauh untuk diharungi hanya untuk merasa sepinggan nasi kenduri.Namun sebuah harapan dan doa dia taburkan kepada pengantin baru itu agar mereka bahagia dan kekal ke akhir hayat.Entah bila pula akan  tiba giliran dia.Selagi belum ditakdirkan masakan semua itu akan berlaku lebih awal kerana setiap jodoh itu adalah dibawah perkiraan tuhan.Tiada yang dapat merancang betapa bahagianya manusia itu setelah mendirikan rumahtangga namun kesempatan itu bukanlah suatu jaminan yang telah dihadiahkan tuhan kepada mereka yang berkenaan.

Sayu apabila dia mendapat perkhabaran sedemikian, apatah lagi saudara itu sendiri yang ingin benar dia hadir ke hari bahagia beliau.Biarlah semua itu menjadi kenangan saudari tanpa kehadiran dia di majlis tersebut.Masih banyak hari kalau ingin dihitung dan masih sempat lagi kalu ingin dikirakan, tiada yang mustahil dalam hal yang sedemikian.Simpanlah rasa gentar itu dan lahirkanlah rasa kasih yang telah diberikan tuhan itu.Semoga ke anak cucu akan berkekalannya bahagia itu.

Cerpen 4

Jumaat, 27 Januari 2012

Jam menunjukkan 8.30pagi,dia masih lagi berada di bawah selimut.Hari baru dan harapan baru buat dia dan juga keluarga yang berada di kampung.Berita gembira ini masih lagi belum dikhabarkan kepada mama dan abah di kampung namun mungkin dalam masa yang terdekat dia akan menghubungi mereka untuk berkongsi rasa gembira ini.Sudah hampir setahun dia tidak mempunyai kerja tetap namun kini meskipun gaji yang ditawarkan sedikit namun sekurangnya dia masih mampu untuk berdikari untuk meneruskan kehidupan sebagai anak perantauan.Perkara yang bermain di kotak pemikirannya adalah untuk melangsaikan semua hutang yang telah dipinjam terutama daripada kawan-kawan yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan di saat dia benar-benar memerlukan pertolongan daripada mereka.

Mungkin tuah tahun baru membawa dia sampai ke sini.Namun masih ada masalah untuk dia terus fikirkan.Berikutan usia yang semakin lanjut,dia masih tercari-cari teman hidup untuk dijadikan isteri.Meskipun telah ketemu bidadari yang diimpikan namun bidadari itu bukanlah milik dirinya.Itu antara doa yang paling panjang dan paling lama dalam hidup dia untuk terus menunggu dan berharap kepada tuhan yang Maha Kuasa.Biarkan waktu menentukannya,namun usaha akan tetap dia lakukan.Mati cuma sekali dan hidup kita akan berlaku dua kali.Jauh dalam sudut hati dia,terasa begitu sunyi namun apakan daya dia sendiri memlih untuk hidup sedemikian.Matlamat yang ada cuma untuk memliki seorang wanita yang benar-benar dia sayang dan boleh kasihi dalam masa yang lama.Ke mana sahaja dia pergi ada sahaja wanita yang sukakan dia namun dia tidak mampu memberikan harapan yang palsu hatta memaksa diri untuk menyukai apa yang dia tidak minat.Dia begitu memilih tetapi punyai sebab.

Dia dilahirkan sebagai seorang manusia yang tabah namun tidak tetap pendirian.Dia seringkali berubah hati,disebabkan itu dia hanya ingin mencari pasangan hidup yang benar-benar mampu menggoncang jiwanya sahaja kerana dengan adanya begitu dia akan lebih menghargai dengan apa yang dia miliki.Kalau ingin mencari wanita yang moden dan bekerjaya,mereka lebih memilih harta dan rupa untuk dijadikan ukuran.Mereka inginkan kehidupan yang mewah yang mereka juga tidak pernah kecapi semasa kecil.Adat menjadi wanita cantik dan bekerjaya.Namun bilangan yang benar-benar tidak kisah itu masih belum pernah dia temukan.Masa yang ada sudah semakin sempit dan menghimpit hidupnya kini.Dia mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada adik-beradiknya yang lain,dia benar-benar ingin membantu keluarga kecilnya.Semoga tuhan akan sentiasa melimpahkan rezeki yang tak terhingga kepada dia dan keluarga kecilnya.

Dia pernah merasakan tertekan sebelum ini dan mendapatkan khidmat kaunseling daripada doktor namun masalah itu dijadikan tuhan untuknya.Dia terpaksa redha dengan segala ketentuan yang telah diciptakan buatnya.Masih belum terlambat untuk menyusun kembali perancangan hidup untuk 100 tahun yang akan datang.Itu yang dia perolehi dari pengalaman yang ditimba sepanjang mencari kehidupan yang terlalu memeritkan buat dia.Dia kini telah meninggalkan kawasan Batu Caves dan kini berkelana ke Putrajaya mencari sesuap nasi untuk dijadikan semangat untuk meneruskan hidupnya kembali.Angin baru dan suasana baru ingin dia lalui agar dia lebih mesra dengan kehidupan baru tanpa keluarga di sisi.Satu persatu pengalaman yang dia cari mengajar dia agar bukan sahaja tabah namun bersyukur kepada yang Maha Kuasa.

Dia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang baik.Dia kini perlu berusaha lebih keras untuk menjadikan dirinya beriman dan terus mengekalkan momentum tersebut.Laungan azan bakal berkumandang dan dia harus segera bersiap ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat berjemaah di Masjid Besi,Putrajaya.Semoga dia mampu melakukannya.

Cerpen 3

Khamis, 19 Januari 2012

Sambil bermalas-malas di atas katil akhirnya dia terlelap,mungkin kepenatan yang amat sangat.Selang beberapa jam dia bingkas bangun dan jam menunjukkan jam 2 pagi.Dia bangun dan terus solat bagi tidak mensia-siakan waktu pagi yang jarang ditemui setelah tidur.Jiwanya terasa tenang tetapi dia perlu kekal sedih bagi meraih simpati tuhannya.Sedih itu ubat bagi hati yang keras dan air mata itu membawa bersama kepenatan serta kesusahan yang ada dalam dirinya.Sebelum ini,dia sering berdoa agar apa yang dihajati selama ini kekal dalam senarai tuhan.Tapi biarlah masa yang jadi penentu semoga dia sentiasa mendapat rahmat dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Angan-angan tidak pernah pudar dari pemikirannya,malahan itu adalah sumber kekuatan yang tiada sesiapa yang mampu berikan di saat dia benar-benar ingin merasakan semua itu.Doa buat ibu bapanya di kampung serta adik-adik yang sedang meningkat dewasa tidak pernah lekang dari pemikirannya juga meskipun mengelamun entah sampai ke mana.Adiknya perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini membuatkan dia rasa bersalah kerana tidak dapat membantu adiknya di saat untuk belajar mencari kehidupan.Sudah menjadi resmi keluarga mereka untuk mencari sendiri apa yang harus dilakukan sendiri bagi meneruskan kehidupan yang tidak menentu dan dalam serba kekurangan dari segi moral dan fizikal.Adiknya mungkin belum mengerti mengapa si abang berada jauh dari pandangan mata,kerana si abang tidak mahu adiknya melihat kegagalan abangnya yang bersusah payah untuk mencari rezeki di ibukota.

Sesuap nasi dan berlaukkan telur bersama kuah kicap dari botol kicap manis sering menjadi juadah utama dia ketika saat memerlukan tenaga.Namun itu sudah cukup buatnya untuk kembali bertenaga kemudian setelah seharian menghabiskan tenaga yang semakin menipis.Dia jarang mendapat merasa juadah yang disediakan oleh si ibu dek kerana ibunya yang sering membeli lauk dari kedai kerana kesuntukan masa untuk memasak setelah sibuk bekerja dan membantu sang ayah dalam menyara keluarga.Itulah nasib tiga beradik ini semenjak kecil dan sudah sebati dalam kehidupan mereka untuk tidak mengharapkan bantuan sedemikian melainkan kewangan kerana itu sahaja yang menjadi keperluan dalam menghadapi kehidupan di zaman ini.Susah senang tidak dikongsi dalam waktu yang sama,tetapi semua itu akan datang sendiri menjadi darah daging mereka sekeluarga.Apa yang mereka impikan adalah sekadar kebahagian sementara nyawa masih dikandung badan.

Adik lelaki dia yang bekerja sebagai orang suruhan hanya mampu meminta sedikit wang dari abang kerana gaji yang diperolehinya hanya sempat dimamah sebelum tengah bulan.Sebenarnya tuhan telah menguji mereka semua dalam pelbagai arah supaya mereka beringat akan mengapa mereka harus merasakan semua itu sedari kecil lagi.Itulah didikan secara tidak langsung dari sang pencipta alam semesta.Air mata mengalir lagi,cerita ini begitu mendatangkan kesan kepada si penulis yang terasa berat untuk menyatakan langkah seterunya buat dia.Apakah mungkin dia juga menangis sama seperti semua,dalam kesepian hidup dan ranjau yang tidak berkesudahan ini.Apa mungkin sempat dia mencari sesuatu untuk dibalas buat kedua orang tuanya di kampung halaman.Ada sesetengah orang mempertikai kehidupan mereka lebih beruntung daripada orang susah yang lain.Namun orang tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga besar dia yang begitu menyayat hati sehinggakan seolah jika seluruh dunia melihatnya mungkin akan turut sama mengalirkan air mata darah yang tidak akan henti-henti.

Dia sering merasakan tidak bersemangat dalam mengharungi hidup ini lagi,tetapi dia harus cekal menghadapi semua seperti yang dikehendaki takdir buat mereka.Selang beberapa lama lagi, ibu dan ayah akan bersara dan mereka tiga beradik tidak akan dapat merasa apa itu kesenangan melainkan terus berusaha sedari sekarang bagi menampung baki kehidupan yang tinggal.Cukuplah hanya mereka sekeluarga merasakan terpisah dan merasakan kekurangan dari segi kasih sayang namun, apa yang tidak ditunjukkan di depan mata bukanlah bererti semua itu hanyalah ujian dari tuhan yang ingin mereka tahu apa yang patut dirasakan.Di sini mereka bermula dan di sini juga akan menamatkannya.

Cerpen 2

Sabtu, 14 Januari 2012

Air pasang pada waktu pagi mengingatkan dia kepada suasana ketika di kampung.Pantai Sepat yang menjadi destinasi di waktu pagi untuk menghirup udara segar di waktu pagi cukup mensyahdukan.Dia terngiang-ngiang kepada kampung halaman yang terlalu lama ditinggalkan.Jarang sekali dia dapat pulang pada waktu kini.Semuanya kerana tuntutan kehidupan yang memaksa manusia untuk terus mencari sumber kewangan hatta terpaksa bekerja ketika manusia lain masih asyik dilambung mimpi ketika hari minggu.Shhhh...shhhh...pantai sekali lagi dipukul ombak tenang.Bunyi alunan yang begitu mendamaikan manusia yang sentiasa mendengar deruan kereta dan hentaman manusia rakus membesarkan rumah di kotaraya.

Berbekalkan duit hasil gaji sebagai seorang guru tuisyen,tidak banyak mampu dibeli melainkan nasi lemak RM1 yang dibeli setiap kali melewati kedai rokok yang selalu dikunjunginya.Itulah makanan paling murah untuk bersarapan dan sebelum berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai warga kota.Masih lagi di awalan bulan dan kantung koceknya sudah mula layu ditiup angin pagi.Itulah nasib sang pria kesempitan.Tiada lagi usaha untuk berusaha lebih bagi menyara hidup meskipun dirinya bergelar seorang graduan dari universiti tempatan yang ulung.Zaman itu telah pun berlalu dan dia membawa haluannya jauh dari rakan-rakan yang meninggalkannya.Biarlah,laluan yang dipilih itu adalah suatu yang tidak dijangka oleh sesiapa pun melainkan tuhan pemerintah alam.Kalau tiada yang kaya masakan ada istilah miskin.Miskin duit bukan bererti semuanya kekurangan,namun mungkin semuanya belum teratur seperti yang dimahukannya.

Dia membilas tubuh dengan air pancuran yang dingin umpama ais batu, dan seluruh tubuhnya menggigil kesejukan.Muka yang tadinya masam dipenuhi air liur kini kecut setelah disimbah ais pagi yang kejam.Nasib baik air dari tangki takungan itu tidak sesejuk air takungan di kampung yang mana lebih sejuk tatkala musim hujan menjelma.Sekarang mungkin musim banjir di pantai timur, yang mana ramai rakyat akan ditempatkan di dalam keadaan menumpang rumah sanak saudara dan pusat pemindahan.Itu sebuah fenomena biasa di kampungnya.Tasik yang menjadi penghias akan melupakan dia seketika kepada keseronokan ketika berada di kotaraya.Apa yang menyeronokkan sebagai seorang yang tinggal sendirian dicelah-celahan batuan kota yang busuk dan bising dengan pencemaran.Mungkin itu balasan kepada warga kampung yang hidup tenang semasa kecil dan kini terpaksa merasakan suasana bandar yang telah manjadika warga kota lebih bertamadun kononnya.Sebatang rokok Canyon dinyalakan setelah selesai solat subuh dan bersiap untuk bertugas pada jam seterusnya.

Melayan nafsu pagi yang melemahkan dan rasa malas membuatkan dia acapkali terlewat berlepas dengan LC135 nya ke Bukit Kiara.Laju dia meluncur sebelum masih sempat 'punch card' yang hampir merah.Akhirnya dia mampu melakukannya sekali lagi.Itulah dia seorang sukarelawan yang setia sunyi dalam ruang legar Pusat Sains Negara yang tak pernah lekang dengan pengunjung terutama di hujung minggu.Bermulalah 'Just Science It', kata-kata yang separuh memberi harapan dia untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pencinta negaranya.

Cerpen 1

Sabtu, 7 Januari 2012

Sudah lebih dari tiga tahun dia menetap dan menumpang di situ.Rasa sedih, malu dan sengsara sudah menjadi asam garam dalam kehidupan di pinggir ibu kota menjadikan dia semakin tabah dan cekal.Merantau sedari alam belajar di universiti membawa seribu satu kenangan kepada dia dan hidupnya.Kini semua itu sudah ditanggung buat selamanya dalam rutin hidupnya.Seawal pagi, dia bangun dan menunggang motorsikal yang baru dibelinya tahun lalu menjadikan teman hidup yang setia pada saat ini.Sepi hidup di kotaraya sudah lali buat dia mengharungi alam yang penuh mencabar.Demi sesuap nasi,dia tekad untuk tidak menyusahkan ibu dan ayah yang masih mampu untuk membantu sedikit sebanyak ketika semasa susah.Namun kehidupan begitu tidak memberikan apa-apa jaminan dalam dunia.

Adiknya yang masih memerlukan kasih sayang seorang abang yang dihormati terpaksa disembunyikan dalam hati.Jauh dari sanubari ingin berbakti dan membalas jasa kedua orang tuanya, namun apakan daya dia hanya mampu menunduk menjauhi langit, takut akan awan mendung berarak lagi membawa petir dan hujan.Begitulah bagaimana dia hidup setelah merasakan mati hampir sedekad yang lalu.Rasa cinta yang dahulu menjadi penguat diri kini cuma tinggal angan-angan dan bayang yang tak bertepi.Terasa diri itu bukanlah dirinya,cuma takdir yang berkata sedemikian.

Di dalam peti ais cuma ada 3 biji telur yang masih belum dimasak, manakala dalam almari tinggal beberapa bungkus maggi dan tin sardin untuk menjadi bekalan disaat susah datang tak henti-henti.Disebabkan itulah dahulunya berat badan hampir mencecah 74 kilogram dan kini cuma tinggal 62 kilogram sahaja.Nak dikatakan sakit, tidak, namun akibat kesempitan dan kekurangan menjadikan dia antara penghuni miskin bandar.Disebabkan itu, dia masih mampu bertahan dengan gaji yang tak seberapa hasil titik peluh bekerja siang dan malam hanya untuk mengisi rutin hariannya sebagai seorang insan kerdil.Motivasi diri didapati daripada hasil kumpulan video Ustaz Dr Asri yang dimuat turun olehnya dari Youtube sedikit sebanyak memulihkan semangat yang kian pudar itu.

Dia kadang-kadang merasa kecewa dengan ketentuan tuhan namun dibiarkan sahaja agar dia tidak merasa sedih lagi.Kerja sebagai orang suruhan tanpa keseronokan tidak menjadi penghalang kepada kesukaran itu namun segalanya takdir ilahi supaya bersedia menghadapi hari yang lebih sukar.Kadang dia termenung seorang diri di dalam bilik air mengenangkan nasibnya yang sebegitu, tapi dia tidak mampu untuk mengubah semuanya menjadi keajaiban yang gembira dihujung penceritaan ini.Cerita tentang kebenaran yang ditu;is pendek untuk mereka yang simpati.Biarlah oramg disekeliling mencemuh dan mengeji, mereka tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada pegangan hidup ini.Alhamdulillah hirabbil allamin.

Syukur dia ditikar sembahyang mencari ketenangan hakiki.Selesai solat fardhu isyak dia terbaring keletihan dan terus mendengus kepenatan seperti lembu yang baru disembelih.Dalam tak disedari mengalir air mata lelah dan kecewa dengan apa yang dia telah usahakan selama ini.Teringat dia kepada akaun bank yang ingin dicari tadi bagi melihat sama ada duit gaji bulan ini sudah diterima atau belum.Mujurlah ada kawan sejati yang sanggup membantu dan berada di sisi di saat susah dan senang.Ahha...gaji bulan ini sudah masuk meskipun tidak banyak tetapi sekurangnya masih mampu untuk membeli keperluan dan membayar bil bulanan yang sudah semakin banyak tertunggak.

Kalau diizinkan tuhan mentari esok akan bersinar lagi dari arah timur seperti biasa, cuma cuaca mungkin sedikit berubah.Tekanan hidup di alam kecil dan remaja terbawa-bawa hingga ke hari ini.Banyak garam dari gulanya.Itulah bagaimana diterjemahkan hidupnya kepada umum untuk pengetahuan semua.

Realiti Insan

Isnin, 2 Januari 2012

Aku sudah semakin jauh untuk pergi,
Jauh yang takkan kembali,
Jauh, benar-benar jauh dari realiti,
Realiti alam yang manusia jadi penghuni

Impian terus menjadi impian
Impian yang kekal dalam hati
Impian seorang raja bumi
Raja sunyi yang sepi

Disimpan rasa dalam-dalam
Dibuang jauh angan dan cita-cita
Dalam pekat malam dia mengalir air mata
Air mata suci lagi murni

Disangka akan dimakbulkan
Tetapi cuma bayang yang tiba
Semakin hari lemah tak bermaya
Menunggu sakit menjadi derita

Raja realiti itu kini sakit
Sakit luar dan dalam
Mencari sinar ketemu kelam
Mencari ubat berganti racun

Racun berbisa sukar diubat
Penawar gagal untuk dicari
Luka itu semakin dalam
Pedih bernanah menyelubungi diri

Menulis Beta dalam gering
Dipos ke dalam ruang maya
Masuk ke peti tak bernombor
Dibaca oleh sang misteri

Dibalas jasa tak sama
Dibayar hutang tak langsai
Dihimpit dunia yang kejam
Didunia realiti dia bermimpi

Mimpi bukan ilusi
Realiti bukan angan-angan
Menjadi dia keliruan
Mencari jalan kebenaran.

Selamat Tahun Baru 2012

Ahad, 1 Januari 2012

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 dan mengalu-alukan kedatangan tahun baru 2012.

Tahun 2011 yang begitu memberikan impak yang mendalam dalam hidup aku untuk sepanjang tahun dan menunjukkan betapa banyakknya kejadian dan peristiwa yang tidak aku ingini berlaku dalam sepanjang tahun 2011.

Semoga tahun baru 2012 kali ini membawa lebih seribu erti dan penghayatan baru yang boleh aku rasai untuk menuju kejayaan yang lebih gilang gemilang.

Selamat Tahun Baru 2012...