.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Ramadhan Menjelang

Ahad, 31 Julai 2011

1 Ogos 2011, ramadhan menjelang tiba dan ramai lah orang akan bersiap sedia menghadapinya dengan pelbagai persiapan. Bagi orang-orang soleh, ini adalah bulan yang paling dinantikan setiap tahun dan dalam bulan ini lah tersimpan segala ibu kepada ganjaran yang besar. Selamat Menyambut Ramadhan.

Aku masih menulis lagi di ramadhan yang ke-4 sejak aku membuka blog ini, telah banyak yang telah aku sisipkan dan luahkan setiap kali ramadhan menjelma. Apalah, sepatutnya ramadhan kali ini menjadi lebih meriah namun aku belum ketemu dengan hidayah itu. Tak mengapa, mungkin belum tiba masa untuk aku, atau mungkin rahmat itu telah turun tanpa aku sedari akan kewujudannya. Aku mendapat lagi satu derita kurang enak disaat bulan yang mulia ini menjelma. Seolah bulan ini, bulan yang malang buat aku. Mungkin tak baik untuk berkata begitu, tetapi aku tidak lepas dari bersifat seperti manusia biasa yang mengomel sepanjang masa sedangkan tahu syukur itu lebih tinggi dan terpuji nilainya.

Sahabat,rakan,teman walau apapun istilah yang seerti dengannya pasti akan membuatkan aku tertanya-tanya, apakah itu yang aku cari selama ini. Mungkin juga, kerana ia dapat mendatangkan gembira, mungkin juga ia penyumbang kepada derita yang tidak pernah luput. Apa betul doa aku untuk mencari teman sejati itu benar dan benar pasti datangnya dari dasar hati yang mulus ini. Biarkanlah Tuhan yang tentukan segalanya. Aku tidak perlu lagi risau mahupun runsing dengan apa jua bentuk kebaikan yang datang. Tapi yang pasti, semuanya seolah tidak kena dan aku rela menyendiri sehingga ke hari ini.

Kalau itu sudah qada nya maka apa jua bantuan pun tidak akan mampu menentangnya. Hatta malaikat juga tidak sanggup melawan takdir yang sudah tersurat.Syaitan yang dibelenggu juga tidak mampu melepaskan diri dari penjaranya. Yang datang biarkan  terus diundang yang lalu biarkan terus pergi, tiada siapa yang berhak menjadi pengatur melainkan yang satu.

Walau sebesar manapun masalahnya, aku tidak boleh marah malah tidak diajar dalam sejarah manusia untuk meluahkan perasaan marah melainkan ianya hanyalah satu tipu daya syaitan untuk menyesatkan umat Nabi Adam yang tidak sanggup ia menyembahnya.Tuhan hanya satu dan manusia itu berevolusi sepanjang zaman dan sifat dan lahirnya juga turut berubah dan bertukar ganti.Hanya yang tetap akan menjadi pemalar yang kukuh dan hanya yang kekal akan berterusan, maka begitulah juga hati yang diciptakan untuk manusia merasakan sesuatu yang berwarna-warni dalam kehidupan ini.

Kalau lah aku tak merasakan semua ini, pasti aku akan kekal gembira. Tapi semuanya sudah tertulis dan tiada siapa yang pernah mengungkitkannya.
Ramadhan, ramadhan, ramadhan...

Dunia Yang Kejam

Jumaat, 22 Julai 2011

DUNIA YANG KEJAM

Bermula dari hari ini, semuanya telah terjawab mengapa dunia itu kejam. Manusia semakin hilang arah tuju, agama yang dipegang sudah dianggap longlai bagi manusia yang lemah, apalagi yang ingin dibahaskan. Namun tulisan ini akan terus berlalu seolah aku berutus dengan manusia dan tuhan. Mengimbau kembali kehidupan lampau dan hari ini, yang membezakannya hanya masa. Yang tidak diundang menjadi pemerhati, tetapi yang ditujukan itu mengendahkan semua ini. Cukuplah tuhan menyeksa dan menguji manusia yang lemah, mereka sudah pasti ke neraka dan mungkin ke syurga.

Semua orang beriman tahu yang dunia ini hampir ke penghujung. Bencana, penderitaan, peperangan, kematian, maksiat, semuanya berleluasa. Sudah sampai masanya syaitan melaungkan pekikan kejayaan dan manusia yang berlatarbelakang apa jua sekalipun akan tertewas. Teringat pesan rasulullah, “Umatku, Dirikanlah Solat”. Itu kata yang tak mungkin orang Islam yang beriman mahupun tidak akan terlupa, cuma bagaimana mereka menerima hidayah yang ingin Tuhan berikan. Teringat juga aku kepada kata-kata Dr. MAZA, bersyukurlah, sesungguhnya bersyukur itu makamnya lebih tinggi daripada sabar. Semua orang boleh menyatakan sabar. “Nasib aku sudah sebegini, bersabarlah mungkin tuhan nak uji aku”. Namun bukan mudah untuk mengungkapkan syukur. “Aku bersyukur dengan ujian yang telah menimpaku” katanya.

Ramai orang mungkin tersalah sangka, tetapi siapa lagi yang ingin membetulkan semua ini kalau tidak bermula dengan diri sendiri. Semua yang diusahakan terletak pada diri sendiri, dan doa dan tawakkal hanyalah panduan yang diajarkan supaya manusia itu mempunyai sebab mengapa semua yang dihajati itu mungkin  tidak kesampaian. Lihat sahaja rakyat Palestin, adakah mereka berdosa semuanya, adakah mereka golongan yang terlupa untuk bersyukur. Mungkin mereka telah bersyukur, cuma tuhan inginkan lebih dari itu. Mereka tidak mungkin tidak sembahyang atau berburuk sangka, tetapi hanya tuhan ingin mereka merasa betapa pedih dan kejamnya azab seksa neraka kelak. Bertahanlah dengan apa yang engkau ada. Apa yang kita ada sudah menjadi harapan kita, inikan pula mengharapkan sesuatu yang kita belum ada. Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahgikan nikmatnya.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang tidak akan ada tangan yang boleh menghalang. Jika Allah menghalang kebahagian keapada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan kepada mereka melalui jalan-jalan manusia tak sangka. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. Ketika kita sibuk bersedih atau ditimpa musibah dengan berkata “Habislah aku kali ini”, “Ya Allah tolonglah aku, tolonglah aku, aku susah Ya Allah”. Kata Allah iman mereka bertambah, mereka mengucap “Hasbunallah Wani’mal wakil”. Maka bulatkanlah hati kepada Allah dan serahkanlah segala urusan kepadanya. Semua ini pasti akan mendatangkan nikmat satu hari nanti. Sentiasa ingat dunia yang kejam itu, sebenarnya ujian yang dihimpunkan markahnya hingga suatu tempoh yang akan diberi tahu. Mungkin Tuhan itu ingin memberikan kebahagiaan  itu dikemudian hari, dihari yang kita sendiri tak sangka.

Aku menulis bukan kerana nama, aku bukan berkongsi rasa kecewa, tetapi aku merawatnya dengan rasa syukur yang sedikit bilangannya manusia di seluruh alam. Bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran. Tidak mampu aku menghitung nikmat yang telah aku kecapi, tetapi apa sahaja yang telah aku syukurkan. Aku tidak bersifat penyampai seperti nabi, tetapi aku cuba sampaikan apa yang Tuhan telah turunkan kepada diri ini sendiri. Diharapkan semua orang disekelilingku juga sama malah lebih hebat dari itu. Dunia yang kejam itu tidak boleh berbuat apa-apa. Lihatlah kemenangan itu dari sisi Allah, kerana Allah memiliki semua yang ada dilangit dan bumi malah tidak terhitung segala hak kepunyaannya. Kita Cuma meminjam dunia, menyewa nyawa dan berkongsi rasa yang sama, tetapi belum tentu kita akan dibangunkan di tempat yang sama kita dijatuhkan.

Demam Bola & Lagenda Bola Malaysia

Ahad, 17 Julai 2011

Minggu ini dan minggu depan merupakan minggu yang sibuk dengan ragam dan karenah penyokong bola sepak di Malaysia. Tahun yang begitu mengagumkan aku sejak aku lahir apabila tiga buah kelab gergasi Liga Inggeris bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bagi mengisi slot percutian musim panas di Britain. Kelab Manchester United yang sebelum ini sudah beberapa kali datang mengunjungi Malaysia tidak turut serta pada persahatan pra-musim kali ini. Pasukan yang memeriahkan kancah bole sepak Malaysia pada tahun 2011 ini adalah Kelab "Big Four" (Liverpool dah x brapa big dah) di Liga Inggeris seperti Arsenal, Liverpool dan juga Chelsea.

Pasukan yang aku nanti-nantikan sudah tentulah pasukan kesayangan aku , Arsenal. Meskipun kali terakhir pasukan Arsenal datang ke Malaysia adalah pada lewat tahun 70an dan waktu itu aku belum lahir lagi dan tak tahu pun pasal bola. Namun kali ini, pasukan yang aku nantikan datang ke Malaysia buat pertama kali dalam sejarah hidup aku. Namun sedihnya, aku tidak dapat serta bersama-sama rakan aku untuk sama-sama bersorak di Stadium Kebangsaan Bukit Jalil kerana aku mengalami masalah kewangan yang teruk. Kenapalah semua ini berlaku di saat aku tidak dapat berusaha lebih dari apa yang aku mampu.

Tak mengapa mungkin lain kali. Jawapan biasa bagi seorang yang dah banyak kali kena ujian macam ni. Lupakan apa yang sedih tu, yang penting aku tetap bangga dengan pencapaian pemain Malaysia yang sudah semakin meningkat naik. Terasa negara Malaysia ni seperti negara dari Amerika Latin seperti Brazil dan Uruguay yang begitu gah dengan sistem pembangunan bola sepak mereka di peringkat antarabangsa.

Dalam keasyikan aku hanya mampu menonton perlawanan ulangan dan juga menonton jaringan gol melalui internet, aku menonton kenangan indah Mokhtar Dahari dalam slot "National Geographic". Terasa sejarah yang tak dapat dilupakan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tahun berapa pun mereka lahir kat dunia ni.Tak sangka National Geographic boleh tayangkan cerita The Untold Story about SuperMokh. Menonton rancangan ini membuatkan aku menjadi bersemangat apabila melihat ada pemain Malaysia yang masih hebat dalam arena bola sepak semacam ini. Aku ingatkan itu cuma cerita dongeng kanak-kanak untuk didodoikan ketika tidur. Ternyata aku terpegun dengan kisah disebalik perjalanan hidup sebagai pemain bola sepak negara terulung.

Semangat beliau adalah untuk bermain bola untuk kelab kesayangan beliau iaitu Selangor yang pada ketika itu merupakan antara pasukan yang terkuat di Malasyia dan konsisten sepanjang musim. Aku tertanya pada diri sendiri adakah rakyat Malaysia di negeri lain yang mempunyai semangat sebegini kepada pasukan negeri masing-masing. Mungkin aku terlepas dengar atau memang aku tak pernah lihat orang yang mempunyai jati diri seperti Allayarham Mokhtar Dahari. Tak mengapa, seperti biasa, aku kena jati dirikan diri sendiri dahulu sebelum aku boleh melihat orang disekeliling aku mempunyai jati diri lebih hebat daripada aku.


Salam salut kepada Pasukan Harimau Malaya.
Kerana menjadikan bola sepak Malaysia kembali bernafas dan bernyawa.

Ahad, 10 Julai 2011

Kenapa tidak kau hunus sahaja roh ku
Biar mengaduh keperitan
Kenapa kau simpan doaku
Biar penuh segala harapan

Jari lembut merapat ke dada
Menekan jantung yang tak berdaya
Kenapa aku masih bernyawa
Tidakkah kau membenci
Seperti mana insan yang lain
Meratap jauh sendiri
Untuk hari esok

Kau ciptakan permainan ini
Kau musnahkan perjuangan itu
Kau catatkan semua pengakhiran
Tanpa sedikit pun rasa belas

Mungkin aku makhluk lemah
Tidak tahu menahu segala
Malah tidak faham semua perkara
Memilih umat yang sedia ada
Tanpa rasa bersedia

Tak mengapalah
Tiada apa-apa yang boleh diubah
Tiada siapa-siapa yang boleh mengubah
Hanya engkau yang Esa memerintah

Menjanjikan faedah firdausi
Membelakangkan jahhanam
Kau pemerintah alam
Tiada kuasa mampu menggugat
Meskipun askar semut merah
Berhimpun sebanyak semesta
Akhirnya mereka layu dimurka.

Kalaulah Engkau baca semua ini...

Sabtu, 9 Julai 2011

Kalau engkau baca semua tulisan aku
Kalau engkau merasa tulisan aku
Kalau engkau mampu melihat semua ini
Aku yakin engkau akan tahu
Siapa yang benar hina di dunia ini

Aku berdiri di dunia tanpa kaki
Aku duduk tanpa merasa nikmatnya
Tapi aku masih bersyukur
Engkau masih ada semua itu
Meskipun tanpa aku
Kau masih boleh merasakannya

Disaat aku memulakan tulisan
Engkau harus tahu aku
Merasakan sendirian tanpa suara
Malah lebih teruk dari itu
Tapi siapa yang datang tidak penting
Aku sentiasa mengharapkan engkau tiba
Ketibaan yang seumpama mustahil
Tapi aku menanti

Entah sampai bila
Aku mampu bertahan
Setiap asap beracun itu aku telan
Agar ia mampu memberikan aku
Segera beredar dari bumi nyata ini

Mata aku melilau di saat aku bersuara
pada engkau
Tanda aku meminta engkau memerhati
Terus ke dalam lubuk hati
Kata-kata aku penuh debar
Takut tersilap ketika membahaskan rasa

Engkau bertuah lebih dari aku
Tapi aku masih lagi menanti
Sesuatu yang hampir pasti
Bukan milik aku

Aku tahu engkau merasakan sunyi
Tapi engkau tidak berbicara
Malah engkau selindungi dengan
Selindang baru yang engkau kenakan
Cocok dengan apa jua warna

Aku mula mengerti mengapa
Tuhan biarkan aku sendiri
Kerana aku tidak ada tuahnya
Sehinggakan aku mimpi ngeri buat engkau
Kalau lah engkau baca semua ini...