.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Iran Biggest Celebrations

Jumaat, 19 Mac 2010


Nourooz 1389 (2010) Iran’s  New Year
The New Year celebration of Iran ( NOWROOZ ) is the biggest and happening celebration over the year. The Iranian have their own calendar base on the calculation of the sun and were followed by other Persian Culture. The calendar was started same as the hijriyah year that all the Islamic Countries used but the hijriyah ( taqwim qamari ) is based on the movement of moon around the earth and the duration of the day will become shorter than calculated by sun.

The celebration of ‘nowrooz mubarak’ is the same as the celebration of ‘Hari Raya’ in Malaysia. There also make all the preparation to welcome new year  furthermore the whole country will get at least two weeks break to celebarate this occasion. They also visits their parents and family, neighbourhood and close friends. The money giving and gifts are one of their believes in Persian culture. One of the best things they will forgive the old problem and become a new man in this coming new year.
“Iran traditionally releases some prisoners before the New Year holiday, which begins March 21 and normally ends April 4. While the semiofficial ISNA news agency said Mirdamadi's release came within the framework of the holiday leaves, it also can be seen a part of an effort by the Iranian government to ease tensions in the country.
Iranian security forces arrested Mirdamadi on June 13, a day after the country's disputed election that won President Mahmoud Ahmadinejad a second four-year term.
Mirdamadi was among more than 100 prominent political figures and activists who were put on a mass trial following the crackdown on opposition supporters who claim Ahmadinejad won the election by fraud.”-ABC News

http://www.youtube.com/watch?v=HY_utC-hrjI

Kilang Botol 1Billion Dibina Di Nilai

Selasa, 16 Mac 2010

Selasa- Nilai, Perdana Menteri Malaysia baru sahaja merasmikan majlis pecah tanah bagi syarikat Coca-cola di Malaysia untuk membina sebuah kilang pembotolan yang baru bernilai kira-kira 1 Billion ringgit. Pembinaan kilang pembotolan ini membuktikan bahawa pengukuhan ekonomi di Asia pulih dengan begitu cepat sekali dan ini memberi peluang bagi syarikat besar dari Amerika Syarikat itu untuk mengukuhkan penguasaan dalam perniagaan air kola terbesar dunia. Diharapkan bahawa dengan wujudnya pelbagai bentuk pelaburan sebegini dapat membuka mata usahawan dan rakyat Malaysia supaya mampu memberikan saingan kepada syarikat pendatang ini. Diharapkan juga rakyat Malaysia tidak hanya memandang kepada aspek keuntungan rakyat Malaysia yang sekadar makan gaji di negara sendiri sedangkan mereka sebenarnya membawa nama luar sebagai junjungan. Diharapkan akan ada lebih banyak syarikat anak tempatan yang akan di bawa ke luar negara untuk bersaing seperti Air Asia dan Petronas.


RPPU 6 LIB-u

Ahad, 14 Mac 2010




Gabungan nombor menunjuk kepada bab terakhir,
Mencari rentak terpantas untuk tidak
Lari mendongak,
Rasa gerun kadangkala timbul,
Tak sangka ini adalah ‘final-lap’,
Rumah ilmu ini jadi saksi kesejatianku,

Kertas, pena, beg dan fail berhamburan,
Apa mungkin sore ini aku
Akan lena setelah kenyang,
Mungkin juga emosi kembali bermain,
Di taman minda, seksyen/10
072010 bakal menantiku,
Di sebelah parking lot di atas pentas

Farith (red_ayee)
14 March 2010

Arsenal Semakin Mengejar Pendahulu Liga Perdana Inggeris

[14 march 2010] Malam tadi The Gunners sekali lagi memberikan harapan kepada semua peminatnya terutama di Malaysia tercinta ini dan  Wenger telah meletakkan Arsenal dilandasan kejuaraan dengan memberikan saingan kepada Chelsea dan juga Manchester United. Kemenangan tipis ke atas Hull City telah meletakkan tekanan besar kepada pandahulu liga. Kemenangan yang diperoleh pada saat akhir perlawanan begitu mendebarkan perasaan setiap penyokong arsenal.



Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh pemain Arsenal membuktikan mereka memang layak untuk memenangi piala musim ini. Hull 1-2 Arsenal.

Demi Masa Yang Dirugikan

Selasa, 9 Mac 2010

Assalamualaikum, pagi ni sungguh sunyi dan tenang. Dalam waktu senggang begini aku mengintai peluang untuk memikirkan masalah yang tak pernah padam dalam diri dan hidupku. Pernah tak kita akan rasa tidak akan mempunyai masalah selepas bangun dari tidur pada keesokan harinya dan memulakan hari seolah-olah semalam tidak wujud. Rasanya macam mustahil kerana semua manusia dihadiahkan memori yang baik oleh Tuhan supaya kita sentiasa mengingatinya sepanjang masa. Memang kita boleh lupakan kesakitan ketika kita sedang tidur tetapi ia akan datang kembali setelah kita bangkit.

Bagaimana pula dengan masalah kewangan yang menjadi punca besar kepada masalah orang kita pada masa kini. Pergi kerja balik kerja, gaji ribu-ribu tapi masih lagi makan mee segera sebagai menu harian. Pelik tapi itulah yang masih aku lihat didepan mata sendiri. Buka internet pelbagai program yang ditawarkan untuk jadi kaya tapi bukan semua orang mampu mempelajarinya dengan pantas kerana bidang perniagaan di dunia ini sama sahaja. Jika ada yang menjual sudah pasti ada yang ingin membeli, usahanya adalah promosi, promosi dan promosi. Mana ada barang yang nak jual murah tanpa keuntungan, mana ada produk yang tak bagus untuk dijual. Hakikatnya hari ini begitu banyak benda boleh dijual termasuk barangan peribadi seperti kasut,beg dan lain-lain boleh dijual secara online.

Kalau tanya bab agama tambahan bab sembahyang sudah pasti masyarakat melayu kita ramai yang masih lagi jahil. Sembahyang- kejap khusyuk kejap tak, kadang awal kadang terlajak, Jumaat pergi masjid asar dah tak nampak muka. Persekitaran membuatkan orang macam aku ni turut sama terjebak dengan dunia yang pusing ni. Macam mana orang kita nak maju, sayang negara kita ni semua benda senang nak dapat, buka mata je boleh dapat semua benda yang kita nak cepat dan pantas. Maka penyakit malas menjadi penghalang untuk orang macam aku ni terus mengorak langkah kejayaan. Nampak gayanya masa depan orang macam ni senang untuk diramal.

Sekian.

Baru Habis 'Test'

Jumaat, 5 Mac 2010

Sejak malam tadi aku masih belum betul2 faham apa yang aku belajar, tapi sekurang-kurangnya test tadi buatkan aku rasa lega berbanding yang sebelum ni. Test kali ni tetap sama konsepnya, tidak banyak 'calculation' lebih kepada memahami konsep.

Ketenangan yang aku ambil sebelum pergi jawab test tadi cukup membantu. Lepak lebih kurang sejam kat 'library' kemudian belajar apa yang patut. Dah lama tak rasa macam ni, kali terakhir pun mungkin masa menengah rendah dulu kot.

Peperiksaan sebenar tinggal beberapa minggu lagi, harap aku dapat 'catch up' balik apa yang aku dah 'study' dan lupa balik. Test tadi ambil masa lebih setengah jam daripada apa yang sepatutunya, jadi banyak kekurangan yang kena baiki semula ni.

Lepas sembahyang jumaat tadi aku masih lagi belum makan, tapi tu nantilah, aku rasa nak sambung balik tido or tengok movie yang berlambak dalam laptop ni.

Sekian.