Assalamualaikum,
Meskipun Syawal telah tiba hari yang ke-8 tapi suasana Hari Raya di Malaysia umumnya masih terasa hebat lagi. Penulis yang terpaksa bekerja sejak dari Syawal yang pertama lagi juga turut merasakan Syawal adalah hari yang paling ditunggu oleh setiap insan. Tidak kira yang kecil, besar, tua, atau pun muda. Walau apa jua pun bangsa atau warna kulit yang ada di Malaysia ini, mereka sebenarnya berada dalam suasana yang harmoni dan bebas untuk menyambut hari Kebesaran umat Islam ini.
Hari ini barulah penulis dapat merasakan suasana itu untuk menyambut kehadiran Syawal pada kali ini dengan mengunjungi rumah ke rumah untuk berhari raya. Sebenarnya penulis telah dijemput oleh rakan penulis untuk bertandang ke rumah bakal keluarga mentuanya. Disamping dapat berjalan rakan penulis juga ingin penulis untuk tahu lokasi di mana rakannya itu akan melangsungkan Majlis Perkahwinan yang sudah tidak berapa lama lagi. Terharu sekiranya penulis tidak dapat hadir pada majlis persandingannya nanti kerana bimbang akan ada pertukaran jadual kerja dan tidak dapat menghadiri majlis Raja Sehari itu.
Penulis benar-benar berharap di hari kejadian itu nanti akan dapat meluangkan masa untuk menghadiri walimahtul urus itu nanti. Semoga Tuhan memperkenankan segala yang dihajati. Rakan penulis itu sebenarnya kawan yang cukup baik dikalangan kawan-kawan semasa menuntut di Universiti dahulu. Terlalu banyak undangan majlis pernikahan yang terpaksa ditolak oleh penulis untuk menghadirinya. Teman serumah pula tu, masakan tergamak untuk mengabaikannya, tapi mereka juga kena faham akan tuntutan kerja yang terpaksa ditanggung oleh penulis.
Sekarang adalah masa untuk penulis mencari seberapa banyak rezeki untuk dirinya dan keluarga dan masa depannya. Raya adalah seronok bagi orang yang telah berkeluarga sahaja. Bagi yang belum kenalah bersabar dan menanti dengan penuh ikhlas.
Cukuplah setakat ini. Penulis mengharapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan dan taulan semua.
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan