.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rangsangan Kedua Sediakan 60 Billion Ringgit

Rabu, 11 Mac 2009

Semalam TPM telah bercakap panjang lebar di dalam Parlimen mengenai rangsangan fiskal yang bernilai 60 Billion. Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana masih mampu mengutamakan ekonomi negara berbanding melayan masalah dalaman yang tak akan sampai kesudahannya.
Hampir sejam setengah TPM menerangkan satu persatu ke manakah duit peruntukan itu disalurkan. Wakil pihak PAS juga menyatakan kesudian untuk sama-sama memastikan peruntukan itu disampaikan secara telus kepada pihak yang berkenaan supaya rakyat akhirnya dapat merasakan faedahnya.
Meskipun kewangan negara mencapai defisit yang teruk namun itu sahajalah caranya untuk membantu mempertingkatkan ekonomi di dalam negara ini. TPM juga menyatakan juga bahawa Amerika Syarikat juga menawarkan rangsangan fiskal kepada rakyatnya hampir 3 trillion dollar namun angka itu tidak begitu banyak mempengaruhi kerancakan ekonomi negara tersebut berikutan kejatuhan bank-bank dan juga syarikat korporat gergasi negara itu.

Graduan diberi elaun RM500 hingga RM800 ikuti latihan

Khamis, 26 Februari 2009

26/02/2009 4:22pm

KUALA LUMPUR 26 Feb. — Penganggur dan lepasan universiti yang mengikuti program latihan anjuran Kementerian Sumber Manusia akan dibayar elaun antara RM500 dan RM800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad berkata elaun RM500 adalah untuk graduan belum berkahwin dan diberhentikan kerja atau graduan yang menganggur manakala graduan yang sudah berkahwin, jumlah elaun ditambah RM100, dan sekiranya graduan berkenaan mempunyai anak, tambahan sebanyak RM50 akan diberikan mengikut bilangan anak tertakluk kepada maksimum RM800.

Menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, beliau berkata sejumlah RM100 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan akan diagihkan secara terus kepada perunding yang berdaftar dengan kementerian untuk mengendalikan kursus kepada graduan lepasan universiti yang menganggur.

Setakat ini, terdapat 12 perunding telah berdaftar dengan kementerian itu manakala 10 majikan akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk program itu.

Noraini berkata kementerian melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, telah mengadakan beberapa seminar berkaitan pengurusan kewangan, kursus keusahawanan, kursus jahitan dan kursus makanan.

Katanya, usaha ini bertujuan membantu kumpulan tertentu di luar bandar memperoleh kemahiran asas bagi membolehkan mereka berdikari dengan menyertai perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia turut mengadakan latihan dalam bidang pemandu pelancong, tukang masak, jahitan dan jurugaya yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan bantuan bagi meningkatan kemahiran mereka supaya mendapat pekerjaan. — Bernama

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Selasa, 27 Januari 2009



Gong Xi Fa Cai,

Selamat menyambut tahun lembu mengikut kalendar masyarakat Cina. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kepada semua warga Malaysia supaya saling menghormati budaya kaum masing-masing dan dapat mengekalkan perpaduan yang terbina sejak setengah abad yang lalu.

Bagi usahawan dan pengusaha apa sahaja produk di dalam negara ini, diharapkan tahun lembu ini memberikan lebih lagi tuah untuk memajukan perniagaan meskipun dunia mengalami masalah ekonomi yang merencatkan pelbagai sektor. Tidak dilupakan juga mangsa pencerobohan Israel di Gaza semoga doa mereka dikabulkan Tuhan supaya balasan yang setimpal akan menimpa bangsa yang telah menghancurkan masa depan anak-anak Palestinian.

Bagi pelajar pula, manfaatkan cuti sepanjang minggu ini supaya ilmu yang dibawa sebelum ini tidak tercicir bersama-sama dengan percutian yang agak panjang ini. Jangan dilupakan kerja rumah yang dibekalkan, pastikan ianya disiapkan sebelum anda semua masuk kembali ke suasana pembelajaran.

Sekian,

Berakhirnya PRK UM

Jumaat, 23 Januari 2009


Assalamualaikum.

Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan soal ini. Tetapi demi warga UM sendiri, saya juga ingin menilai keputusan pilihanraya kali ini. Berbekalkan 39 kerusi yang dipertandingkan seperti tahun yang sebelumnya pilihanraya kali ini saya rasakan begitu hambar dari segi kelantangan bersuara dari kalangan mahasiswa sendiri dari kedua-dua belah pihak. Meskipun begitu, suasana PRK kali ini cukup tegang dengan berlaku kes-kes yang tidak wajar dilakukan oleh golongan terpelajar. Kes yang paling ketara adalah isu fitnah yang melibatkan pelajar dan juga turut terbabit sama adalah TNC HEP. Fitnah ini sukar untuk dibendung tetapi kini ia sudah menjadi asam garam politik kampus.

Hasilnya, Pro-M berjaya melakukan kejutan terbesar sepanjang saya belajar di UM ini dengan mengalahkan calon aspirasi dengan memenangi 19 kerusi dan 8/9 daripadanya disumbang oleh wakil umum mereka yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa yang terserlah kredibiliti mereka dari sudut mata kasar. Sama ada mereka mampu berikan harapan dan perubahan (HOPE AND CHANGE), kita lihat saja pada tampuk pemerintahan kali ini. Namun kalau dinilai secara menyeluruh kedudukan aspirasi memang rapuh dan wajar untuk menjadi punca kekalahan besar mereka pada kali ini. Kebanyakan calon yang bertanding terutama pada kerusi di kawasan fakulti memang tidak boleh dibanggakan. Namun kekalahan orang kuat aspirasi pada peringkat umum menjadikan aspirasi terdiri daripada golongan muda yang tidak tahu apa-apa pasal masalah yang melanda UM dari sudut politik, bukannya masalah pembelajaran pelajar. Jadi kemungkinan besar YDP UM kali ini akan disandang oleh pihak yang tidak sehaluan dengan HEP UM. Makin sukarlah kehidupan senang-lenang pegawai HEP sebelum ini untuk melakukan apa-apa projek dan agenda mereka tersendiri kerana mereka kini menjadi topik utama dalam perubahan yang ingin dibawa oleh Pro-M.

Saya juga ingin merasakan perubahan dari kalangan mahasiswa UM kali ini sebelum saya menamatkan pengajian dalam baki beberapa semester lagi. Saya ingin merasakan 'kuasa mahasiswa'(student power) bagi membangkitkan situasi politik kampus sehingga mampu menggugat politik di luar kampus (real politic). Ingatlah wahai bangsaku disaat kamu memiliki kuasa untuk mencabar, janganlah alpa melainkan disamping itu kamu belajar. Kata-kata ini cukup sinonim dengan UM melalui seorang tokohnya yang ingin membangunkan perpaduan melalui pendidikan asas dan bukannya politik keras.

Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)

PRK UM 2009

Sabtu, 17 Januari 2009



Salam,

Hari ini saya teringin nak katakan sesuatu mengenai pilihanraya kampus di Universiti Malaya yang bakal berlangsung pada Isnin ini (19 Januari 2009). Seperi biasa kita akan dapat melihat pertembungan dua penjuru antara Pro-Mahasiswa PMIUM dan juga Pro-Aspirasi GERAK. Disebalik politik kampus yang kian tenat di UM ini, saya rasakan mahasiswa/siswi UM perlu menilai sendiri siapa calon mereka dan apa yang dibawa dalam manifesto yang masing-masing juangkan. Sama ada mereka terdiri dari golongan yang mendapat sokongan pengetua kolej kediaman dan restu TNC HEP atau pun mereka yang berada di posisi yang sebaliknya. Kedua-duanya seolah-olah bersikap tidak profesional dalam mentadbir isu pelajar terutama sekali dalam menjaga nama baik UM selaku universiti pertama di Malaysia. Memang UM terkenal dengan 'Student Union' yang lantang suatu ketika dulu sebagai contohnya adalah Datuk Seri Anwar. Namun hari ini pelajar terikut-ikut rentak politik sebenar diluar sana iaitu bersifat kepartian dan ingin menjaga ego masing-masing dalam untuk meraih undi orang ramai.

Persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar sama ada aspirasi atau Pro-M kedua-duanya mendapatkan sokongan kuat oleh orang yang tertentu yang berselindung disebalik tirai kepalsuan bagi memecah-belahkan semangat mahasiswa hari ini. Lihatlah baru-baru ini telah digemparkan dengan kepala babi yang terbelah dua diletakkan di dalam masjid di Akademi Pengajian Islam UM yang mana babi itu diletakkan di atas bendera pas dan tertulis PMI dan Pro-M. Ini cuba menunjukkan bahawa aspirasi bermain taktik kotor dalam PRK kali ini. Namun ramai tidak tahu dikatakan Pro-M telah menyebarkan risalah berunsur sentimen perkauman di Batu Caves. Mereka telah mengeluarkan risalah yang menganjurkan protes bagi meruntuhkan berhala di kuil Hindu yang terbesar di Malaysia itu. Dalam risalah itu tertulis no. telefon orang kuat dalam aspirasi bagi PRK UM kali ini. Maka tidak semena-mena mangsa telah dihubungi oleh orang beragama Hindu dan menghamburkan kata-kata kesat kepada salah seorang daripada mereka. Namun pihak polis IPD Batu Caves telah menahan mangsa untuk disoal siasat. Betapa bahaya dan kejamnya politik kampus berjalan tanpa menghiraukan keselamatan atau pun perpaduan rakyat Malaysia. Ini bukan sahaja menjatuhkan martabat UM tetapi ini melibatkan maruah kaum Melayu. Bagaimana politik kampus boleh sampai melarat sebegini jauh. Ini semua pengaruh dari pergerakan rakyat Malaysia yang inginkan 'reform'. Mahasiswa hari ini menjadikan ini sebagai alasan untuk memperjuangkan jihad pelajar dan menghalalkan segala cara walaupun ianya haram.

Mana segala ilmu yang mereka cari di universiti bagi menjaga nama baik keluarga. Malas nak dibongkarkan satu persatu masalah yang melanda UM tetapi ini adalah gambaran sebenar dari perspektif seorang yang melihat segalanya berlaku di depan mata. Namun semuanya jelas boleh dinilai oleh mahasiswa.
Tepuk dada tanya selara.
Hentak dada tanya Iman.

red.

SALAM AIDIL ADHA

Selasa, 9 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lebaran Aidil Adha kepada semua rakan-rakan yang lama mahu pun baru kenal. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan berjutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan juga cikgu-cikgu yang sampai hari ini masih memberi sokongan dan menjadi inspirasi dalam diri saya.

Saya juga ingin mendoakan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada seagama atau sebangsa mahu pun tidak, supaya tabah menghadapi satu per satu ujian yang melanda kita bersama sepanjang tahun ini. Allah sangat menyayangi hamba-hambanya.

Diharapkan juga kepada kaum seagama supaya saling ingat mengingatkan apa yang perlu kita sama-sama perjuangkan. Perjuangan belum selesai selagi kita tidak diizinkan Allah untuk berangkat pergi ke sana.

red_ayee

Kejatuhan Ekonomi Dunia (INFLASI)

Isnin, 24 November 2008

Baru-baru ini kita telah diberi penjelasan oleh Menteri Kewangan yang baru mengenai suntikan rangsangan fiskal bagi menghidupkan suasana pasaran yang stabil. Namun ekonomi dunia yang kian merudum sehingga ke paras yang kritikal boleh membawa perkara sama di pasaran Malaysia. Meskipun kadar inflasi negara kita berada pada tahap ringan namun ia kian meningkat saban hari. Sehingga hari ini kadar inflasi menunjukkan 7.6peratus di Malaysia. Inflasi berlaku apabila permintaan melebihi pengeluaran produksi dan menyebabkan pengeluar terpaksa menambah kuantiti keluaran dan secara tidak langsung terpaksa menaikkan nilai pasaran (harga) berikutan kenaikkan kos perkhidmatan. Selain itu juga faktor kejatuhan nilai mata wang juga akan mempengaruhi inflasi yang mana kos sara hidup semakin meningkat berbanding gaji yang diperoleh. Inflasi tidak akan menjejaskan pengusaha dan usahawan kerana mereka beroleh manfaat melalui inflasi yang terjadi, namun pengusaha kecil tidak akan mampu bersaing lebih lama dalam inflasi yang kian meningkat kerana kos pembuatan turut meningkat.
Red