.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Bila Bulan Berbicara Senang

Isnin, 11 April 2011




Bulan seolah menari riang
Bintang seakan lampu gemerlapan
Jantung berdegup mengikut irama
Jiwa melayan perasaan diri

Fikiran masih melayang terbang
Hinggap di destinasi tak pasti
Bagi melepaskan lelah kepenatan
Mencari tenaga untuk terbang lagi

Dapatkah dirasa apa yang mendatang
Dapatkah di teka apa yang dicari
Mungkinkah ini Cuma mimpi
Rekaan minda dan hati

Tuhan menjadi tempat bergantung
Segala harapan dan kekecewaan
Yang pasti hidup ini kuteruskan
Walaupun tanpa halatuju yang nyata

Sering bertanya ke mana aku selepas ini
Adakah terus berhenti atau mencari
Melewati masa yang tak kenal henti
Melangkaui batasan yang tak bertepi

Jalan yang lurus itu terasa berliku
Tidak tahu yang mana satu
Yang harus ku tuju
Melainkan kupejam mata
Dan celik kembali setelah

Hari baru bulan baru
Namun masih sama
Hati masih lagi bercelaru
Mungkinkah kesilapan lalu kini
Cuba menghukum diri ini
Dengan gaya yang tersendiri

Kau jangan pernah lelah menanti
Aku akan sentiasa di sini
Wahai hati yang tidak pasti
Akan ku hiburkan dengan sejati
Selagi mata belum terkatup mati

Minda bermain girang
Tangan masih lagi pantas memintas
Apa yang masih terkenang
Usah dilupa walau cuba dilupakan
Terasa dahulu sehingga kini
Masih menjadi pengubat hati

Jangan pernah mengaku kalah
Kerana gagal itu tiada makna
Di Alam yang indah ini
Kau masih mampu tersenyum
Walau aku masih merasa sedih
Tatkala perasaan merayu padamu
Pulangkan nostalgia kita dahulu.

Kesan Penjajahan

Jumaat, 8 April 2011


Kesan Penjajahan

Lagi empat bulan menuju kepada bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 tahun, Malaysia masih lagi menjadi sebuah negara yang ingin melonjak naik dan mencari nama dipersada antarabangsa. Pilihanraya demi pilihanraya negara majmuk ini tidak lari daripada kesan yang ditinggalkan oleh penjajah yang masih menular dalam system pemikiran rakyatnya. Setiap kaum di Malaysia cuba menuntut hak yang mereka rasa mereka tidak dapat dan tidak dilayan dengan sepatutnya. Dalam sibuk mereka menuntut keadilan mereka tidak menjangka ekonomi negara Malaysia sedang memacu laju berbanding sepuluh tahun yang lalu. Meskipun negara ini tidak mampu menyaingi negara maju berdasarkan pencapaian ilmu sains dan teknologi, namun pemimpin negara ini cuba mengalih minda kita kepada menjadi pengguna teknologi yang aktif dan berdaya saing. Kita boleh berbangga dengan pencapaian anak tempatan yang telah mampu menguasai bidang teras seperti doktor, jurutera, akauntan, ahli perniagaan, dan juga ahli politik. Semua itu merupakan indikator yang memastikan dan menilai secara langsung pencapaian yang dicipta oleh pemimpin kita yang terdahulu.
Namun dalam sibuk kita bersaing dengan pelbagai negara serantau masihkah ada kekangan lapuk yang masih menjadi persoalan dalam negara yang aman dan harmoni ini. Kita semakin melupakan sejarah dan kita semakin aktif mencari dan mencipta sejarah baru demi kelangsungan semangat patriotic kepada negara dan bangsa masing-masing.
Ingin saya timbulkan beberapa persoalan dan jawapan secara kasar daripada apa yang saya fikirkan menurut pemerhatian seorang yang pasif dalam bidang kemajuan ini.

1)Adakah Malaysia benar-benar pulih daripada kesan penjajahan?

Setelah 54 tahun kita cuba memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi melalui rundingan bersama pihak penjajah Inggeris satu ketika dahulu, kita sebenarnya masih terikat dengan sentiment kekitaan dan perkauman yang disangka tidak akan ada kesudahannya. Lihat sahaja parti politik yang memerintah kerajaan Malaysia, mereka tetap dan akan terus mempertahankan unsur kaum seperti yang wujud dalam parti komponen Barisan Nasional. Semua ini tidak akan boleh diubah sekiranya kaum majority di negara ini ingin terus kekal dalam penguasaan mutlak terhadap semua bidang teras yang menjadi tunjang kemakmuran dan kekayaan negara Malaysia. Saya tegaskan sekali lagi tidak akan mungkin negara ini akan wujud hanya dengan satu warganegara dan bangsa Malaysia tanpa merujuk kepada nasionalisme dan kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Maka wujudlah istilah “Bahasa Jiwa Bangsa”.

2)Adakah kemerdekaan selama 54 tahun telah mematangkan rakyat?

Kematangan rakyat adalah dari segi kesedaran ekonomi dan pembangunan sahaja. Namun persefahaman antara kaum masih lagi menjadi tajuk utama perdebatan malah semangat ini tidak akan luntur walau  pun sehingga titisan darah yang terakhir. Rakyat disogokkan dengan perpaduan yang akan menyatu-padukan sesama rakyat tetapi secara realistiknya, orang Melayu sebenarnya masih gagal membuang sikap benci terhadap kaum lain namun kali ini dari segi keintelektualan dan penguasaan ekonomi. Rakyat masih lagi berfikiran bahawa selagi ada Raja Berpelembaga negara ini akan terus dikepalai oleh kaum Melayu. Sistem ini sahaja yang patut dibanggakan sejak zaman kemerdekaan dahulu, namun dari segi politik dan ekonomi sebenarnya Melayu begitu bergantung kepada ahli politik yang mana hari ini golongan itu menjadi semakin lemah dan semakin tunduk kepada desakan rakyat jelata yang boleh dikatakan sudah “berilmu pengetahuan luas”. Mereka rasa terancam jika ‘perniagaan’ mereka ini diambil alih oleh golongan kaum lain yang bukan Islam. Melayu tidak menguasai ekonomi kerana mereka telah di didik oleh Islam supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai jua bidang yang dibangunkan. Tetapi nilai sebegini tidak mampu memberikan pelajaran berguna kepada yang bukan Islam yang mana mereka lebih rakus dalam mengaut kekayaan dan kemewahan yang cuba disimpan.
3)Siapakah pemimpin sebenar yang layak dijulang?

Bagi pendapat peribadi, semestinya Tun Dr. Mahathir yang menjadikan Malaysia sebagai negara membangun yang sedang maju tanpa mengancam sistem ekonomi negara luar yang ingin masuk campur. Meskipun Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan berparlimen, kehebatan Tun Mahathir menolak sebarang bantuan kewangan dari negara luar membuktikan negara ini mampu melangkah sendiri menuju kemajuan yang ingin dikecapi. Hanya politik sahaja yang mampu untuk menjadikan impian rakyat satu realiti, tetapi rakyat juga penyebab kepada sistem ini hancur dan berpecah belah. Sikap tamak dan tidak sedar diuntung rakyat sebegini menjadikan sistem politik kita haru-biru. Begitulah kata-kata Tun Mahathir “Melayu Mudah Lupa”.

4)Mungkinkah konsep 1Malaysia dapat meyatukan kaum majmuk di negara ini?

Sebenarnya ini hanya sebuah doktrin pemimpin terkini yang ingin menagih kembali kepercayaan rakyat bukan Melayu . Sukar untuk dibahaskan tetapi sekurang-kurangnya masih ada usaha untuk menyatukan rakyat sejak turun temurun lagi. Isu ini tidak dipandang tinggi di negara di kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak) kerana mereka telah lebih dahulu dipimpin oleh pelbagai suku dan kaum sehinggakan mereka sudah lali dengan polemik politik ini. Yang mereka masih harapkan kemajuan di atas hasil bumi yang mereka miliki masih belum tiba meskipun sudah 10 penggal negeri tersebut menjadi penyumbang kerusi terbanyak dalam kemenangan kerajaan Barisan Nasional. Konsep yang diperkenalkan ini sebenarnya rentetan daripada perdana menteri yang lalu dan cuba diguna semula, tetapi waktu yang dipilih memang sesuai dengan masa dan keadaan. Tapi sesetengah kaum bukan Melayu menjadikan konsep ini sebagai jalan pintas untuk mereka memperoleh sedikit keistimewaan dalam pentadbiran dan kemudahan yang mereka inginkan. Tak mengapalah sekiranya itu suatu yang menjadikan kaum Bukan Melayu ini faham dan mengerti akan apa sebenarnya yang ingin dicapai dalam sistem Raja Berpelembaga di negara ini.

5)Dimanakah nilai Islam yang menjadi tunjang asas pembentukan negara Islam?

Semakin maju negara itu semakin agama di nombor duakan. Percaya atau tidak, semakin ramai rakan yang saya kenali di alam pekerjaan, semakin saya tahu lebih ramai lagi yang tidak mengendahkan tuntutan agama supaya mendirikan solat. Itulah kuasa dunia dan penguasaan ekonomi. Setiap masa bekerja tidak boleh dibuang kerana syarikat membayar gaji mengikut waktu yang kita diperlukan. Waktu solat menjadi tidak fleksibel dengan waktu di tempat kerja. Faktor tiada kemudahan musolla yang berdekatan membuatkan bos yang bukan beragama Islam melarang penganut Islam membuang masa berjalan jauh semata-mata untuk menunaikan ibadah terpenting dalam agama kita. Mereka bimbang ada diantara kita mempergunakan kesempatan ini sebagai alasan untuk melarikan diri dari tempat kerja.
Dari faktor kehakiman, kesemuanya memerlukan bukti yang lengkap dan saksi yang jelas untuk layak menjatuhkan sebarang hukuman kepada si pesalah. Bagaimana pula kes yang hanya melibatkan fitnah besar atau kes yang tidak mempunyai bukti dan saksi yang kukuh? Semuanya menjadi tertangguh bertahun-tahun dan cerita sudah menjadi semakin menyimpang. Kalau menurut Islam Allah Maha Mengetahui dan sebagai hamba kita seharusnya menjatuhkan hukuman berdasarkan ijmak orang yang paling dipercayai ilmu agamanya. Bukan dengan mewujudkan ahli jawatankuasa baru untuk meneliti semula faktor jenayah yang dilakukan dari sudut pandangan yang lain semata-mata. Insyallah semuanya akan diberkati jika dihukum mnegikut pandangan Islam yang betul. Maka tidak akan wujud atau sekurangnya berkuranglah penyelewengan semasa bertugas yang melibatkan kewangan yang banyak.

6)Kemana halatuju institusi pengajian tinggi negara dan kemana arah memacu graduan yang semakin bertambah?

Ilmu itu penting, tetapi memanfaatkan ilmu itu lebih penting. Ingin mencari pekerjaan berdasarkan apa yang dipelajari pada hari ini bukan lagi suatu yang mungkin. Malah lebih ramai yang bekerja dari luar bidang malah lebih ramai lagi yang berilmu dari bidang yang tiada pengkhususan. Siapa yang ingin dipertanggungjawabkan dalam soal membela graduan yang tidak mencapai taraf pendidikan yang diuar-uarkan. Mereka mempunyai tanggungan hutang yang sama malah mungkin lebih daripada pelajar yang cemerlang tetapi mereka tetap berada di bawah paras yang membanggakan oleh syarikat yang menawarkan kerja. Itulah faktor yang menjadikan graduan menganggur. Golongan politik tidak memandang ini dari sudut yang adil. Mereka hanya melihat pelajar yang cemerlang tetapi tiada daya saing untuk diperdebatkan. Bagaimana pula pelajar yang kurang cemerlang dan masa yang sama turut tidak berdaya saing. Adakah mereka akan mati buntang kelemasan dalam arus yang semakin menekan ini. Tekanan mereka adalah lebih berbanding graduan yang cemerlang. Bukan salah graduan memilih kursus yang mereka tidak minat atau mengerti tetapi lebih kepada disumbang oleh sistem pendidikan itu sendiri yang menyukarkan mereka mencari ‘back up plan’ setelah mereka gagal untuk mencari bidang yang sesuai. Para pemberi kerja juga harus memahami masalah ini, situasi menang-menang haruskan ditonjolkan dalam membantu golongan ini. Jangan mensia-siakan golongan yang berilmu tetapi berikanlah mereka harapan kerana mereka amat memerlukan sokongan di saat getir sebegini. Mana perginya golongan pemikir atau kaunselor yang mampu memberikan bantuan percuma dalam mengatasi masalah ini daripada terus menghambat kelembapan tadbir urus yang tidak cekap. Renung dan usahakanlah.

6)Apakah fungsi kementerian yang bukan berasaskan ekonomi dan perhubungan dalam dan luar negara? Mampukah kementerian yang bukan teras ini ditadbir dengan cekap?

Semakin banyak kementerian yang diwujudkan bagi meringankan lagi kementerian yang telah sedia ada. Tapi apakah ianya berhasil dalam membantu dari sudut yang diinginkan oleh pemimpin. Duit belanjawan sentiasa dikeluarkan bagi menyokong pelbagai program yang dianjurkan oleh setiap kementerian namun ia nampaknya lebih kepada unsur politik yakni ingin menang pilihanraya yang akan datang dan bukanlah benar-benar ingin memberikan ruang untuk mendatangkan kemajuan kepada negara secara fizikal dan mental. Institusi pengurusan kerajaan sudah semakin dikecilkan skopnya dan golongan yang berfikiran sempit akan sekali lagi terasa dihimpit oleh golongan yang suka bersaing secara sihat atau pun kejam. Ini mungkin menjadikan langkah ini bijak bagi mengurangkan perbelanjaan yang kurang cekap oleh sesetengah jabatan tetapi apakah pelan tambahan bagi mengatasi masalah baru yang akan timbul daripada perubahan drastik ini.
Dahulu sibuk ingin menjadikan rakyat memperkasakan nilai keusahawanan tetapi mereka hanya berfikiran pasaran dalam negara sahaja. Kini kerajaan memaksa golongan lemah ini supaya berpandangan jauh untuk melebarkan sayap ke luar negara. Apakah ini seakan melepaskan haiwan pemangsa yang dibela di dalam kandang untuk mencari identiti sendiri untuk teruskan hidup yang lebih mencabar. Apa gunanya cendekiawan yang arif dan beribu jika tiada yang ingin menawarkan perkhidmatan percuma kepada anak bangsa sendiri. Malaysia masih lagi perlu diasuh mengenal dunia, kerana bagi mereka yang tersilap langkah mereka akan mencium bau neraka lebih dahulu daripada melihat syurga.

7)Diversiti dalam pendidikan, pelajar hanya tahu berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa tetapi tidak mampu berfikir?

Ilmu telah disalurkan. Kewangan telah dihulurkan, apa lagi yang kurangnya. Usaha mantan perdana menteri yang ingin pelajar Malaysia mampu menguasai Bahasa Inggeris dalam mempelajari ilmu antarabangsa telah berjaya, tetapi ini baru lepas fasa yang pertama. Mampukah kita melahirkan golongan perintis dalam bidang yang telah lama dikuasai oleh barat dan timur? Orang Islam yang berada di tengah-tengah ini terhimpit dengan budaya dan gaya hidup yang sudah bercampur aduk. Sekali lagi faktor ugama menjadi isu yang perlu diperbetulkan. Semakin banyak dakyah-dakyah songsang cuba diterapkan dalam pemikiran rakyat yang dahagakan kemajuan dan kesenangan. Kebebasan dan kemajuan sebenarnya dipengaruhi sejak turun temurun daripada penjajah yang tidak ingin melihat kemajuan dan perpaduan yang kita sendiri bina. Penjajah telah menghabiskan sejarah lampau dengan menghilangkan jatidiri nasionalisme dalam pemikiran rakyat Melayu dan Bukan Melayu.

Malaysia sentiasa terbahagi kepada dua dan sentiasa akan terbelah dua:

WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
BUMIPUTERA
BUKAN BUMIPUTERA
ISLAM
BUKAN ISLAM

Maksudnya sama tetapi penilaiannya berbeza.

Apakah Situasinya Sekarang? -Loji Nuklear Fukushima Jepun

Rabu, 6 April 2011

Reaktor 4, Chernobyl - April,1986

Reaktor Nuklear Jepun - April,2011
Pelepasan secara tidak sengaja air yang tercemar dengan sisa radioaktif di reaktor nuklear Jepun kini sedang mengalir pantas ke lautan lepas di pesisir jepun. Apakah cerita ini suatu yang benar atau suatu rekaan daripada pihak media yang cuba melariskan akhbar mereka.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah menayangkan beberapa foto yang menunjukkan limpahan air yang menjadi penyejuk kepada reaktor Nuklear di Fukushima Jepun telah dibebaskan daripada loji berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan bahawa air tersebut dilepaskan ke laut tetapi yang pasti semua bentuk saliran di dunia ini pasti akan bertemu di laut.

Kebocoran reaktor nuklear Fukushima di Jepun ini mungkin akan mengulangi kembali sejarah kemusnahan reaktor Nuklear di Chernobyl suatu ketika dahulu yang mana reaktor ke-4 menjadi terlalu panas dan tidak terkawal dan menghasilkan letupan yang besar dan dalam masa yang sama membebaskan gas-gas radioaktif kepada penduduk di sekeliling.

Sebagai kesannya, 73 pekan dan bandar mati lebih kurang 7juta penduduk yang masih hidup masih bertarung dengan pelbagai jenis penyakit dan semestinya hidup mereka hanya untuk menanti mati.

Renungkanlah 7 juta manusia yang menjadi mangsa dan hidup dalam kedaifan bukan kerana mereka tidak mampu berusaha. Inikan pula radioaktif yang mengalir ke dalam laut. Berapa ramai lagi yang akan diragut nyawanya dan air laut yang meliputi 70peratus bumi ini kini diancam dengan kesan radioaktif. Penyakit yang tiada ubat melainkan mati