.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hati Yang Tidak Pandai Memilih

Isnin, 28 Februari 2011

Hati Perasaan umpama masakan,
Kekadang terlebih masinnya,
Mungkin terlajak manisnya,
Adakala terlupa akan masamnya,
Tidak tahu semerah mana pedasnya,
Sesudah selesai dimakan jua

Walau tidak sesedap mana,

Itulah gambaran hati dan perasaan,
Tidak semua orang mampu menilai,
Tidak semua orang sok pandai,
Cuma tahu menabur belai,
Harapan yang putus terurai,

Hati tidak dicipta untuk memilih,
Hati dijadikan untuk diberi kasih,
Jiwa pengisi ruang yang tersisih,
Perasaan tidak pula diajar untuk menagih,
Takdir diluahkan setelah penat jerih,
Tiada satu pengalaman untuk tidak merasa sedih,

Perasaan datang tak menentu,
Rasa cinta tidak mengenal waktu,
Jatuh hati tidak mengenali yang baru,


Hidup ini umpama dilingkari nyawa,
Selagi berada dalam radius yang sama,
Kau masih kekal bernyawa,
Sekali kau melangkah keluar lingkarannya,
Kau tiada lagi rasa bermakna,
Siang malam tiada ertinya,
Apa yang dipendam akan dibawa bersama,
Meskipun jujur pernah bertemunya,
Pilihan tetap bukan milik kita,

Hati tidak semudah untuk diderma,
Hati tidak mudah juga menerima,
Malah hati ini sentiasa gundah gulana,
Memikirkan apa pelan seterusnya,

Memilih sesukar dipilih,
Kau bukan tuhan menentukan,
Bukan juga malaikat yang bertopengkan syaitan,
Usaha dan tawakkal dijadikan teman,
Tapi sampai kapan,

Puisi Cinta Sudirman

Jumaat, 25 Februari 2011

Sudirman

Cinta Sudirman

Cinta seorang lelaki yang setia,
Cinta seorang budiman yang berjaya,
Cinta seorang yang seniman yang ceria,
Cinta kepada semua yang ada di sisinya,

Tak siapa sangka dia pergi,
Pergi yang tak kembali,
Menuju impian yang dipasang,
Menggapai mimpi yang dikenang,

Disebalik senyum tawanya,
Terselindung sedih dan dukanya,
Disebalik riang wajahnya,
Tersisip bekas mengalir air mata,

Orang melihat dia mencintai kerjayanya,
Sebaliknya dia Cuma manusia biasa,
Cintakan wanita seorang yang dipuja,
Walaupun hanya menikmati untuk seketika,
Dia tak mampu menolak takdir miliknya,

Harinya diteruskan seperti biasa,
Menjadi penghibur hati yang lara,
Dia menangis tapi yang lain ketawa,
Kerana hanya dia sahaja tidak berdusta,

Biar setinggi mana dia mendaki,
Biar Chow Kit Road menjadi saksi,
Biar salam terakhir berlagu sunyi,
Di Lucky Garden dia menemui mati,
Tidak tertanggung lagi sakit di hati,
Memuja bintang jauh yang tidak lagi sudi,
Rasa kasih kini menjadi sangsi,
Pelangi petang menjemput pemergian penghibur sejati.


Orang Lawa

Selasa, 22 Februari 2011


                                              
Orang Lawa

Macam mana menjadi orang lawa dan macam mana pula menjadi orang yang meminati orang yang lawa. Lawa atau sama maksud dengan cantik atau ‘cun’ mempunyai nilai maksud yang positif dan baik. Ia merupakan penilaian seseorang mengenai orang lain berdasarkan fizikal (rupa paras) atau rohani (sifat/karekter) orang yang disukainya. Cantik atau ‘cun ‘ ini hanya istilah yang khas untuk golongan wanita sahaja yang diberikan oleh lelaki yang budiman. Lelaki dua alam atau ‘nyah’ yang telah berjaya ‘transform’kan diri mereka ke tahap yang ultra cantik tidak berhak mendapat jolokan ini.

Wanita yang cantik bermula dengan rupa paras yang menawan dan disahkan kecantikan mereka oleh lebih dari seorang lelaki yang menjadi panel juri. Menurut Islam orang yang mempunyai wajah yang  suci dan cantik adalah disebabkan kesuciannya jasadnya  itu bermula dengan hati yang baik. Hari ini orang berpandukan kepada teori ini, iaitu apabila hati mereka cantik wajah mereka juga suci. Pernah atau tidak kita terbalikkan teori itu dengan menyatakan orang yang cantik itu mempunyai jiwa yang murni dan tulus. Saya rasa itu semua gagal dibuktikan. Ramai wanita cantik diluar sana gagal mendapatkan pasangan hidup yang mampu bertahan lama disebabkan golongan lelaki yang telah mendapatkan wanita yang cantik ini merasa tertipu dengan kecantikan seorang wanita yang disangka suci dari luaran ini bukanlah sesuci dari segi dalaman mereka. Memanglah semua ini terjadi disebabkan oleh kemajuan teknik ‘make over’ dan kesedaran tentang rawatan kecantikan yang semakin memuncak dikalangan wanita hari ini. Maka semua ini bakal menimbulkan kesukaran kepada lelaki yang menilai wanita daripada paras cantik wanita yang mereka idamkan.
 
Golongan lelaki biasanya tidak dapat mengelak daripada memilih pasangan hidup berdasarkan panduan nafsu mereka. Kecantikan yang mereka nilai bukan sahaja dari segi rupa paras malahan juga bergantung kepada bentuk badan dan juga perwatakan seorang wanita itu. Kombinasi antara 3 faktor ini iaitu rupa paras, bentuk badan dan juga karekter seorang wanita itu menjadikan seorang lelaki tertarik dan ingin menjadikan calon isteri mereka. Namun wanita hari ini pula ada kalanya begitu ‘protective’ dan bersikap ‘defensive’ terhadap golongan lelaki. Selalunya golongan ini adalah golongan yang bergelar mahasiswa dan memegang segulung ijazah mahu pun Master. Mungkin saya salah dengan tanggapan rambang sebegini. Kalau dilihat di dalam ‘facebook’ ramai wanita yang “menjual diri” seolah-olah mereka ini tidak laku di pasaran lelaki. Mereka sebenarnya silap dengan menganggap internet sebagai medium mempercepat kaedah ‘marketing’ masa hadapan. Mungkin bagi sesetengah lelaki yang matang menganggap usaha sebegini berhasil di internet tetapi yang lagi separuh menganggap benda ini sesuatu yang menjengkelkan. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing kerana setiap sesuatu itu ada baik buruknya.
 
Perempuan yang cantik biasanya lebih yakin pada diri dan dalam pergaulan kerana mereka mungkin ramai peminat dan ini menjadikan wanita cantik ini lebih berpengalaman dalam soal mengenali lelaki. Tetapi bagaimana pula lelaki yang tidak ‘handsome’ cuba mengorat seorang wanita yang cantik? Sekiranya lelaki itu pandai bermain kata sekali pun, pihak perempuan itu akan bersikap pessimis dan akan menyatakan lelaki itu cuba untuk mempermainkan perasaanya. Susah juga kalau jadi yang ramai peminat dan ada pelbagai pengalaman. Perempuan perlu memahami kenapa seseorang lelaki itu menyukai perempuan yang diminatinya. Meskipun ada usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut mengapa masih ada lelaki yang gagal mendapatkan cinta sejati mereka. Ini semua persoalan yang setiap orang ada tanggapan yang salah mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri alami tetapi tidak sendiri merasai tetapi cukup sekadar melihat berpandukan kepada pengalaman orang disekelilingnya.

Siapa lagi bertuah- Perempuan cantik atau Lelaki Handsome?Siapa lagi baik-lelaki soleh atau wanita solehah? Siapa lebih berharta-lelaki kaya atau wanita berharta?

Soalan yang tak perlu dijawab, tetapi difikirkan dalam-dalam mengapa ada pandangan sebegini. Manusia itu dicipta berpasang-pasangan dan mengapa kita sendiri tidak mampu mencari pasangan yang diidamkan oleh setiap insan. Saya sendiri mengaku memilih. Tetapi mengapa kita diberikan pilihan kalau satu pilihan pun kita tidak mampu buat dan dapatkan. Itu bukan namanya pilihan tetapi takdir yang dipilihkan. Dalam hal sebegini siapa yang punya hak untuk memilih-lelaki atau perempuan. Ingat takdir tidak selalunya indah, malahan musibah tidak selalunya berhenti, bila semua ini ingin berubah dan diri sendiri pula menemui mati.

Farith Zainaldin (22 February 2011)

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (4)

Ahad, 20 Februari 2011


                  Cerita pasal suka suam-suam kuku zaman sekolah biasalakan. Tapi tak banyak benda yang boleh dikongsikan pun. Waktu tu perjalanan sebagai seorang pelajar terasa sangat panjang dan aku kadang-kadang bencikan sekolah tetapi aku terpaksa pergi juga disebabkan aku dah tidak ramai kawan di perumahan aku. Kawan, rakan, teman suatu yang janggal dalam kamus hidup aku. Tambahan lagi dengan perempuan memang ‘failed’ la. Aku suka ikut bebudak yang tak tentu hala kat sekolah tetapi itu tak bermakna aku berkawan dengan mereka, mungkin cuma sekadar lepak dan hisap rokok sambil buang masa kat sekolah. Pelajaran aku bukanlah bagus sangat dan aku memang dah lama lemah dalam pelajaran dan paling susah nak fokus. Aku lebih sukakan aktiviti luar kelas yang tak banyak pakai otak dan tertumpu kepada tenaga sahaja. Aktiviti apa? Sukanlah. Tapi disebabkan aku ni rabun tak banyak sukan yang aku boleh performed. Aku memang minat gila sukan bola sepak, tapi tak lah jaguh bangat bila main bola. Penglihatan aku begitu membataskan pekembangan bakat aku dalam aktiviti sukan tetapi semangat aku pada bidang itu tak pernah luntur. Semangat hanya tinggal semangat dan aku sudah sangat kurang bersukan sehinggalah aku masuk university.
                Ketika di university aku masih lagi aktif dalam sukan tetapi kali ini bukanlah bola sepak tetapi kayak. Aku mewakili university aku dalam pasukan kayak tetapi sekadar untuk dua tahun sahaja (4semester). Selepas itu aku tidak lagi tinggal di dalam kampus dan aku sudah tak nampak aktiviti rutin aku berjogging pada waktu aktif sukan dahulu. Sejak di tahun satu university aku mula belajar hisap rokok. Sebenarnya aku tak merokok pun pada zaman sekolah menengah sekadar main hembus-hembus sahaja.Punca aku hisap rokok sebab aku memang teringin nak hisap rokok sejak dulu lagi dan tambahan pula ketika di tahun dua di university aku merasakan aku tak mampu teruskan pelajaran dan rasa macam hendak berhenti. Akibatnya aku semakin ketagih kepada rokok kerana ia mengisi waktu tertekan aku ketika di kampus. Ketagihan ini semakin teruk sehinggalah kini aku rasa rokok sahaja teman yang aku ada dalam dunia ni bila aku bersendiri. (Amaran Merokok Membahyakan Kesihatan). Kalau nak dikatakan merokok itu membuatkan aku ramai kawan ternyatalah salah. Tiada kaitan langsung rokok dengan kawan. Merokok adalah disebabkan keinginan diri sendiri yang menebal tambahan lagi bila aku sudah duduk di luar kampus. Kehidupan aku selepas itu sangatlah bosan sebab aku tinggal seorang diri selama dua tahun tanpa siapa-siapa di rumah milik bapa saudara aku. Bayangkan dua tahun seorang diri boleh buatkan aku jadi gila dan semenjak itu aku semakin rasa keseorangan dan rokok sahajalah teman aku. Tambahan lagi disebabkan factor kesempitan wang untuk makan aku akan lebih kerap menghisap rokok. Aku tidak boleh lagi makan bila-bila masa aku terasa lapar tetapi rokok boleh sebab sekali beli sekotak ada 20batang yang aku kena habiskan. Rokok menjadi teman masa lapang aku (masa bosan). Kini semuanya bertambah parah dan aku rasa aku takkan ada sebab lagi berhenti merokok. Tahap kebosanan yang melampau dan tinggal seorang diri tanpa dapat keluar ke mana-mana disebabkan tiada duit membuatkan rokok sentiasa melekat di bibir aku.
                Aku sentiasa rasa lapar untuk makan tetapi aku gagahkan juga untuk minum air sejuk untuk hilangkan rasa lapar semasa zaman belajar dan dua tahun tinggal di luar kampus seorang diri. Perkara yang paling seronok (sayu) bila waktu bulan ramadhan aku duduk di meja makan sorang diri untuk berbuka puasa selama dua tahun sambil teringat juadah biasa yang akan terhidang jika berbuka puasa bersama keluarga. Bayangkan berbuka puasa seorang diri, orang lain yang berjauhan dengan keluarga pun dapat berbuka puasa ramai-ramai di dewan makan atau di rumah sewa. Itulah nasib aku sepanjang hidup di Kuala Lumpur seorang diri bila ramadhan menjelma. Sebulan berpuasa aku tidak pernah sempat balik berbuka puasa di rumah dengan keluarga selama dua tahun sebab aku selalu terlewat beli tiket untuk balik beraya. Bila aku sampai di rumah selalunya aku sampai di rumah pada malam raya. Ramadhan yang begitu membawa penghayatan kepada aku dan kehidupan aku. Ramadhan tanpa ibu bapa, umpama bertarawikh seribu malam tanpa sehari bertemu lailatul qadar.
Bersambung…

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (3)

Jumaat, 18 Februari 2011


                Mat Rempit di Kuantan dianggotai anak-anak muda yang baru mula belajar untuk bergaya dan berlagak. Kalau tujuh tahun dulu semasa aku masih lagi dibangku sekolah menengah, mat rempit ini terdiri daripada budak-budak sekolah menengah yang berkemampuan (anak lord) dan mungkin juga mat-mat kilang atau pekerja buruh kasar di pinggiran Bandar. Pada ketika itu hanya golongan ini sahaja yang mampu membeli motor seperti RG, SS Two, 125Z, RXZ dan sebilangan jenis scooter yang menjadi kegilaan satu ketika dahulu. Aku sendiri tiada motor sehinggalah aku tamat belajar di sekolah menengah. Aku belajar bawa motor ketika aku di tingkatan satu, dan waktu tu aku curi-curi bawa motor ‘honda cup lampu bulat’ bapak aku. Ingat lagi aku ambik kunci motor bapak aku senyap-senyap ketika dia keluar ke Bandar bersama mamaku, dan kebetulan malam itu aku ada jamuan BBQ bersama budak sepermainan aku. Jamuan itu ntahlah aku tak ingat sebab apa tapi waktu tu  kami memang gila bola. Di tingkatan satu aku masih lagi ada pasukan bola sepak setiap petang. Kekadang main tiang gol besar dan kekadang main satu tiang gol kecil atau pun main tuju bata je bila dah tiada siapa yang nak turun main bola.
                Di kala zaman itu, pasukan bola anak-anak staf penjara memang aktif dan terdiri oleh dua pasukan iaitu bawah 12 tahun dan bawah umur belum bekerja (22 tahun pun ada). Ayah aku merupakan penolong pengurus pasukan skuad Belia Penjara pada ketika itu. Pada tahun yang sama juga, pasukan bola sepak kami telah mengadakan perlawanan persahabatan yang pertama dengan anak-anak staf dari Penjara Khas Sekolah Henry Gurney, Melaka. Pasukan kami kalah teruk, mana taknya, sebelum main bola semua pakat telan panadol dua bijik dengan minum air 100Plus kononnya boleh tahan lama masa main dan tak sakit bila kena terjah. Ambik kau, ntah berapa kalah hari tu, mungkin 9-2 kalau tak silap. Aku yang ikut sama pada lawatan sambil main bola ke Sekolah Henry Gurney hanyalah pasukan pelapis, lagi pun bapak aku penolong pengurus, jadi aku pun ikut free je la. Bukan selalu pergi jalan-jalan dengan ‘member-member’ pada umur macam ni. Tahun berikutnya lawatan sebegini diteruskan lagi dan pada kali ini kami melawan Pasukan anak-anak staf Penjara Pulau Pinang. Perlawanan kali ini memang seimbang dan rata-rata dari kami pergi bukan nak main bola sangat tapi sekadar nak pergi berjalan-jalan tempat orang. Memang jahanam pasukan bola sepak ni pada tahun itu. Pada tahun berikutnya merupakan zaman kejatuhan aku dan bola sepak. Aku jarang turun main bola kononya nak PMR. Jadi aku menjadi bahan peril bila jarang dilihat di padang bola pada waktu tu. Malas la aku nak turun. Pukul lima aku tercegat tepi pdang takde siapa lagi yang datang, waktu tu matahari terik lagi. Masuk pukul 5.30 baru ada dua, tiga kerat orang yang datang tu pun main sepak-sepak bola ke dalam gol. Yang jalan kaki baru keluar rumah bila sampai terus duduk dan ‘on rokok’ sampai lah pukul 6. Lepas tu baru start game. Hari-hari macam ni memamng takde disiplin punyer player. Biler dah gelap sampai tak nampak bola baru meriah padang bola tu tapi bila azan maghrib berkumandang mulalah dua,tiga orang cabut boot dan balik.
                Waktu ni aku masih lagi seronok dengan kehidupan sebagai seorang remaja. Aku takkan dapat kawan seramai dan serapat ini ketika di sekolah kerana masing-masing duduk di kawasan yang berbeza. Di sekolah aku hanya ‘join’ geng kaki ponteng dan kaki rokok. Kalau aku join geng kaki mengumpat memang sekarang skil bercakap aku dah mantap. Tak lah jadi kera sumbang. Sekolah suatu tempat yang aku rindukan dan disitulah bermulanya kisah jatuh cinta pandang pertama aku yang tak dapat dilupakan.

Bersambung…

Lalang Muda

Selasa, 15 Februari 2011


Lalang Muda


Angin bertiup ke timur,
Beralih arah ke barat,
Masih lagi bertiup selagi berdaya,
Kembali perlahan apabila malam,

Lalang muda makin menua,
Berliok lentok melawan angin,
Akhirnya melayu bersama arusnya,
Lalang muda di tepi padang,
Tiada siapa pandang,
Tak siapa peduli,
Kekal di tepi padang,
Menjadi habuan sang binatang,

Lalang terbiar di tepi padang,
Dicantas keras apabila melewati padang,
Dibiarkan rapi kekal di tepi padang,
Kekal segar tanpa di injak-injak,
Kuning hijau mewarnai diri,
Bertambah usia menjadi layu,

Diri ini seumpama lalang muda,
Tidak mengerti mengapa dicipta begini,
Hanya mengikut arus cuaca dunia,
Tidak memahami mengapa harus menjadi lalang,
Melihat keindahan sekeliling,
Tetapi diri sendiri tidak dipedulikan,

Diri ini lalang muda,
Seolah menanti tua yang pasti,
Meninggalkan muda yang sia-sia,
Masih lagi tidak menghargai diri,
Tetapi memang nasib begini,

Lalang liar yang muda,
Menjalar kekal di tepian,
Mencari ruang kebebasan,
Namun lalang akan kekal sebagai lalang,
Sehinggakan hanya anugerah tuhan di dunia,
 
Ingin meminta tolong,
Tetapi diri sendiri ego,
Bukan memaksa tetapi terpaksa,
Dunia ini juga ada hak untuk aku,
Meskipun bukan gembira yang dicari
Cuma tak tahu menilai kebolehan diri.

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (2)

Ahad, 13 Februari 2011


Hari minggu datang selagi, dan aku meneruskan perjuangan untuk menulis sebuah cerita tentang semalam yang aku tidak pernah lupakan. “Bangun! Bangun!”, kedengaran suara mama menerjah keheningan pagi tu. Aku lantas bangun dan terus masuk ke bilik air untuk bersiap dan mandi. Di sambil menunggu air yang sejuk pagi itu menjadi kurang sejuk (cuba mengadaptasi kesejukan air dalam bilik mandi), aku menyalakan sebatang rokok sambil bertenggek dalam keadaan mencangkung sambil tuala terlilit di pingggang. Setelah selesai aku menghabiskan sebatang rokok aku pun kembali membuka pancuran air yang telah tersedia untuk mandi. Perlahan-lahan aku mengenakan air ke kaki dan terus naik ke lutut dan kemudian barulah membasahi tubuhku yang sejak tadi menggigil ketakutan.
Sambil melayan kesejukkan pagi itu, fikiran aku terus melayang kepada perasaan aku yang lampau.
                Aku teringat akan seorang perempuan yang aku pernah sukai dan pernah nyatakan hasrat hatiku padanya. Bayangan wajah dan suaranya sering wujud dalam nyata aku meskipun aku hanya teringat akan dirinya di kala aku tiada membuat apa-apa melainkan berkhayal. Aku begitu sukakan wanita ini, dan hampir setiap hari aku membayangkan dia sentiasa berada di sisi aku. Apabila menonton televisyen aku merasakan dia berada disebelah aku dan memeluk aku seolah ingin dibelai untuk turut sama-sama menonton rancangan Astro yang pada ketika itu aku tidak tahu hujung pangkal ceritanya. Sesekali aku meminta dia untuk mengambilkan air dan memotong buah dan lantas menyuapkan ke mulutku disamping aku menikmati kemanisan buah itu. Kami kemudian terus melayan cerita itu di atas sofa sambil bersaksikan bunyi cengkerik dan cicak di dalam rumah. Setiap iklan yang hadir di kaca televisyen menjadi perdebatan kami dan topik untuk dijadikan bahan jenaka supaya aktiviti sebegini tidak sunyi dengan kemesraan dua insan yang saling berkasih.
                Aku mengelamun dalam keadaan sedar dan yang pasti aku masih lagi di dalam bilik air membilas tubuhku yang dipenuhi buih sabun mandian dan juga syampoo murah yang baru dibeli. Syampoo yang tidak dikenali jenamanya, berbotol besar dan harganya yang kurang dari sepuluh ringgit itu cukuplah membaluti rambut aku dikala setiap kali aku mandi meskipun baunya tidaklah sesedap syampoo ‘Rejoice’ atau ‘Pantene’ yang selalu aku beli semasa aku berada di Kuala Lumpur pada masa yang tak berapa lama dulu. Kini, semua perbelanjaan aku disubsidi oleh mama dan abah. Terkenang sewaktu aku bekerja dan pertama kali mendapat duit yang begitu banyak di dalam akaun simpanan di bank tetapi akhirnya setelah ditolak semua hutang yang ada, duit yang tinggal hanyalah cukup untuk menyara perbelanjaan minyak motor, barang makanan dan juga membeli rokok seludup. Gaji beribu-ribu di Bandar besar seperti Kuala Lumpur memang tidak cukup. Tambahan lagi aku tinggal bersendirian di rumah bapa saudara aku yang sememangnya cukup membosankan.
                Hampir setiap hari aku akan cuba mencari aktiviti yang boleh aku buat di luar rumah sama ada berjumpa rakan atau melepak di kedai makan bersendirian sambil bertemankan rokok murah yang tidak susah untuk didapati di sekitar daerah Gombak ini. Rakan-rakan aku adalah bekas satu kolej semasa aku belajar di Universiti Malaya dahulu dan mereka juga bekas rakan serumah aku semasa aku tidak lagi tinggal di kampus universiti. Mereka semua memang satu kepala dengan aku dan setiap orang dalam rumah sewa itu ada kelebihan masing-masing dan pada saat itu hingga sekarang mereka memang cukup menghiburkan hati aku. Rumah mereka berada di Pantai Dalam dan aku menetap di Gombak membuatkan aku terpaksa melalui 20 minit perjalanan untuk ke sana setiap kali aku ingin melepak dengan mereka. Tetapi semua itu berbaloi demi mendapatkan hiburan berbanding melepak seorang diri di kedai mamak sekitar Taman Sri Gombak atau sekitar Hentian Putra Sentul Timur.
                Kini masing-masing punya kerja dan hal masing-masing. Jadi waktu untuk melepak agak terhad dan hanya pada waktu tertentu saja kami dapat berkumpul dengan kesemua orang yang  ada kelapangan. Aku masih lagi tercari-cari kerja yang sesuai dan layak untuk aku buat dan masa yang sama duit yang ada di dalam kantungku semakin sedikit membuatkan aku terpaksa meninggalkan kotaraya Kuala Lumpur untuk pulang dan mencari kerja di sana. Kuantan, Bandar yang sunyi suatu ketika dahulu kini sudah dipenuhi dengan aktiviti malam yang indah terutama sekali di waktu hujung minggu. Anak muda sudah mula berjinak-jinak dengan kereta dan aksesori turbonya. Istilah mat rempit masih lagi relevan di Bandar Kuantan.

Bersambung…

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (1)

Sabtu, 12 Februari 2011


Petang itu, selepas Asar aku berdoa sambil menitiskan air mata. Terkenang kembali peristiwa dua bulan lepas. Setiap hari aku berdoa dan mengharap tetapi apa yang ditunjukkan oleh tuhan adalah jalan yang paling hina pernah aku terima. Petang itu juga, aku berdoa agar semua penyiksaan ini ada nilai bayarannya. Terus aku mengahadap komputer ribaku untuk meneruskan apa yang aku rasa untuk dijadikan bukti dalam bentuk sebuah penulisan. Jam menunjukkan hampir pukul tujuh malam tetapi di luar masih lagi cerah umpama baru pukul enam.
Kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja aku banyak berbeza. Dahulu setiap petang, sesudah azan Asar aku akan mengayuh basikal bertenggek di taman permainan bersebelahan dengan Tasik Sendayan untuk menikmati suasana petang sambil menunggu rakan-rakan yang lain untuk bermain. Permainan yang selalu menjadi pilihan adalah kejar-kejar. Di taman yang tak berapa nak luas itu terdapat buaian, gelongsor, palang bergayut dan kawasan rumputnya seperti padang golf sesuai untuk “landing” bila terjatuh. Zaman itu berlalu pantas, sehinggakan teman-teman sepermainan aku itu sudah tiada lagi. Malah aku tidak pernah tahu ke mana mereka pergi dan apa khabar mereka sekarang. Meskipun kalau ditakdirkan berjumpa pun, mustahil kami dapat mengecam antara satu sama lain. Sebabnya, dah lama aku tak berjumpa dan kali terakhir masing-masing masih lagi berwajah remaja dan tidak matang. Sekarang mungkin semua sudah berubah dan perangai mereka mungkin sudah tidak selincah zaman muda mereka.
Melangkah ke alam remaja atau sekolah menengah. Hidup aku bertambah rumit. Sekolah aku agak jauh dari sekolah kawan-kawan sekolah rendah aku dan aku bersendirian menaiki bas setiap pagi. Teringat lagi ketika aku mula-mula masuk ke sekolah menengah aku itu, aku cuma ada kawan ‘senior’ yang tiga tahun lebih tua dari aku. Ketika aku berada di tingkatan satu mereka sudah pun berada di tingkatan 4. Tapi nasib baik mereka agak baik dengan aku. Tapi biasa la mereka tidak berapa layan sangat budak hingusan macam aku ni. Tapi lama kelamaan aku jadi rapat dengan mereka. Sebabnya, setiap kali balik dari sekolah, bas yang akan menjemput kami adalah yang paling akhir sekali akan mengambil kami bertiga pada waktu itu. Bas tu selalu lambat sebab kena tukar ‘driver’ tu yang melambatkan perjalanan pulang. Tapi bila sudah menaiki bas untuk pulang, ada lagi kawan-kawan dari sekolah lain yang sudah menaiki bas tersebut dan suasana dalam bas itu menjadi riuh rendah dan ia menjadi pengubat kebosanan kami yang dah sejam setengah menunggu bas untuk tiba dan lagi setengah jam untuk sampai ke rumah masing-masing.
Itu semua keseronokan ketika aku masih ditingkatan satu. Semua kawan-kawan aku adalah mereka yang lebih tua walaupun setahun lebih tua daripada aku. Masuk tingkatan dua aku semakin berkurang kawan apabila menunggu bas kerana ‘member’ aku ni dah masuk tingkatan 5 dan dia menaiki motosikal ke sekolah kerana sudah bosan dengan rutin harian menunggu bas dan pulang dalam keadaan yang penat. Aku mula cari kawan lain dan sebelum bas aku sampai sudah menjadi kebiasaan untuk aku melepak di Cyber Café untuk menghabiskan masa. Pada waktu itu CC yang selalu aku pergi adalah “Screenz”. Aku jarang bermain atau berinternet maklumlah tak pandai sangat mende-mende macam ni. Game yang hanya aku tahu main dari dulu sampai sekarang adalah Fifa. Aku dibesarkan dengan semua version Fifa yang ada kat dunia ni, walaupun pada waktu itu game yang seronok adalah Counter Strike. Aku pernah cuba untuk bermain game tersebut tetapi selepas 5 minit aku akan pening kepala sebab mouse dekat CC tu sensitive sangat dan gambarnya menjadi pusing-pusing dengan cepat. Itu antara permainan yang paling aku benci sejak zaman sekolah, sampai sekarang aku tak pernah pandai main game tu.

Bersambung…