Tahun lepas, dia pernah berkata pada aku, mintalah
pertolongan dengan Allah dan bukanlah dengan meminta daripadanya. Kata-kata itu
benar-benar menghentak kotak pemikiran aku. Ditambah pula dengan ayat “Janganlah
kau tunggu aku, sebab aku sudah berpunya”. Selepas daripada titik noktah itu maka
abadilah kenyataan aku tidak akan bersama dengan dia.
Disaat yang sama aku melayang ibarat layang-layang yang
terputus talinya. Tidak ada arah untuk menuju, tidak ada tempat untuk meluahkan
rasa, tiada kawan untuk menemani, tidak ada kehidupan melainkan menangis dan
bersedih. Peristiwa itu sudah pun menjadi sejarah, dan aku tidak akan pernah
melupakan dirinya. Aku cuba tetapi kekuatan cinta aku padanya umpama bumi dan
bulan. Meskipun sentiasa melihat dan merindui tetapi jarak dan kejadian
menjadikan aku kekal sebagai bulan dan dia bumi yang sentiasa penuh dengan
kehidupan.
Sehingga hari ini, tuhan tidak pernah memberi aku pengertian
akan erti peristiwa itu. Dan aku membayangkan bahawa tuhan tidak akan pernah
memakbulkan doa aku mengenai hal ini. Meskipun begitu, doa itu kekal meniti di bibir aku walaupun tidak akan ada
lagi jalan kembali pulang. Aku tercari-cari dimana aku akan berada esok hari.
Aku ternanti-nanti suatu hari nanti mimpi aku menjadi nyata dan itulah
sehebat-hebat tipu daya syaitan. Memberikan igauan palsu lagi menyesatkan.
Apalah dosa aku sehinggakan tidak ada satu doa yang tuhan
ingin aku perdendangkan untuk diperkenankan. Yang tinggal hanyalah nyawa dan
jasad yang masih bersatu tetapi tidak bagi jiwa dan raga dalam sanubariku.
Kalau aku dikatakan tidak berusaha, kenapa sampai hari ini aku sentiasa berdoa
akan sentiasa memilikinya. Aku cuba perbaiki diri, tetapi bukanlah dihadapan
dirinya. Cukuplah dia tahu aku sentiasa bersedia untuk dirinya.
Sukar sebenarnya menjadi diri aku. Dan orang lain sentiasa
memandang serong atas kepercayaan aku kepada takdir tuhan. Aku sentiasa
mengatakan tiada yang mustahil, aku percaya tuhan akan menolongku. Biarpun masa
itu aku cuma sekujur tubuh yang terbujur kaku dipembaringan yang sunyi. Takdir
dan hidayah tuhan tidak akan pernah berhenti. Begitu juga dengan hasutan dan
bisikan syaitan yang Maha Menyesatkan. Tepuk dada tanyalah iman dan bangkitlah
dari lamunan. Teruskan langkah dan teruslah melangkah laju agar peristiwa itu
akan terus aku lewati tanpa aku menyedari akan pemergiannya.
Hasbunallah wani’malwakil.
Alhamdulillah.
0 comments:
Catat Ulasan